IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Usaha Pembodohan Sudah Bermula...!!!!

>> Saturday, April 03, 2010

1) Berucap kepada 500 guru dari Hulu selangor yang dihimpunkan di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Muhyiddin mengumumkan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah akan dibina.

2) Selepas menunaikan solat asar di masjid Kampung Sentosa di Batang Kali,beliau mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di kampung berkenaan.Timbalan presiden umno mengarahkan Jabatan Kerja Raya menyempurnakan projek berkenaan dengan kadar segera selaras dengan prinsip rakyat didahulukan.

3) Dalam pada itu, beliau turut meluluskan permohonan Masjid Al-Sajdin di Kampung Sentosa untuk mendapatkan van jenazah dan tempat wuduk jemaah perempuan yang menelan belanja RM100,000.

Perghhh.... giler betul mat sembab nih... ayat power dia kali ini apa tau.
"Saya tidak akan berkempen hari ini tetapi saya akan datang kembali untuk berkempen pada masa yang lain."
Lu orang nak ketawakan mat sembab ni...??? Jangan laaaaa... kesian kat dia.... dah la.. sembab... tak hensem pulak tu.... orang Manik Urai tunggu masa jer... nak campak dia jatuh jambatan kalau dia pijak kaki ke sana.

Kalau2 ada yang terbaca blog gua ni.... tolong sampaikan pada pengundi Hulu Selangor supaya berhati2 dengan janji manis gerombolan umno haramjadah ni, dan sementara ada masa hingga tarikh mengundi nanti, pada setiap janji manis pemimpin umno parti haramjadah auta nombor satu... lu orang minta diorang buktikan dulu janji2 diorang tu...

Contohnya, hari ini mat sembab kata nak bina sekolah... lu orang minta dia hantarkan bulldozer, backhoe dan segala kelengkapan pembinaan dalam masa seminggu mulakan kerja... kalau tidak jangan sembang besar la.... kalau ada yang kata tak logik... cakap dengan mat sembab... umno berkuasa menjadikannya logik maaaa...... "Buktikan janji dulu, baru dapat undi" kalau tidak jangan berjanji... dan memperbodohkan pengundi... macam laaa.... lu orang semua tak kenal apa itu United Monkeys National Organisations.

Lepas tu dia kata peruntukan RM2juta untuk banjir, lu orang minta JKR start kerja "immediately" kalau boleh hari ini juga.... jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Mat sembab juga meluluskan untuk van jenazah dan tempat wuduk, minta van jenazah mesti tersedia dan tempat wuduk jemaah masjid siap dalam masa seminggu. Alahhhh.... setakat van jenazah takan umno tak boleh kowtim dalam masa dua tiga hari siap pendaftaran dengan semua masalah dokumentasinya, tempat wuduk...? kontraktor kampung boleh siapkan dalam masa seminggu... apa ada hal... janji hulur jer duit kat kedai hardware... simen, tiles... pasir.. semua sampai ke masjid dalam masa setengah hari... masih tak logikkah untuk membuktikan janji2 manis mat sembab...?

Pengundi Hulu Selangor jangan buat2 bodoh... tolong cerdik sikit bila berurusan dengan puak2 umno nih... lu orang sendiri dah tengok bukti kat PRK yang lepas2... semua yang diorang janji... habuk pun tarak..!!! kencing semata2 dan merata2.... macam virus kencing tikus jer..... diorang tu semua.

Khabarnya hari ini giliran Najib pulak nak buat janji2 manis si bibir merah..., lu orang boleh dengar jelah... percaya tu... lu orang pikirlah sendiri.... ha..ha..ha... kalau bik momma ikut sekali... baik lu orang berhati2... takut ada kejadian tanah runtuh atau gempa bumi pulak kat sana.... kalau lu orang tak caya cakap gua... lu orang tonton Bullshitin Utama malam nanti... pasti ada berita gegaran beberapa skala richter.... kat Hulu Selangor.

Dalam pada itu, dengan lawatan Najib ni... lu orang mintalah doa apa pun kat dia..., pasti doa lu orang akan di makbulkan..... tarikh tutup doa lu orang semua pada hari mengundi... lepas tu kalau lu orang nak berdoa lagi... dia cakap boleh blahhhhhh.... laaaaaa......

7 IkutSukaLu...::

Prof. Era Pasca Saturday, April 03, 2010 8:33:00 AM  

salam bro..

ayat Mohyiden yg tak dapat lupa ialah..

mohyideen,
17 April adalah hari penamaan calon manakala 25 April pula adalah hari mengundi. Tandakan hari-hari dalam diari anda dan catatkan juga undilah Barisan Nasional," katanya sambil berseloroh.

kahkahkah bukan berkempen nih... ini melawak je kut

Anonymous,  Saturday, April 03, 2010 9:04:00 AM  

Lepas ni si Zahid Hamidi akan bawak pulak kumpulan "Mat Terap" buat titi/jambatan segera - khidmat masyarakat katanya.

Dia juga akan bawa group kesihatan bergerak dpd angkatan tentera (yg tak pernah dalam sejarah pilihanraya di Malaysia dilibatkan tentera) utk di tempatkan di Hulu Selangor utk memberi perkhidmatan kesihatan percuma pada penduduk di sana.


Ha...ha...ha....lucu betoi aku tengok kelakuan puak2 UBN ni. Habis semua agenci kerajaan nak dikeldaikannya

ISA Saturday, April 03, 2010 9:05:00 AM  

baginda,

Itu dia saja berseloroh dengan cikgu2 kat situ dan membuatkan cikgu2 tu semuanya gelak berguling2.

Dah tentu cikgu2 kat situ cerdik2 belaka dan terbukti telah menjadi seorang pendidik.

Yang gua musykil, si mat sembab tu cerdik atau tidak... untuk berkata begitu. Apatah lagi sebagai Menteri Pelajaran... dan mat sembab bukan berkempen apabila berkata sedemikian.

Hero Kampung Saturday, April 03, 2010 9:18:00 AM  

klau mintak C4 kat najib agak2 dia bagi tak,,, aku nak pi serang kat israel,,,,klau bagi aku pangkah UMNGGOK,,, klau tak bagi PAS forever,,

Anonymous,  Saturday, April 03, 2010 10:08:00 AM  

sblm buat sekolah kat hulu selangor, buat dulu kat srwk dan sabah nun..

noorafzan.blogspot.com Saturday, April 03, 2010 12:29:00 PM  

tak yah tgk kat hulu selangor..
tgk kat tempat saya ni je dah cukup..
dulu masa kempen, macam2 la janji manis..
jalan rosak sikit da rurap baik punya..
sekarang..
lubang sana sini, tunggu berbulanpun tak turap..
seksa woo kete saya tu..

Anonymous,  Saturday, April 03, 2010 5:49:00 PM  

Beliau tak salah sebab beliau adalah POLITICIAN...dah memang tugas beliau cam tu..

Yang bahlol dan ngok tu adalah yang ikut perintah tu lah...apasal tak pakai otak dan main ikut arahan je..?


Lu fikirlah sendiri...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP