IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Mengimbau Kenangan.

>> Saturday, April 03, 2010

Salam

Apabila buka email pagi ini terjumpa pulak.., so gua just nak share dan mengimbau kenangan sewaktu bersama beliau dan geng Gombak Setia suatu masa dolu-dolu. Al-Fatihah buat beliau.....

EDITORIAL MAJALAH UJANG 1 JANUARI 1994.

Pertama-pertama kalinya pakcik ingin mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada penerbit majalah ujang kerana berjaya memujuk pakcik menulis diruangan editorial ini.

Maklum sahajalah, penulis-penulis besar seperti pakcik tidak ada masa untuk berkarya di dalam majalah yang kurang terkenal. Kalau ada masa pun pakcik tak ada minat. bukanlah kerana bongkak, sombong, riak, aksyen atau lain lain perkataan yang sama erti dengannya, cuma terasa janggal.

Sebabnya, selama ini pakcik pakcik cuma menulis untuk majalah yang bertaraf antarabangsa sahaja, seperti The Weekly Bush Pot, Vouge The Do Minde, Astro And De Klumpang dan banyak lagi. Tentu saja korang tak pernah mendengar nama nama majalah tersebut. Apatah lagi membacanya, ye tak?!

Sepertimana yang telah pakcik nyatakan sejak awal lagi, majalah-majalah tersebut adalah bertaraf antarabangsa. Maka ianya sukar di dapati di Malaysia. Baik di Ipoh ataupun Kedah. Pasarannya lebih tertumpu di persekitaran Eskimo dan Bermuda Triangle. Sebahagian kecil pula diedarkan di pergunungan Amazon dan Tasik Ontario.

Disamping itu pakcik hanya menulis buku buku yang tebalnya lebih daripada lima ratus halaman. Seperti Encyclopedia, Encyclopomereka dan buku panduan telefon.

Maka ternyatalah di sini dua factor utama yang boleh merangsangkan keinginan pakcik berkarya di dalam sesuatu majalah atau buku itu adalah:-

Pertama: Produksi itu mestilah bertaraf antarabangsa

Kedua: Buku atau majalah itu haruslah tebalnya lebih daripada lima ratus halaman.

Ketiga: Salah satu yang tersebut diatas atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan kepada prinsip inilah maka pakcik menganggap penerbit majalah UJANG ini cuba memusnahkan kerier pakcik sebagai penulis yang berpotensi apabila menawarkan satu column di dalam majalahnya. Pakcik tidak mahu masyarakat di sebelah Negara barat yang selama ini menyanjungi dan mengkagumi kewibawaan pakcik, akan hilang kepercayaannya.

Tetapi kenapa pakcik sanggup mengorbankan nama yang telah bertahun tahun pakcik gilap itu? Kenapa pakcik rela meninggalkan kerier sebagai penulis professional semata mata untuk mendapat tempat di majalah UJANG yang tidaklah setebal buku panduan telefon ini?

Jawapannya mudah sahaja

Pertama: Ia mengunakan motto: MAJALAH LAWAK ANTARABANGSA. ( Dengar aje perkataan antarabangsa tu, pakcik dah rasa lemah dah ) 

Kedua: Menurut firasat pakcik, majalah inilah akan menguasai pasaran majalah humor tempatan dan bakal menjadi majalah kartun nombor satu Malaysia.

Ketiga: Sebab kartunis Ujang tu gilo. Kalau kau orang nak tau setakat mana kegilaanya apabila pakcik berganding bahu dengan Ujang gilo tu…. Jangan lupa ikuti majalah ini setiap keluaran. SELAMAT TAHUN BARU dan selamat menyambut majalah baru

Yang Hensem,
DIN BERAMBOI

NOTA KAKI : SEBOLUM DEN BALIK KO UTAN MALAM NI... DEN NAK TINGAAN SEKELOMPAP PANTUN~

UJANG BUKAN SOBAGHANG UJANG
UJANG FAKIR TAKDO GHOTO
DAGANG BUKAN SOBAGHANG DAGANG
DAGANG GHINDU SETONGAH GILO.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP