Kerajaan Kedah Bubar - Rampasan Kuasa
>> Tuesday, May 18, 2010
Untuk kali yang ketujuh, pihak tertentu mencanangkan bahawa rampasan kuasa seperti yang terjadi di Perak akan berlaku pula di Kedah. Kali ini khabar angin yang disebarkan begitu ‘kemas dan menarik’. Kononnya pihak Badan Perhubungan Umno Kedah telah bermesyuarat di PWTC bersama pihak Pusat. Pelan pengambilalihan kuasa telah diperincikan dan Menteri Besar baru telah diputuskan iaitu Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail ADUN Guar Chempedak. Dua ADUN KeADILan dan satu DAP telah bersetuju melompat untuk bersama dengan dua rakan mereka yang telah melompat lebih awal. Khabar angin itu dilanjutkan lagi dengan dakwaan bahawa Dato’ Shafie Afdhal selaku Pengerusi Perhubungan Umno Kedah akan mengadap Tuanku Sultan untuk memaklumkan bahawa BN mempunyai bilangan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Jika rakyat jelata tertanya-tanya atau terkeliru dengan cerita tersebut maka mereka tidak boleh dipersalahkan. Rasa syak wasangka tidak boleh dilenyapkan begitu saja kerana hal seperti itu benar-benar pernah berlaku di Perak. Lompatan parti oleh wakil rakyat KeADILan akhir-akhir ini berlaku begitu ‘jujuh’ sekali. Bukan perkara pelik. Ia benar-benar terjadi, bukan lagi cobaan.
Walaupun beberapa ADUN yang dibabitkan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut tetapi ia tetap belum meyakinkan. ADUN Lunas, Mohammad Radzhi Salleh juga pernah membuat penafian keras, berceramah hingga ke surau-surau tidak akan melompat. “Saya juga ada agama,” demikian Radzhi sering berkata dalam ceramahnya. Tapi dia yang ‘ada agama’ melompat juga. Apatah lagi, mereka yang tiada agama.
Untuk menjawab kepada rakyat dengan jujur bahawa perkara tersebut tidak berlaku, ia semacam menari mengikut paluan gendang musuh. Musuh suka jika kita melatah. Mahu tidak mahu jawapan diberikan juga kepada rakyat tetapi dalam bentuk sendaloka.
Saya mengubahsuai mesej asal yang disebarkan dengan memberitahu bahawa ’16 ADUN PAS akan melompat parti’ dan kerajaan katak yang akan ditubuhkan nanti akan melantik bekas ADUN KeADILan sebagai Menteri Besar. Begitu juga aktivis penerangan parti yang lain, ‘menjawab’ dengan pembohongan yang tidak masuk akal. Ramai yang tidak percaya dengan bermacam-macam mesej merapu yang disebarkan selepas itu. Sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan sebahagian rakyat yang prihatin dengan pergolakan politik tanahair.
Mujur sekonyong-konyong BN tersungkur di Sibu kepada DAP. Ia memberi kesan yang amat baik kepada Pakatan Rakyat. Maka khabar angin yang bertiup kencang perihal penubuhan kerajaan katak pun lenyap macam bara api disimbah air. Orang terfikir, masakan wakil tunggal DAP akan melompat di saat partinya menang di Sarawak dan di kala rakyat jelata sudah tidak berselera lagi memandang BN.
Selanjutnya di sini.
3 IkutSukaLu...::
kalau berlaku rampasan kuasa di kedah, aku akan salahkan MB sebab lambat bertindak!.. ustaz azizan ni kena la aktif sikit jgn laa 'makngot' sangat... benda-benda mcm ni kena bertindak cepat.. bertindak mcmana? itu terpulang laa pada kebijaksanaan pimpinan pas kedah. ... slow sangat laa pinpinan pas kedah ni!!
Sabar...dong,
Sblum bertindak tentu ustaz Azizan melakukan sunat "Istiqarah"di samping doa doa yg.lain.
Sdgkan aku yg.jahil nie pon bila berdepan dgn keputusan yg.sukar aku lakukan perkara yg.sama, Allah makqbulkan ,apa lagi mcm ustaz Azizan
Laksanakan syariat,selebihnya serah pada Allah.
Kita merancang,Allah lagi bijak perancangan nya.
Kita lihat contoh terbaru di Sibu,mereka merancang dgn terang terang bagi Duit RM5 juta.
Bayangkan rakyat Hulu Selangor dgn RM50k pon bole jual maruah agama dan bangsa.apa pula rakyat Sibu dgn RM5m.
Tapi keputusan tetap memihak pada PR.
Kesan kekalahan itu Shafie Afdal terpaksa menangguhkan kedatangan ke Kedah utk mengadap Sultan.
Lagi pon klo sekarang di adakan PRN ,rasa nya harapan utk BN Menang agak sukar.
Orang Kedah makan Nasi dari hasil Beras sendiri.,berilmu hasil kerja Allahyarham Ustaz Fadil Nor,dan dlm loklaq loklaq budak muda,mereka taat pada ibu bapa.,tak mudah di pengaruhi dgn wang ringgit.
Tak caya tanya Ketua Putra UMNO Dato Aziz.,semasa di Baling.,budak budak naik mota bwa lambang dacing,dapat duit bagi ke Markas PAS.
Itu yg Buat Aziz benggang,keluar pistol tembak angin.
Gua belajar dari sejarah nya.
He!he!Jgtn Maree.
indraputra80,
dont take things for granted. kalau istikharah untuk perpaduang macam mana? jangan ingat pemikiran ko sama dengan pemikiran pemimpin.
bukankah ustaz azizan yang sama ditemui supaya menolak pencalonan sebagai timbalan presiden?
jatuh kedah akan memperkukuhkan lagi perpaduang yang diidam2kan. jangan sekali2 terlintas di kepala ko bahawa perpaduang sudah tutup buku.
keputusan prk sibu boleh menjadi hujah untuk hidupkan semula perpaduang. kerana yang penting bukan lagi islam tetapi melayu...
wallahu'alam
Post a Comment