IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Si Munafik Dalam PAS Dah Kantoi Beb...!!!!

>> Thursday, April 01, 2010

Kepada pembaca blog Ikutsukaaku - Isa, pasti sudah tahu pendirian gua terhadap Nasharudin Mat Isa dan Hasan Ali serta beberapa individu yang terlibat dengan UG (Geng Perpaduang). Sejak mula penafiannya hingga kenyataannya untuk menyaman si pendedah perjumpaan dalam gelap beliau dengan wakil umno serta pengesahan dari Pak Lah.

Dan sejak dari tarikh tersebut, gua dah labelkan mat spek gelap ini sebagai seorang MUNAFIK dan tiada rasa hormat lansung kepadanya sebagai Timbalan Presiden PAS, gelaran Ustaz yang di sandang oleh beliau pun selayaknya dicampak ke Sungai Kelang atau ke kandang babi, bagi gua beliau juga tak ubah seperti ustaz2 yang di laporkan dalam media2 perdana yang di tangkap atas kesalahan khalwat, mencabul anak murid dan sebagainya.

Gua juga berasa pelik kenapa PAS masih menyimpan ular hitam yang berbisa ini, ikuti pendedahan berani dari sahabat blogger di bawah ini. Dan gua tabik spring kerana beliau seorang wartawan yang berani berhadapan dengan risiko. Pakaq.... gua salute sama lu.....;

KENAPA Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa perlu melenting dengan pertanyaan saya kelmarin (30 Mac’10)?

Apabila semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersama-sama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sibuk bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Umno BN di Dewan Rakyat, menentang usaha Umno melantik Badan Perundingan Antarabangsa Apco Worldwide (IAC), iaitu proksi Zionis-Israel; saya bertanya beliau,

Kenapa Ustaz asyik bersembang dengan Datuk (Ahmad) Husni Mohamed Hanadzlah (Menteri Kewangan) di Cafeteria (Ahli Parlimen) ini?

Saya berasa, saya wajar mengetahui tentang kepemimpinan saya, apakah perkara yang begitu penting di sisi Nasharuddin sehingga beliau mengutamakan Ahmad Husni dari komitmennya menentang Umno di Dewan Rakyat?

Bukan sahaja lima wartawan Harakah melahirkan rasa hairan melihat kelaku Nasharuddin, seorang wartawan dari suatu akhbar berbahasa Cina yang kebetulan bersama saya pun turut menyuarakan rasa hairan dengan iltizam politik Nasharuddin pada saat itu.

Dalam fikiran saya, sekiranya yang duduk melepak di situ adalah Datuk Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Emas), Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru) atau Datuk Zahrain Md Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru) atau Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai); saya tidak kisah.

Mereka Ahli Parlimen Bebas. Mereka dipanggil pengkhianat. Mereka dipanggil ‘Katak-katak Jadian’.
Nasharuddin adalah Ahli Parlimen Bachok. Nasharuddin adalah Timbalan Presiden PAS. Nasharuddin adalah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Nasharuddin bukan Ahli Parlimen Bebas. Nasharuddin bukan Ibrahim, Zulkifli, Zahrain atau Mohsin yang dipanggil ‘katak’ di Parlimen.

Apa sahaja yang dilakukan oleh kepemimpinan parti saya, saya kira saya wajar tahu dan saya wajar berfikir.

Yang anta (kamu) nak tahu kenapa? anta siapa?” Nasharuddin membengis.

Saya pun memperkenalkan diri. Saya membuat pengakuan di depan Nasharuddin sambil diperhati Ahmad Husni bahawa saya merupakan ahli Pas, wartawan Harakahdaily dan blogger anti Kerajaan Perpaduan.

Saya juga membuat pengakuan di depan Nasharuddin, sambil diperhati oleh Husni, yang saya ini benci dengan pemimpin yang mengkhianati Pakatan Rakyat; saya benci pemimpin pro Umno; saya benci pemimpin yang penipu; dan saya akan lawan mereka habis-habisan.

“Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk lepak di sini sedangkan MP-MP Pakatan (Rakyat) yang lain sedang sibuk menghentam fraksi Zionis (Umno) di Dewan Rakyat? Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk asyik bersembang dengan dia (saya menunjuk jari kepada muka Husni) ini?” saya mula bertegas.

Nasharuddin menekan suaranya, “Ana (saya) kenal anta (kamu). Ana tahu apa yang anta buat. Semuanya ana tahu (iaitu saya anti pemimpin pro Umno dan Kerajaang Perpaduang), apa yang anta buat.
 Kenapa anta nak tahu? Kenapa anta sibuk nak tahu ana buat apa (sekarang)?“ “Aaaaih…salahkah saya nak tahu apa yang hang (kamu) buat di sini? Salahkah aku nak tahu kenapa hang tak sama-sama Pakatan Rakyat sekarang (dalam) menentang usaha membawa Zionis-Israel ke Malaysia (di Dewan Rakyat),” saya bertanya Nasharuddin lagi. 

Ana pun kenal hang. Aku pun ada rakaman-rakaman dan bukti pemimpin Pas khianat Pakatan (Rakyat) dengan pergi mengadakan pertemuan dalam gelap dengan Umno (yang) zalim sebelum ini.”

Husni kemudiannya bersalaman dengan Nasharuddin dan bersalaman dengan saya apabila saya saya serius memperkatakan kepentingan Ahli Parlimen PAS menentang Apco/IAC menggunakan pentas Dewan Rakyat.
Ana tengah dengarkan,” kata beliau sambil menunjukkan peti televisyen di Kafeteria Ahli Parlimen.

Sebab itulah saya nak tahu, kenapa Ustaz berada di sini dan asyik berbual dengan Husni? Saya cuma nak tahu sahaja, kenapa Ustaz tidak berada di Dewan Rakyat pada waktu genting sebegini?” saya mengerut dahi dan mata saya tidak lepas memandang mata hitam Nasharuddin.

Kenapa anta (kamu) nak tahu? Kenapa nta sibuk nak tahu ana buat apa (sekarang)?” Nasharuddin seperti mengelak untuk memberi jawapan yang wajar apabila saya terus bertanya soal yang sama, ’saya nak tahu…’

Aaaiihhh…takkan salah saya nak tahu. Bila Nabi Ibrahim tanya Allah, nak tahu tentang Allah, Allah pun tak marah Nabi Ibrahim. Allah perjelas apa yang dipersoal oleh Nabi Ibrahim sebab Ibrahim nak tahu tentang (kebesaran) Tuhannya,” saya berhujah.

Aaaaihhh…kalau Allah pun layak ditanya, takkan saya salah (sekiranya) bertanya Ustaz: kenapa Ustaz di sini? Kenapa Ustaz bersama Husni ketika semua orang (Ahli Parlimen Pakatan Rakyat) sedang sibuk menentang Zionis Malaysia (Umno).

Lama juga beliau berdiam dan saya nampak kebengisannya. Saya tidak nampak wajah seorang Timbalan Presiden PAS. Saya tidak nampak wajah seorang ahli PAS dalam dirinya.

Sambil mengusap belakang beliau, saya kemudiannya merapatkan muka kepadanya lalu berbisik, “Ustaz ini Islam, pemimpin Islam dan pemimpin Pas. Ustaz tak perlu takut kepada saya.

Saya Muslim. Saya wartawan paling junior. Saya ahli Pas. Ustaz tak perlu takut kepada saya kerana saya hanya bertanya: kenapa Ustaz di sini (di Kafeteria Ahli Parlimen)?

Kata saya lagi, sekiranya saya seorang Blogger yang tidak bermaruah, saya tidak bersemuka dan bertanya Ustaz semua (persoalan) ini.

Saya kemudiannya meninggalkan Nasharuddin seorang diri di Kafeteria tersebut. Kemudiannya, saya mendapat tahu bahawa beliau meninggalkan Parlimen, tidak menyertai sesi penghujahan pada sebelah petang di Dewan Rakyat.

Selepas peristiwa itu, banyak wartawan menemui saya. Beberapa Ahli Parlimen PAS juga menemui saya meminta penjelasan lanjut daripada saya.

Saya kata, saya seorang yang tidak pandai politik. Sebab itu, saya pergi bersemuka sendiri dengan Nasharuddin dan bertanya semua persoalan tersebut.

Kalau beginilah sikap kepemimpin PAS, saya anggap beliau tidak layak memimpin jamaah PAS dan tidak layak memimpin kerajaan Malaysia kerana apabila Pakatan Rakyat menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Maafkan saya, tulisan ini bukan sekadar tulisan blog. Doa seorang Muslim. Ini doa seorang ahli marhaen Pas.

Kepada semua pelayar blog ‘kecil’ ini, khususnya geng Kerajaang Perpaduan, segelintir pemimpin Pemuda yang bacul dan ahli-ahli PAS yang menyokong usaha membawa PAS bergabung dengan Umno sendiri, sila buat aduan segera tentang entri ini kepada Lembaga Disiplin PAS supaya saya boleh didakwa dan dipecat.

Wallahu ‘alam. Lawan!
———-
SAYA MUSLIM, SAYA BENCI PENGKHIANATAN, SAYA MUSLIM, SAYA BENCI PERKAUMAN.
———-
Zainulfaqar Yaacob
Dataran Merdeka | 4.01 pagi

p/s: Maaf...!!! Kalau lu orang nak tengok gambar mamat munafik tu posing maut dengan penuh kemunafikannya, klik link Zainulfaqar di atas. Gua takda la... nak siarkan lagi gambar mat spek tu... pi mampuih la sama dia... si celaka yang tak tau di untung... lepas ni pi bertanding atas kerusi umno la..., kerusi Bachok pun dah tak mau kat dia lagi... ha..ha..ha... kawan baik dia si Acan anak Ali.. apa macam...?

24 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Thursday, April 01, 2010 8:52:00 AM  

Salam,

Teruskan jejak dan bongkar segala perlakuan manusia2 yang x sedar diuntung.

Anyway, TAHNIAH kepada penulis yang berani kerana BENAR, jangan jadi mcm sesetengah manusia dalam saf pimpinan, tapi perangai sama je cam UMNO laknatullah.

pembela_rakyat Thursday, April 01, 2010 8:55:00 AM  

salam,,

saya kurang bersetuju dengan kenyataan yang dibangkitkan didalam hal ini, berkaitan dengan wujudnya golongan pro kerajaan perpaduan dan anti, sebabnya.. waktu hendak diadakan cadangan dan hebahan, konsep kerajaan perpaduan yang sebenar bukan seperti yang digembar gemburkan selama ini, ia telah pun dibincangkan dalam majlis syura ulama' pusat, dan dipersetujui oleh semua ahli syura pusat, tetapi itu hanya wujud pada zaman pak lah,, tetapi terkubur apabila kerajaan bertukar tangan, apa yang ustaz nasaruddin katakan itu, mybe cuma silap lost comunication. tolong jangan perbesarkan isu ini dan kembali pada taat pada pemimpin, dan pimpinan yang kita pilih, mereka ada tujuan dan sebab musabab, mybe kita dalam pas sedang merancang sesuatu, yang media tidak dapat ketahui, itulah dipanggil perang saraf..

bohiem.blogspot.com

pembela rakyat

Anonymous,  Thursday, April 01, 2010 9:16:00 AM  

Dari dulu lagi aku anggap si Nasa ni bengap tahap cipan.. macam mana orang PAS boleh lantik dia jadi timbalan presiden.Dah tahu dia tak mempunyai ciri2 pemimpin PAS, masih dok angkat dia jadi pemimpin. Kalau PAS lingkup lepas ni, jangan salahkan rakyat... ini semua kerana sikap PAS yang tak tahu memilih pemimpin... yang dia tahu hanya suruh orang wala'.. wala'.. wala' saja.

cucu mamak kutty ori punya tau,  Thursday, April 01, 2010 9:54:00 AM  

kah kah kah ....lebai spek hitam ni aku pernah jumpa dia kat markas tarbiyah pas taman melewar masa jamuan hari raya dulu....kah kah kah ...betul2 punya bergaya dia dgn merc compreser dia....tak bertokoh langsung mcm p[impinan pas pun....mcm oficer2 dari,jakim,yadim,yapem,ikim,ilim.....kah kah kah tak bertokoh langsung mcm org dlm pakatan....yg nampak kat dahi dia mcm tertulis perkataan ...PERPADUANG aje tu ada le....kah kah kah ....klu setakat jual nasi lemak tepi jalan pun boleh dapat merc...tak payah2 nak jual prinsip perjuangan....org yg jual prinsip ni...rasa2 mcm ada darah keturunan abdullah bin ubai bin salul bin perpaduang.....kah kah kah keh keh keh koh koh koh

pas forever,  Thursday, April 01, 2010 10:04:00 AM  

pembela rakyat

mungkin kamu tinggal di majoriti melayu 96%.
ikuti cerita aku..

pada 7hb mac 2008 dan sebelum2 nya,di dun dan parlimen aku yg majoriti melayunya 60% ke bawah.dun calon pkr(cina) calon perlimen pas.calon pkr cina bertungkus lumus pergi ke semua kawasan bukan melayu memboncing motor dengan aku berkempen unutk dia dan calon pas itu.alhamdullilah menag dan yg menagkan calon pas(parlimen) adalh di upu2 bukan melayu esp cina.esoknya pemimpin perpadung nak tikam belakang pkr/dap pulak,apa perassan anda jika anada adun pkr(cina) itu?

aku pulak tim pengarah mtd.

pejo_bucit Thursday, April 01, 2010 10:30:00 AM  

syabas..hebat dah tu…mmg hebat…ramai org puji tu…lps mesti lagi ramai org puji..hebat…naik nama zulfakar ni…hebat dia…hebat benor…bercerita ttg hebat diri…ssh nak cri ni…mmg klass dia ni…byk dah aku puji tu…hebat dia ni…mmg ssh nak cri org mcm dia ni..

ahli majlis Thursday, April 01, 2010 10:38:00 AM  

Pergi jahanam dgn UG...
Harus singkirkan puak2 yg bertopongkan duniawi...
Bukalah mato beb,wahai PIMPINAN atasan...jgn dok tunggu jo...

Tuk Ketuo Thursday, April 01, 2010 10:43:00 AM  

Naik darah den tengok muko Nasa ni, kalau PAS masih simpan mamat tak guno nih jahanam la parti Islam dan hilang la penyokong PAS daripado golongan mudo macam kami ni...

Putra IJ80 Thursday, April 01, 2010 10:46:00 AM  

La....gua nie masih mentah dlm politik.

Tapi gua cakap terus terang....dan jangan maree......

Dari awal awal lagi bila gua tengok muka Ustaz.nie,gua tak suka dan tak pcaya sama die.

(Maaf ler) tapi penilian gua dari rupa gua selalu tidak salah tanggapan ,begitu rupa begitu perangai nya.

Dan kelihatan apa yg.gua tafsirkan(begitu rupa begitu perangai),ternyata ia hampir tepat/ benar kalau pon tidak 100% benar.

Pengalaman mengajar gua di samping ilmu yang di pelajari.

Kerana itu dalam banyak kes yang gua kendalikan,dari 10 selalunya 8-9 gua menang.,hanya berpandukan di peringkat awal melihat rupa orang itu.

So....paling simple tindakan awal pada ustaz nie,bagi die surat tunjuk sebab mengapa tidak bole di ambil tindakan terhadapnya kerana meninggalkan Dewan ketika persidangan sedang berlangsung.,tanpa kelulusan,tanpa alasan kukuh.,kerana...

Itu tugas dan Amanah atau tanggung
jawapnya dgn gaji dan syarat kerja yg.di berikan ole rakyat baginya.

Plz.,di khuatiri lambat laun ia akan menular jadi barah dlm PAS(PR).

pembela_rakyat Thursday, April 01, 2010 12:14:00 PM  

kita jangan sesekali buat andaian sendiri, dan menfitnah sesorang itu tanpa dia benar-benar mengaku akan kesilapannya, selagi mana seseorang itu tidak membuktikan kesilapannya dan mengaku akan kesilapan itu, tidak layak mana-mana mengadili baginya utnuk mensabitkan kesalahannya,, adalah sama berdosa bagi mereka yang bersekutu, menyokong dan yang membuat fitnah, dosanya lebih jauh hebat dari berzina, sesungguhnya dosa di antara manusia tidak terhapus sehingga berjumpa kita diakirat kelak.. padah mulut, iman binasa,

p/s: buat teman2 seperjungan, jangan cepat melatah, sebelum terbukti..

pembela_rakyat Thursday, April 01, 2010 12:16:00 PM  

kita jangan sesekali buat andaian sendiri, dan menfitnah sesorang itu tanpa dia benar-benar mengaku akan kesilapannya, selagi mana seseorang itu tidak membuktikan kesilapannya dan mengaku akan kesilapan itu, tidak layak mana-mana mengadili baginya utnuk mensabitkan kesalahannya,, adalah sama berdosa bagi mereka yang bersekutu, menyokong dan yang membuat fitnah, dosanya lebih jauh hebat dari berzina, sesungguhnya dosa di antara manusia tidak terhapus sehingga berjumpa kita diakirat kelak.. padah mulut, iman binasa,

p/s: buat teman2 seperjungan, jangan cepat melatah, sebelum terbukti..

zargus2702 Thursday, April 01, 2010 1:00:00 PM  

- wa rase si zainulfaqar dah bole stat beli paper star n belek2 kat ruangan kerja kosong kt situ..giler ape mamat nie g tegur shabat kpd bos dia (CEO harakah)?..masak la..ulang balik kate2 lebai perpaduang nie “Ana (saya) kenal anta (kamu). Ana tahu apa yang anta buat. Semuanya ana tahu (iaitu saya anti pemimpin pro Umno dan Kerajaang Perpaduang), apa yang anta buat".

-kalu wa ckp balik kt lebai tue, "ana pun kenal anta, anta nie unta bodo yg kekenyangan, member lain duk sibuk dlm dewan lwn fraksi zionis ,anta kat luar minum mcm unta yg kelaparan!!..hahahaha..amik spek die , pijak2 kt lntai, pastue biarkan die meraban2 bwk keta merc die balik ke rumah banglo die kat nilai or bangi tue..hahaha!!!

Prof. Era Pasca Thursday, April 01, 2010 1:11:00 PM  

wa macam zargus gak jawapannye

kalu wa ckp balik kt lebai tue, "ana pun kenal anta, anta nie unta bodo yg kekenyangan, member lain duk sibuk dlm dewan lwn fraksi zionis ,anta kat luar minum mcm unta yg kelaparan!!..hahahaha..amik spek die , pijak2 kt lntai, pastue biarkan die meraban2 bwk keta merc die balik ke rumah banglo die kat nilai or bangi tue..hahaha!!!

pembela_rakyat Thursday, April 01, 2010 3:09:00 PM  

jaga kata-kata anda semua,,
sesungguhnya,, Allah taala mengetahui apa yang teman-teman seperjungan lakukan dan katakan,,

pR nasihatkan, agar kes-kes terpencil macam nie, harus senyap dari musuh, kerana lebih baik diam dari berkata sesuatu yang masih diragui,,

p/s: utk tuan punya blog ni, diharap buang tajuk ini, demi kepentingan PAS, dan perjungan kite.

kita ada saluran, dan ikutlah saluran yang ada untuk kita usulkan, sebab itu kita berada dalam sebuah organisasi,.

doa pR, moga-moga Allah taala bukakanlah pintu hati-hati mereka yang sedang berusaha menjatuhkan seorang pemimpin demi kepentingan orang lain. dan moga-moga Allah taala singkirkan segera mereka ini dari PAS jika mereka ini berniat jahat dan berhati busuk,, andai kata jika mereka ini lebih baik ditarik nyawa mereka agar islam berkembang, segerakanlah ajalnya, agar islam terus berdaulat dan syiar islam terus bergema, amien.. ya rabbal alamin,,,

Yong Thursday, April 01, 2010 4:56:00 PM  

Yang guna nama pembela_rakyat ni betoi2 pembela rakyat atau pembela pemimpin?

Berkata benarlah kamu walaupun pedih.

pR Thursday, April 01, 2010 5:14:00 PM  

perbanyakkan zikrullah, dan bertaubat,, ssghnya Allah taala suka orang yang sentiasa bertaubat...

ISA Thursday, April 01, 2010 7:48:00 PM  

Yong,

Jangan dilayan orang2 yang jenis wala membabi buta nih... yang tak tahu membezakan yang mana intan dan kaca.

Pedulikan mereka.

Buang tajuk n3 ini, suruh mat spek minta maaf kepada semua jemaah terlebih dahulu, dan letak jawatan sebagai TP-Pas.

pR Thursday, April 01, 2010 8:46:00 PM  

jagalah lidah kamu itu dari terus dihina malaikat yang menjaga kamu,, jagalah akal kamu, yang telah dianugrahkan oleh Allah taala untuk berfikir secara rasional dan bijaksana.

mudah-mudahan kamu kembali ke jalan yang benar dan tergolong dalam golongan orang yang bertaqwa... amien

Unknown Thursday, April 01, 2010 11:44:00 PM  

teman lepas je dengar cerita pertemuan gelap ostad ni dan dia pun menafikan pada awalnya lalu kantoi, teman terus takde sedikit pun rasa percaya pada ostad ini. teman tak berani nak panggil ostad ni munafik tapi pada teman mamat sekor ni bangsat sebangsatnya.

kalau pemimpin tinggi pas mcm ni berani nenipu...taraf ostad ni sama je dgn mahathir kaki penipu tu. puak pas yang masih membuta tuli dok ikut dan percaya ostad ni pun sama bangang dan bangsat. tak kira le ahli biasa ka pemimpin ka sama ja bangsat.

kalau org islam yg bukan membawa imej islam teman tak heran sgt sbb mungkin ada kejahilan. ini ostad yg belajar di timur tengah. kalau nak sangat bermukah dgn amno tak jadi hal. jadi la anak jantan. terus terang pada jemaah.

senang yg nak sokong ostad ni boleh cium bontot dia. yg nak melawan pun senang nak tendang bontot dia.

Unknown Thursday, April 01, 2010 11:49:00 PM  

pembela_rakyat,

awat hang sibuk suruh buang n3 ni. kan teman dah cakap kalau ostad bangsat ni anak jantan berterus terang aje. hang nak cium bontot dia pun senang. kami yg tak suka nak tendang bontot dia pun tak rasa malu.

org buta mcm hang memg tak nampak dan tak akan percaya ostad ni kantoi kat london dulu. cerita dia nak saman pun senyap bila kantoi. anak jantang sgt le tu? ostad bangsat ni patut berguru dgn mahathir kalau nak pandai dlm ilmu menipu.

pR Thursday, April 01, 2010 11:55:00 PM  

paloibinmulau nie seorang SB umno agaknya...

bukan sepertimana kelakuan dan percakapan seorang yang berilmu islam, dan mengamal sunnah, kerana Allah amat membenci mereka yang tidak menjaga lidah dari kejahatan.

waspadalah teman2 seperjungan, kebanyakan ahli blogers yang anti pimpinan cuba untuk memecah belahkan PAS. mudah-mudahan Allah taala menjaga parti yang memperjuangkan islam ini.

ya ALLah.. engkau binasakan lah mereka ini, jika itu sebaik-baik untuk agamamu, andai kata mereka ini menginsafi, maafkanlah mereka ya Allah,,, amien..

SHANNARO,  Monday, July 19, 2010 11:41:00 AM  

woiitt... lu orang pcaya ke dgn fakaq?

wakaka

dia dah kantoi group isg dalam pas. grup isg ni tdiri dari malaon2 yg nak gulingkan kepimpinan ulamak.

grup ni nak gulingkan TGHH sbg presiden yg mendokong kepimpinan ulamak. tapi TGHH ni agak kebal kerana reputasinya agak tinggi. so, malaon2 isg ni attack timbalan TGHH, iaitu ustaz Nasha yg merupakan bakal penyambung kepimpinan ulamak.

attack , attack sampai nak lunyai hamba Allah tu. malaon2 isg ni sekepala laa dgn geng pas reform. pas reform utk malaon2 yg xda akhlak. isg utk malaon2 yg ada kat kampus dan graduan.

attack kepimpinan ulamak sampai mampos, lepastu kepala malaon akan muncul lah nanti tunjuk muka, kononnya hero penyelamat.

lu orang caya, tunggu tgk lah nnt. pas akan hancur bila geng2 isg dan pas reform ni kuasai pas. wa kenal sape fakaq nih. bab saraf mmg dia terror. bukan boleh caya pon. malaon ni beriman dgn idea matlamat mghalalkan cara.

shahshannaro.blogspot.com

Anonymous,  Wednesday, July 28, 2010 5:02:00 AM  

“Aaaiihhh…takkan salah saya nak tahu. Bila Nabi Ibrahim tanya Allah, nak tahu tentang Allah, Allah pun tak marah Nabi Ibrahim. Allah perjelas apa yang dipersoal oleh Nabi Ibrahim sebab Ibrahim nak tahu tentang (kebesaran) Tuhannya,” saya berhujah.

“Aaaaihhh…kalau Allah pun layak ditanya, takkan saya salah (sekiranya) bertanya Ustaz: kenapa Ustaz di sini? Kenapa Ustaz bersama Husni ketika semua orang (Ahli Parlimen Pakatan Rakyat) sedang sibuk menentang Zionis Malaysia (Umno).“


BODOH BETUL !!! ade ke nak samakan diri dengan buat perbandingan dengan NABI DAN ALLAH yang MAHA AGUNG dan MULIA... memang bodoh betul mamat ni... budget2 mulia sgt diri tu... berpada-pada laa main politik... nnt ALLAH tanya mcm2...bukan setakat puak sekular tu kena tanya...kamu pun kena !!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP