IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Perang Yang Haram, Yang Halal Kaya...!!!!

>> Thursday, May 20, 2010

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memerangi habis-habisan mereka yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjalankan perjudian haram membabitkan wang pertaruhan sempena Piala Dunia yang akan berlangsung awal bulan depan di Afrika Selatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, pasukan khas akan memantau kegiatan seumpama itu.

"Memang sudah ada pasukan khas ini...cuma kejayaan atau kes yang dilaporkan tidak akan didedahkan kepada media supaya tidak menganggu siasatan kerana ianya berterusan.

"Sememangnya setiap kali Piala Dunia kita akan gerakkan anggota untuk mengesan mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Katanya, PDRM telah mengesan suspek dan lokasi perjudian, namun beliau enggan mengulas lanjut.
Beliau berkata, walaupun kerajaan telah mengeluarkan lesen bagi membenarkan judi secara sah dilakukan, namun Bakri berkata pasti akan ada sindiket-sindiket yang masih berdegil dengan menganjurkan pertaruhan tidak sah bagi mengaut keuntungan.

"Mereka yang didapati bersalah ini sama ada pemain atau penganjur akan dibawa ke muka pengadilan," katanya yang enggan mendedahkan jumlah mereka yang pernah ditahan selama ini. - mStar.



Polis perangi habis-habisan bookie haram.... ha..ha..ha... buat lawak..., walau apa pun kita wajib percaya dengan apa yang polis katakan. Polis betul2 serius dalam hal ini...., kalau diorang tak perangi semua bookie haram ini... duit kutipan cukai judi Halal akan berkurangan dan tersasar dari matlamat (target).

Cuma polis yang bodoh dan patuh arahan Tuan jer.... akan perangi habisan-habisan...., bagi polis yang cerdik dan otak genius... mereka tidak akan patuh pada titah perintah Tuan mereka. Apa kejadahnya nak perangi judi Haram dan salurkan kepada judi Halal....???
Kan lebih baik bagi polis yang cerdik ni... kowtim dengan bookie judi HARAM... bukan senang nak dapat peluang masyuuuukkkkkkk.... lima tahun sekali beb... kalau sokong judi Halal... Vincent Tan jugak yang kaya... polis melopong......
Hellooooo.... bro Polis.... orang sudah boleh baca lu orang punya game laaa... semua dalam poket...

4 IkutSukaLu...::

zargus,  Thursday, May 20, 2010 5:54:00 PM  

-wa sokong polis nk cari n wat operasi bsar-bsaran utk membndung judi haram..wa sokong sgt..harap pihak polis brkerjasama ngan pihak brkuasa agama di setiap ngeri smasa mlakukan serbuan or tngkapan..biar taik2 judi tu kena hukum dgn hukuman sivil n syariah skaligus (kalu muslim)..

-tapi wa nk bg cdangan skali kt polis, sila wat serbuan n tangkapan juga brsama pihak brkuasa agama di setiap kdai2 judi halal yg beribu2 di seluruh negara sempena world cup nie..yg nie operasi khas utk org islam jer..brula nmpak x bodoh n bahlol n bangang bile pihak brkuasa ckp nk membnteras judi nie..

-amacam polis, ade brani x?..kena mtk izin kt vincent tan dulu?..

Mamu,  Thursday, May 20, 2010 6:55:00 PM  

Judi HARAM tak OK....
jUDI halal ok OK....

Ha..Ha..Ha.... Lihat lah betapa BENGONG dan BANGANGnya puak2 Polis ni...

Love Perak Thursday, May 20, 2010 7:17:00 PM  

Bukan Vincentan tapi Vin setan hehehe

hj jamaludin,  Thursday, May 20, 2010 8:18:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Kenapa PDRM nak buat kerja yg boleh di kategori sebagai buang masa sebabnya orang yg nak main judi adalah orang yg banyak duit macam PM 1 Malaysia . Tak kiralah di nak beli nombor kat Magnum ke! Sportstoto ke! Daimacai ke atau melalui bookies ke ! Itu dia punya pasal la kenapa PDRM nak sibuk sibuk .
Sepatutnya tugas PDRM hari ini pi cari orang yg seludup GULA . Pi tangkap orang yg seludup GULA .Ada duit pun tak guna kalau tak ada GULA .Pi la cari siapa yg mengelapkan GULA . Orang gila sahaja makan kuih tak ada GULA.
Hello PDRM lu orang paham tak musuh Negara sekarang ialah orang yg sorok Gula . Pedulikanlah bookiee tuuuuuuuuu.Bookie tak ada effect kat orang ramai tapi GULA boleh buat orang jadi gila .Gua ulang balek " ORANG YG ADA DUIT SAHAJA YG MAIN JUDI " Pi mampus lah dengan orang yg nak main judi , itu duit diorang tak ada kena mengena pun dengan orang ramai . PDRM pergi tangkap orang yg curi/lesapkan/seludup/monopoli GULA . Gua fed up da 2 hari gua pi Giant supermarket tapi tak ada GULA . Sial betul!!!!!!!!!!!!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP