IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Dr. Mashitah Ibrahim Buat Hal Lagi.....!!!!

>> Thursday, May 20, 2010

Bismillahirahmannirahim..... (perghhhh... gua dah terikut style hj. Jamaludin... ha..ha..ha... takpa perkara baik wajib di contohi). Sila baca dengan minda terbuka.....

Pertamanya gua memohon maaf terlebih dahulu kepada semua pembaca blog ini, samada bersetuju atau tidak dengan pendapat atau pandangan yang bakal gua ke utarakan di sini. Sebelum itu... gua nak bagitau..., dalam entry gua yang bertajuk "Jual Orang Lagi Untung Dari Jual Babi" gua sudah cuba selitkan link yang berkaitan dalam perkataan "Pelacur", mungkin ada yang terlepas pandang atau tak baca, ok... tutup cerita.

Keduanya dalam entry yang bertajuk "Perkasa, Jakim, Shahrizat, Apa Sudah Jadi Sama Ini Melayu" gua dapati masih ada komentar yang menyalahkan isu atau yang dilabelkan sebagai fatwa dengan menghalalkan pelacuran jika terdesak.

Oleh sedemikian, sudah tentulah entry kali ini berkaitan Dr. Mashitah Ibrahim, gua tak peduli dengan gelaran Ustazahnya mahupun pangkatnya dalam kabinet dapur Najib Nazak... itu dia punya pasal. Cuma gua hanya ingin bersikap adil dan jujur dalam mengutuk dan menyampaikan maklumat kepada pembaca. Pada awalnya gua pun angin juga dengan minah nih... kerana menjatuhkan hukum kontroversi secara umum tanpa penjelasan yang jelas (details) dan natijahnya menjadi bahan lelucon dan kutukan terhadap diri beliau. Lebih malang lagi kepada masyarakat (wanita/ibu tunggal) yang jahil agama akan mengikutinya... mampuihhhh....

Jadi... apabila gua terjumpa dan membaca link ini "BicaraMuslim", ianya sudah menjadi satu tanggung-jawab pula kepada gua dalam menyampaikan kebenaran kepada semua... supaya kita tidak bersekongkol dan bersubahat membuat dosa kering dalam setiap kutukan kebencian yang dilemparkan kepada individu2 tertentu terutama sekali kepada puak2 parti haramjadah umno.

Gua teramat yakin, pasti ada yang sudah terbaca penjelasan beliau sebelum ini dan masih ramai juga lagi yang terlepas pandang atau belum mengetahuinya. Jadi... dengan penerangan dan penjelasan panjang lebar tersebut dapat menghentikan sebarang fitnah dan maki hamun terhadap beliau dalam isu menghalalkan pelacuran ini.

Dan banyak juga perkara2 positif yang disentuh oleh beliau buat percambahan minda kita semua dalam hal berpolitik ini, ha..ha..ha... orang politik maaa... jadi janganlah kita semua pun terikut menari bersama mereka...

So... gua harap perkara ini selesai dan gua juga Memohon MAAF secara peribadi melaui blog ini kepada Dr. Mashitah Ibrahim terhadap maki hamun berkaitan isu ini sahaja "menghalalkan pelacuran jika terdesak" (baca dalam tajuk), yang pernah gua publishkan entry-nya suatu masa dahulu melalui blog ini (malas nak korek2 entry lama)

p/s: Ini hanya pandangan serta pemahaman peribadi gua terhadap Dr. Mashitah Ibrahim. Walaupun ada pro & kontra dalam hal ini... sekali lagi gua tegaskan ini hanya dari konteks pemahaman gua dengan apa yang gua pelajari. (he..he..he.. Sifu gua pasti tersenyum baca nih..., tolong jangan sekeh kepala gua sudah laaaa...)

Politik... politik juga... tapi biarlah secara jujur dan adil kepada semua... yang baik kita sokong... yang tak elok.. kita terajang jauh2... tak kira dari parti mana sekalipun....

Warning/Amaran: Baca dan faham betul2 link "BicaraMuslim" tersebut baru buat komen..., ramai yang jenis baca separuh jalan tak menyempat2 nak komen..., lepas tu.. komen macam cibai dan sengal.... kebanyakannya Anonymous/Tanpa Nama.... macam sial jer.... gua tengok komen diorang...

7 IkutSukaLu...::

G-Man,  Thursday, May 20, 2010 2:44:00 PM  

Kalau tengok balik soalan yang ditanya oleh pembaca dengan jawapan yg diberikan oleh Mashitah nampak tak kena sangat....Jom imbas balik soalan yg ditanya oleh pembaca dan jawapan yang diberikan oleh Mashitah :-

SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak.
Punca pendapatan ini secara terang adalah haram.

Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah?

Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa?

Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?

RAZIN
Kuala Lumpur

JAWAPAN

HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang.

Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya. Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan.Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa.Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.

Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu.

Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah.

Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat.

Nampak macam ada unsur-unsur coverline dalam respon Mashitah kepada Al-Islam

Wallahu'alam

Aa Thursday, May 20, 2010 3:20:00 PM  

kalau tak salah saya perbincangan ini ialah ada kaitan dengan perbincangan ekonomi kan?

serban Thursday, May 20, 2010 3:41:00 PM  

Jangan ditanya lagi soalan ini pada Mashitah. Jawapannya semakin mengelirukan umat Islam.

Beliau hanya sesuai untuk rujukkan wanita atau puteri umno sahaja.

Lu org ada nampak ke dalil yang dia ketengahkan dalam menjawab perkara ini. Dia hanya menggunakan akalnya yang tak 'seberapa padu pautan Islamnya' didalam menjawab soalan2 berkaitan hukum Allah.

So...abaikan jawapannya...

hj jamaludin,  Thursday, May 20, 2010 4:31:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Petikkan ulasan kenyataan Dr Mashitah Ibrahim
""Darurat atau terpaksa itu saya maksudkan sekiranya dia tidak melacur, dia akan dibunuh, dipukul dan sebagainya. Bermakna dia dipaksa oleh orang lain untuk melacur. Sekiranya dia dipaksa atau terpaksa kerana bimbang keselamatannya, maka perbuatan itu dimaafkan," tegas beliau."
Baik kita ulas kedudukan di bawah ini?
i) Seorang bapa berkeadaan mabuk teruk dan si bapa merogol anak2 perempuannya , dan si bapa sedar dari mabuk dan si bapa memohon maaf atas kesalahannya , adakah ini pun Islam boleh maaf kan perbuatan si bapa.
ii)Si Isteri di paksa melakukan persetubuhan oleh si suami tanpa kerelaan si Isteri apa kah si suami boleh di maafkan keatas kehendak nafsunya.
iii) Si PDRM menembak mati seorang kanak kanak di bawah umor lima belas kerana nyawanya ( si PDRM) terasa nyawanya terancam . Adakah hukum Islam boleh memaafkan Si PDRM kerana menembak mati budak kanak kanak umor dibawah 15.
Sila baca sejarah kebangkitan Islam semasa para sahabat Nabi Muhammad diseksa gila ada yang mati . Tapi para sahabat Nabi Muhammad tidak pernah sesekali mengubah hukum Islam atau murtad atau tidak pula para sahabat Nabi Muhammad berdolak dalik dan mengatakan Darurat boleh mengubah Iman mereka kerena di siksa oleh Yahudi dan Nasarani supaya meniggalkan Islam .Darurat hanya pada makan babi sahaja yg gua tahu yg lain tak pula hukum boleh di ubah.

Kerajaan Rakyat Thursday, May 20, 2010 5:27:00 PM  

Salaam sdra Isa,

Posting dan link yang baik.... ilmiah

- Dr Mashitah Ibrahim berada dalam bicara ekonomi. Persoalan yang diajukan adalah berkaitan ekonomi, malahan contoh beliau sendiri berkaitan ekonomi. Maka sudah pasti penerimaaan awam juga berkaitan ekonomi. Justeru, saya kira beliau sendiri yang telah gagal mengaitkan soalan dengan jawapannya.

- Atas status apa beliau layak mengeluarkan "hukum"?. Apakah hanya kerana dia seorang timbalan menteri (pada ketika itu) dalam kerajaan yang tidak memperdulikan kesucian Islam, maka beliau layak buat begitu?

- Komen Tuan Haji Jamaludin jauh lebih baik daripada kenyataan Dr Mashita yang cuba mempertahankan kesilapan dalam jawapan awalnya.

Tambahan: Apakah usaha Dr. Mashitah Ibrahim dalam menangani perangai pemimpin wanita Umno (beliau seorang daripada pemimpinnya) yang gemar membuka aurat dikhalayak?

Prof. Era Pasca Thursday, May 20, 2010 5:33:00 PM  

bersetuju dengan Hj Jamaludin

bila kene bunuh, atau ape2 seangkatan..

tapi kalau bab takda duit rasanya jual besi pun boleh kut

G-Man,  Thursday, May 20, 2010 5:41:00 PM  

Hj..

Kalau kita diugut untuk mengucapkan kalimah yg membolehkan kita murtad sekali pun dibenarkan dalam Islam seandainya NYAWA KITA DIANCAM..dengan syarat lafaz itu dibuat dengn mulut semata-mata tanpa kerelaan hati..

Dalilnya terdapat dalam sirah Nabi...Hj buka sirah dan cari maklumat berkenaan wanita Islam pertama yg syahid dalam mempertahankan aqidah....

Cumanya dalam kes Mashitah ni dia lebih kepada coverline akibat kesilapan yg dilakukan dalam menjawab soalan pembaca...
Memang dah attitude pemimpin UMNO banyak camtu..susah sangat nak mengaku kesilapan...

Kalau benar pun bagai dikata Mashitah yg jawapannya itu bermaksud lain...saya tetap tak boleh terima kerana jawapan yang diberikan dalam akhbar METRO itu berbentuk umum yang boleh ditafsir dengan pelbagai tafsiran, yang dibaca pula oleh berjuta rakyat Malaysia yg mempunyai kefahaman agama yg berbeza...Jawapannya itu boleh menimbulkan fitnah dan mendorong manusia yang cetek pengetahuan agamanya terjerumus kedalam maksiat....

Di dalam Al Islam, Mashitah menerangkan tentang jawapan berbeza yg diberikan oleh Nabi apabila ditanya oleh orang yg berbeza latarbelakangnya ternyata tidak diaplikasi oleh Mashitah semasa memberikan jawapan itu dalam akhbar....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP