Siapa Pernah Makan "Escargo"...????
>> Friday, May 07, 2010
Ni... ada member forward email kat gua, bertanyakan hukum halal-haram makan siputbabi..., serius.. gua tak boleh jawap.. sebab gua tak setaraf Harussanasi, Haji Hadi dan mereka2 yang selayaknya.
Kalau tanya gua.. hukum judi halal atau haram..., on the spot... gua katakan halal... sebab guru gua Awang Adek dan PM 1Malaysia. Kalau setakat Kak Mah tu.. alaaahhh... dia baru belajar mengaji jer.... kalau lu orang tak caya tunggu Ramadhan yang bakal tiba nanti.
Lu orang bacalah email member gua nih..., lepas tu tolong bagi pendapat Halal atau Haram, kalau Halal... sekarang jugak gua nak buat paperwork projek ternakan siputbabi... sebab gua dengar menu kat Victoria Station tu... 40 hinggit sepingan, peluang bisnes ni beb... gua tak suka lembab dan lambat rebut peluang bisnes nih... sembang jer.. lebih kat kedai kopi... hasil pun tarak.. membazir segalanya...
Salam alaik,
Bila saya kata Siput Darat adalah haram berdasarkan apa yang saya belajar di sekolah dulu, dia agak terperanjat dan tidak berapa yakin dengan kata-kata saya.
Lagipun dia kata Siput Darat tu amat sedap. Dia bertanya, kalau haram kenapa ada jual di Victoria Station yang ada tanda halal.
Suka hati kau lah, kata saya. Macam dah takda makanan lain dalam dunia ni. Persoalan saya:
1. Walaupun Sijil Victoria Station telah ditarikbalik, adakah mereka masih mempaparkan logo halal di situ? Tiada tindakan susulan ke?
2. Mengapa tiada program khas mingguan mengenai makanan halal dan haram dalam media untuk orang-orang tua bangka macam saya yang jahil ni?
3. Sesetengah Restoran mungkin dapat Sijil Pengesahan Halal untuk sebahagian daripada makanannya. Bermakna sebahagian daripada menunya yang lain adalah SYAK. Tapi Sijil Halal TERPAPAR kat pintu masuk, SEOLAH-OLAH SEMUANYA HALAL.
4. Sebahagian daripada kedai KEK menggunakan gelatin (tidak halal) dan alcohol untuk sesetengah produknya. Di samping itu ada juga produk yang halal. Macam mana ini boleh mendapat pengiktirafan, bolehkah mereka memohon untuk sebahagian daripada produk yang halal saja?
5. Mungkin kebanyakan Restoran di dalam Hotel di Malaysia yang dikerumuni Umat Islam tiada sijil halal. Mengapa tidak war-warkan dalam MEDIA hal seperti ini untuk "create awareness" pada Umat Islam?
Apa tindakan pihak berwajib seperti JAKIM, semua Jabatan Agama Islam Negeri dan Persatuan Pengguna Islam dalam semua hal ini?
p/s: kalau ikutkan hukum gua... siputnya halal di makan, babinya pula haram di makan... boleh ke... camtu. Tunggu keputusan Kera..jaan dulu, Awang Adek dan Kera..jaan sedang pertimbangkan samada boleh makan atau tidak... (Halal atau Haram)...
Sementara menunggu keputusan Kera...jaan, dibawah ini gua turunkan tatacara proses pembersihan dan masakan untuk resepi SiputBabi yang lu orang suka mengikut selera masakan masing2. Buat SiputBabi Salai Masak Lemak Cili Padi pun sodap...
Siputbabi, dagingnya adalah merupakan sumber protien yang amat baik untuk dikonsum, dagingnya mengandungi lebih dari 60% protin crude, gaya pemakanan bergantung kepada keadaan setempat, biasanya di buat sate atau goreng atau rendang.
Secara ringkas cara di proses: Siput babi hidup disiram lembabkan, segala kotoran dan lendir akan keluar, begitu juga tahinya, di ulang beberapakali dan akhir sekali di rendam dengan air garam untuk beberapa jam, basuh bersih2 dan kukus, biar betul2 masak untuk membunuh bacteria terutama solmanila - kuman taun, sejuk daging di cungkil dan di basuh dan rebus sekali lagi. Daging ini boleh dikeringkan atau terus digaul dengan ramuan untuk sate, masak rendang, goreng dll.
Secara komersil siput babi diternak, isi siput babi yang bersih di kisar dan di kering oven pada 50darjah C selama 8 jam, dikisar jadi tepung. Di ekspot keluar negeri. Di guna buat campuran dalam susu bayi agar pembesaran bayi cepat, kerana mengandungi high protein content, jadi tak tahulah samada susu yang kita bagi kat bayi kita ada mengandungi tepung siput babi atau tidak, sebab susu ini didatangkan "in bulk" dari luar negara sebelum di tin/bagkan di Malaysia.
Wallauaalam.
2 IkutSukaLu...::
itulah sebab kenapa siput babi bergerak dengan perlahan,rupanya siput tu pening memikir aku ni siput ke babi,najis ke tidak,halal ke haram.
dulu saya pernah baca satu kajian yg pernah dilakukan oleh prof madya dr mat sa’ad Abd rahman dalam bukunya “Fiqh semasa : satu analisis isu-isu semasa dari kacamata Islam” ttg hukum makan siput babi. kajian dilakukan dengan kerjasama saintis yg mengkaji ttg tabiat siput. khulasahnya : halal makan siput babi tetapi hendaklah dibuang dulu racun yang terdapat pada bahagian badan siput itu terlebih dahulu.
waulua’alam
Post a Comment