IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

>> Saturday, June 12, 2010

Salam semua...


Pak Long bukan ahli mana mana parti politik pun. Mak Long hang pun sama. Kami berdua ni penyokong pada kesejahteraan bersama yang didokong atas perinsip keadilan Islam. Sapa sapa yang letakkan Islam sebagai dominan, Pak Long ngan Mak Long hang akan sokong la.

Tapi Pak Long nak pesan la kat anak anak muda yang baru berjinak jinak dengan gemerlapan lampu neon dalam parti Pas la ni. Dulu dalam Pas cerah benderang jugak, tapi cerah bagi yang nampak saja, gelap bagi yang buta hati. Tapi kebelakangan ni cahaya dari dalam parti Pas yang terang benderang tu dah berjaya menarik perhatian ramai termasuk lah budak budak kanyiaq dan bewak bewak sekali. Tu yang Pak Long kadang kadang risau tu, yang mai pulak dari banyak latarbelakang politik yang mungkin tak masak tentang sepak terajang "politik Islam". Depa lebih asyik dan terpegun tentang "ketuanan Melayu" nyanyian pihak asing. Yang rosaknya tentu budaya Islam yang cuba diterap pakai oleh pemimpin Pas yang terdahulu.

Pak Long yang lengai ni pun tak mudah lupa agenda "kerajaan perpaduan" antara Umno dan Pas. Bukan Pak Long nak bangkang buta tuli, tapi nampak hodoh sungguh. Buat apa kita gagah dok pi berasak asak dan berpadu padu dalam rumah yang dah tau sempit. Dah kita terbodo dan terlena dibuai lagu bangsa, jangan dok ajak jemaah pi terjun dalam lubang yang sama. Jemaah yang ada telah dipandu cantik oleh pemimpin terdahulu kearah "Islam itu segalanya". Jauh sangat dan tak seiringan langsung dengan perjuangan "Melayu dulu tuan, kini tuan dan selamanya tuan".

Pak Long ngan Mak Long hang pun Melayu jugak. Tapi Pak Long tak rasa langsung macam "tuan Melayu" bila Pak Long pi haipermarket besaq besaq. Mak Long hang pun tak rasa macam "tuan Melayu" masa dok pilih ikan termenung murah dimarket basah.

Udara yang Pak Long dok hirup ni pun nasib baik la free, tak dak kaedah kot nak kontrol udara. Kalau tidak udara ni pun tak tau la sekilo berapa depa nak juai... Mai la sekali tengok rumah kampong Pak Long yang senget dok dekat sangat dengan rumah Lucy 2 tingkat setengah tu. Memang boleh beza banyak la rumah "tuan Melayu" dengan rumah "hamba hamba" yang lain. Bukan nak merungut, tapi nak bagitau kat anak anak muda Pas yang ubun ubun lembik tu, "ketuanan Melayu" hanya dongengan Umno.

Jaga jaga, lagu ni depa nak main balik dah... wassalam...
 
Setting Autopublish sumber: Pak Long

Bukan budak2 PAS yang baru saja kanyiaq... ha..ha..ha... Bapak2 Datuk2 PAS pun ada juga yang kanyiaq..

2 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Saturday, June 12, 2010 3:23:00 PM  

kanyiaq ka kamjat???

ahahahahahahaha

Unknown Sunday, June 13, 2010 9:21:00 AM  

Salam ISA,
Tak banyak kepala macam Khalid Samad dalam Pas...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP