IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Anak Makcik Baik.... !!!! "Anak ku Sazali"...

>> Sunday, May 09, 2010

Gua sekadar hendak buat perbandingan dengan kisah Budak kena tembak di Shah Alam dan Negeri Sembilan baru2 ini. Apakah reaksi keluarga kita/mereka apabila kejadian/malapetaka menimpa.

Lu orang baca pelan2 dan fahami betul2, kaitkan dengan kisah yang gua sebutkan. Kerana gua cuba melihat dari sudut lain pula..., baca dengan fikiran rasional, gua sekadar nak ketuk minda sahaja... layan dulu cerita di bawah ini.

Fikir-fikirkan lah... yeaa... anak depan mata kita memanglah baik, belakang kita.... ha..ha..ha... "Anak ku Sazali"


Dipandu perlahan, tetapi terbalik kuang apabila berlanggar? Betul-betul musykil! Lainlah kalau kereta ni ada tiga tayar saja.

Di tepi lebuhraya, beberapa orang kelihatan berdiri. Lori penunda belum sampai lagi, sekaligus mengesahkan tekaan aku bahawa kemalangan itu baru sahaja berlaku.

"Anak mak cik bawa perlahan. Cermat... mak cik dengan pak cik ni baru balik dari Umrah... semalam tidur kat rumah anak mak cik kat Subang Jaya...." mak cik berbadan gempal menerangkan kepada seorang lelaki di hadapannya dengan suara terkeleweh. Barangkali kesan terperanjat akibat kemalangan itu masih ada.

"Macam mana boleh accident?"

"Budak perempuan tu la yang bawa laju. " Mak cik itu selamba sahaja menuding ke arah seorang gadis berbadan kurus, berwajah selamba, bertudung dan berseluar berwarna khaki yang ada tidak sampai pun semeter dari tempat dia berdiri.

Gadis itu menoleh sejenak. Ada senyuman kelat yang terpamer pada bibir nipisnya. Berdasarkan barangannya yang dikumpulkan tidak jauh dari kakinya, aku menjangkakan gadis itu adalah seorang guru.

"Anak mak cik bawa perlahan. Dia tak pernah bawa laju. Anak mak cik ikut peraturan," kata mak cik itu lagi.

Suaminya kelihatan kemengahan dan masih terperanjat cuba memberikan isyarat agar wanita tua itu menutup mulut. Namun barangkali gerak hatinya sebagai seorang ibu, mewajarkan dia membela anaknya.

Menurut wanita tua itu, kereta yang dipandu oleh budak perempuan yang bersendirian, telah memotong kereta yang dipandu oleh anaknya dengan laju. Bagaimanapun, jarak kedua-dua kereta tersebut berhenti, tidaklah terlalu jauh bagi mewajarkan tuduhan mak cik itu. Kedua-dua kereta tersebut berada di lorong tengah. Kereta yang melanggar, masih statik dan keempat-empat tayarnya berada di atas permukaan jalan, manakala kereta yang dilanggar pula terlungkup di atas permukaan lebuh raya. Kereta yang melanggar berada di hadapan. Kereta yang dipandu oleh anak mak cik itu dikatakan dilanggar dari belakang.

Aneh juga aku... kalaulah benar seperti yang dikatakan oleh mak cik itu yang anaknya memandu perlahan dan cermat, bagaimana pula keretanya boleh terlungkup macam kura-kura kena aniaya? Sepatutnya, yang melanggar laju itulah yang terbalik. Lebih aneh lagi, melihat kepada 'kecederaan' kereta yang melanggar dan kesan hentaman pada bahagian belakang kereta yang menjadi mangsa, perlanggaran itu tidaklah sekuat mana. Perlanggaran itu berlaku secara menyisi.


Kereta yang melanggar tak pula terbalik. Kesan perlanggaran pun tidak sampai menyepitkan kaki si pemandu. Kalau betul laju seperti yang didakwa oleh si mak cik, dah tentu pemandunya sedang lekat kepala kat cermin visor.

Hehehe...
Aku hanya dapat membayangkan, kereta yang didakwa dipandu perlahan dan mengikut peraturan itu sebenarnya yang dipandu laju dan cemerkap. Barangkali si pemandunya cuba menjawab panggilan telefon atau menghantar SMS. Apatah pengakuan mak cik itu sendiri bahawa anaknya dari Tampoi akan datang kerana 'masa tengah bercakap dengan anak kat Tampoi tu, kereta ni tiba-tiba terbalik'.

Lagipun, mak cik tu cenderung benar 'menyelamatkan' anaknya dengan memperakui kebaikan dan betapa patuhnya anak lelakinya dengan pemanduan di jalan raya/lebuh raya. Padahal reaksi yang ditunjukkan oleh si bapa, berlainan pula dengan si ibu. Tatkala si anak lelaki yang berdarah cuping telinganya cuba menguis sesuatu pada dahi si bapa, si bapa segera menepis tangan anaknya dengan garang. Si anak pula memberikan reaksi serba-salah.

Dan sesiapa pun yang mendekati mereka, itulah juga yang dicakapkan oleh si ibu!

Ibu mana yang akan mengaku anaknya penjahat? Kalaupun anaknya memang penjahat, si ibu tetap akan menceritakan sisi-sisi baik anaknya! Apatah lagi sebagai seorang Melayu yang gemar bercakap tentang kebaikan seseorang yang sudah mati. Kalau ditanya pada guru disiplin yang pernah merotan si mati pun, akan diberitahu bahawa si mati adalah seorang pelajar yang berdisiplin dan patuh kepada peraturan sekolah!

*** Cerita penuh dan tuan punya artikel asalnya di sini.***

p/s: Logik ke... cerita makcik tu... dan cerita makcik2 yang lain... kononnya anaknya tiada rekod jenayah, tak pernah pandu laju, baik dan sebagainya. Macam mana makcik2 tu tau anak mereka tiada rekod jenayah...? Diorang ada simpan fail jenayah ke...? ha..ha..ha... macam2... dunia..dunia...

Moral of the story... apa dia...????

10 IkutSukaLu...::

merbok,  Monday, May 10, 2010 2:32:00 AM  

nasib baik tak kena tembak dgn polis kalau tidak naya ja makcik tu..

alang Monday, May 10, 2010 2:47:00 AM  

bro. keta yg terbalik tu viva kan? Keta yg tak terbalik tu vios?

Klau betul, tu buktinya kereta Malaysia versus Kereta Luar, keta malaysia KO. Kahkahkah.

ISA Monday, May 10, 2010 2:54:00 AM  

Edyes,

Jual persepsi, kepada golongan yang mahu berfikir...

ISA Monday, May 10, 2010 2:55:00 AM  

merbok,

ha..ha..ha... sian mak cik tu...

ISA Monday, May 10, 2010 2:56:00 AM  

alang,

lu tengok betul2 gambar tu... ini peraduan teka kereta ke...?

ha..ha..ha...

Ahmad Tarmizi Monday, May 10, 2010 4:09:00 AM  

Itu pasal tak heran budak sekarang baik lelaki mau pun pompuan perangai macam malaun sebab emak bapak selalu protect tak tentu pasal. Itu yang budak jadi mua.

Zaman aku dulu jangan cuba cuba nak mengadu pada ibubapa. Mereka tak kan protect pun, siap tambah lagi dengan getah paip ada lah...

Apa2 pun terima kasih aku pada ayah bonda aku yang pukul aku dulu. Kalau tak mungkin aku tak jadi orang, sebalik nya akan jadi binatang.

Al-Fatihah untuk ayahbonda.

Sekian

Prof. Era Pasca Monday, May 10, 2010 8:47:00 AM  

Mak mana tak sayang anak..
Mak mana ckp anak jahat..
Mak mana suka anak kena tembak..
Mak mana suka anak bawak laju..
Mak mana tak backup anak..
ITU FITRAH MAK..

(Kecuali MAK yang buang ANAK)

bro berapa laju pun kereta dipandu, dan berapa bahaya pun si pemandu, tanpa mengira umur,

1.apa hak polis menembak?

2. polis melepaskan 20das tembakan , 1terkena kepala pemandu lagi 19 bijik adalah peluru sesat yang 90peratus lebih bahaya dari pemanduan yang bahaya.

3. apa guna polis guna kereta waja? kereta evo jika tak boleh pintas kereta yang di pandu bahaya dan blok kereta tersebut...?

4. ibu tak tahu apa yang berlaku... sokong100/sen... tapi adakah ini bermakna polis yang tahu 100/sen ada hak menembak?

hukum hudud taknak buat, tapi hukaman dari polis terus buat... polis jenis ape?

dah mati tak boleh buat ape2.. kami mahu keadilan..

cheeeehhhh... boleh jadik wakil rakyat tak den? PRU13 meh den lawan kat PEKAN...

Edyes Monday, May 10, 2010 9:06:00 AM  

well said mr baginda...

mungkin polis2 malaysia skarang nie terpengaruh dengan filem judge dredd...

Edyes Monday, May 10, 2010 9:06:00 AM  

well said mr baginda...

mungkin polis2 malaysia skarang nie terpengaruh dengan filem judge dredd...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP