IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Sambutan Buat Zaid Ibrahim Dingin Di Pasar KKB.

>> Sunday, April 18, 2010

Sejak petang Jumaat lagi gua sudah berada di Simpang Pulai atas urusan kenduri kahwin adik sepupu isteri gua, letih beb...

Semalam orang sibuk dengan pencalonan calon, gua pula sibuk dengan urusan dapur dan pelbagai hal berkaitan, hari ini pula berlansungnya majlis besar mereka... layan jelah...

Petang semalam sempat juga gua dan beberapa saudara lelaki mengambil kesempatan pergi pekena "Nasi Ganja" di jalan Yang Kalsom... perrgh... memang betul2 terangkat beb... memang berganja..., gua cerita dengan isteri gua... he..he.. petang ni kena repeat lagi la jawapnya.... sebelum balik KL.

Awal pagi ini pula, gua terima sms dari Bro. Sofi (Blogger Kerajaan Rakyat) bertanyakan khabar dan status gua, sori bro. Sofi... gua tak dapat menyibukkan diri dengan lu orang semua di Hulu Selangor. Beliau juga update gua yang beliau kini berada di Pasar Kuala Kubu Baru.


" Zaid Ibrahim keluar ke Pasar tetapi sambutan untuknya agak suram, nampak seperti DAP lebih kuat kerja di sini ". itulah antara maksud sms dari Bro. Kerajaan Rakyat pada gua pagi ini.

Nampaknya dalam masa seminggu ini PKR aka Pakatan Rakyat harus bekerja kuat bagi memenangi hati pengundi Hulu Selangor.

Selamat berjuang buat semua teman2 di Hulu Selangor...., gua kena blah dulu... dah ada suara2 sumbang yang memanggil gua nih..... tugasan kenduri dah start... adussss.....

4 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Sunday, April 18, 2010 11:29:00 AM  

tu la..pilih zaid brahim....tengok gaya orang hulu slangau ni nak orang pkr yang asal situ..ismail kamus pun penah tanding..kalah besar gak dulu....

Che Awe Donde Sunday, April 18, 2010 12:01:00 PM  

salam

Hai mat azamdin ini bukan PRK zaman tun M dan Pak Lah, Bn boleh menang besar

Ini zaman Pakatan Rakyat pulun.

I help you, you help me wakakaka... Sunday, April 18, 2010 12:06:00 PM  

Kalah atau menang bukan perkara yang mengerikan. Yang paling penting banyak cerita buruk umno terbongkar untuk PRU akan datang.

Putra IJ80 Sunday, April 18, 2010 2:29:00 PM  

Kita tak nafikan ,

Zahid kurang di kenali di sini(HS)

Orang Ulu tidak terdedah dgn info.,

Klu ada TV mereka cuma tengok AF,Drama,paling tidak Kartun.

Klo ada Talipone,cume tunggu anak anak yg.bekerje luar Call.

Klo ada internet,sekadar tengok facebook.

Bagi yg.tak de apa apa tur pulak lepak kat Kedai Kopi,crite biasa biasa ,termasuk no ekor,kalau kalau dapat jadi kaya cepat.

Selebe nya cari besi buruk bagi menampung hidup seharian.

Yg.Tua tua gi Surau, Masjid ,bagi gulungan nie mereka menganggap Islam itu hanya Sembahyang.

Yg.lain layan merempit,hisap gam .

Yg,pencen hidup dgn dunia nya,mengamalkan dasar tutup pintu ,sombong x menentu,masa di habiskan dgn bekebun di tanah yg.di beli hasil dari duit .......ketika bekerja.

Itu lah rutin harian penduduk HS.

Hasil 52 tahun BN memerintah Negara.

Kerana itu PR perlu kerje KUAT utk educate.mereka nie.

Selamat Bertugas.

Jgn Maree.

p/s Gua buat kajian *urban...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP