IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

SERANGAN PENGGANAS TALIAN HAYAT AKHIR UNTUK UMNO

>> Monday, June 21, 2010

Kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) kononnya akan ada serangan kumpulan pengganas ke atas rumah kuil Batu Caves dan kuil Kuan Yin Air Itam adalah sangat dikesali.

Kenyataan tersebut menunjukan satu pakatan politik jahat antara Umno/Barisan Nasional (BN) dan Polis untuk menimbulkan ketakutan dan kemarahan masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan kumpulan kumpulan Islam sekaligus secara halus untuk menjauhkan masyarakat bukan Islam dari PAS yang merupa Parti Politik Islam yang mendapat tempat dikalangan masyarakat bukan Islam.

Inilah kebimbangan yang menghantui Umno bila PAS secara terbuka menyatakan pada rakyat tentang gerakan persediaan PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya.

Umno mengharap bantuan Tan Sri Musa Hassan serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi melindungi kepentingan kuasa politik mereka daripada gerakkan PAS untuk ke Putrajaya bersama PR bagi membawa perubahan kearah Malaysia baru yang lebih maju. Bagi Umno isu serangan pengganas adalah antara talian hayat terakhir umno.

Kenyataan Tan Sri Musa juga sudah pasti akan disusuli dengan penahanan dibawah ISA keatas induvidu yang takkan dapat dibukti sebarang bentuk pengakuan yang bakal diskrip dramakan untuk tujuan politik murahan Umno.

Tindakkan ini sama seperti isu provokasi kalimah Allah bilamana Umno cuba menampil diri sebagai juara mempertahan Islam dalam usaha terdesak untuk mendapatkan kembali sokongan orang Melayu Islam pada Umno.

Isu tersebut berakhir dengan pembakaran gereja dan surau untuk menimbulkan ketegangan dan menakutkan rakyat. Semua itu berlaku hasil dari provokasi jahat Umno, tetapi ternyata rakyat mengambil tindakkan bijaksana dalam isu kalimah Allah dengan menolak provokasi jahat Umno.

Kini sekali lagi Umno/BN cuba membawa pendekatan lapuk yang dirangka oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) puluhan tahun lalu untuk menakutkan rakyat dengan isu-isu keselamatan dan pembanggunan (KESBAN).

Ternyata Umno masih tidak berubah dalam usaha mempertahankan kuasa sedangkan pemikiran rakyat sudah berganjak jauh meninggalkan Umno. Rakyat meminta integriti, demokrasi dan reformasi dalam urustadbir negara. Tetapi Umno/BN membawa pendekatan autokrasi dan kuku besi. Rakyat perlu menghentikan perbuatan Umno mengadu dombakan rakyat pelbagai kaum dan agama.

Sebaliknya rakyat mesti menunjuk jalan keluar pada Umno untuk meninggalkan politik negara untuk diurus tadbir oleh PR bagi membawa pembaharuan untuk negara dan rakyat yang lebih sejahtera.

DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS

p/s: Jika ianya benar berlaku, mari kita lihat siapakah yang bakal teraniaya dan menjadi mangsa kekejaman ISA (tahanan tanpa bicara). Inilah senjata terakhir puak2 yahudi umnoapco dalam mempertahankan kekuasaan mereka.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP