IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Hulu Selangor: Permainan Umno... Anak Didik Apco. (Dari Persepsi Gua).

>> Friday, April 16, 2010

Mari kita berfikir secara terbalik dengan permainan ubn sekarang ini, jika di lihat secara lurus bendul, ubn sedang bermasalah dengan pergolakan dalaman sesama parti komponen mereka.

Lakonan hero tamil jangan di ambil mudah beb…, lihat sahaja bagaimana kepala otak Samy Vellu perkenakan umno…. memang layak jadi kepala samseng pun… mana taknya kalau mahafiraun pun selamber derkkk jer.. dia lawan, ini kan pulak pengerusi dan timbalan pengerusi barisan najis tu…. pusing sana sini.. nampak macam senang sesangat... lu orang tak rasa pelik ke...?

Secerdik2 pemimpin umno kena kencing dengan samy vellu..? umno mahukan anak tempatan, samy pula mahukan timbalannya menjadi calon, akhirnya mungkin atas dasar kompromi kamalanathan pula yang terpilih… itu bukan anak tempatan. Itu anak Selayang….


Mungkin dalam hal Mat sembab dah benggong…. cakap tak serupa bikin hanya kebetulan, kerana serba salah dalam pemilihan calon… dari desakan parti komponen dan akar umbi atau lakonan..?

Tetapi dengan kelicikkan samy vellu juga, beliau dapat menguasai rakan komponen dalam barisan najis dengan bersyarat… jika tidak mahukan palanivel. Ok.. tarak apa katanya… asalkan Palanivel dijanjikan satu jawatan dalam kabinet 1Malaysia sebagai ganti.

Dengan sedikit ugutan saja, mat sembab setuju berkompromi dengan menyediakan jawatan kepada Palanivel sebagai Senator dan kemudiannya akan diangkat sebagai Timbalan Menteri. Lagipun masih ada kekosongan jawatan timbalan menteri lagi, di mana desas desus mengatakan kemungkinan akan di isi oleh KJ… tetapi jangan harap la…. anggaplah sebagai mimpi di siang hari jer… buat mamat tu (isu ini tak penting).

Yang perlu di lihat di sini adalah kelicikkan politik samy vellu hinggakan umno terpaksa tunduk dengan ugutannya, berserta tuntutan sebagai imbuhan kepada penolakkan kuda tua si palanivel sebagai calon.

Itu jika di lihat secara lurus bendul seperti yang gua katakan, tetapi jika sebaliknya bagaimana…? takan lah semudah itu otai umno dengan mudah di kencing oleh samy vellu… mungkinkah ini semua hanya lakonan ubn untuk menunjukkan yang ubn dalam keadaan tertekan dan bermasalah…? Mungkin yea.. mungkin tidak.. ini hanya dari persepsi gua saja.

Berkemungkinan dalam strategi untuk membuatkan Pakatan Rakyat supaya "over confident" boleh menang dengan mudah, dan kita semua jangan lupa juga dengan peranan SPR serta PRDM disebalik tabir. Hantu2 masih berkeliaran…

Sudah pasti dengan jolokan RM sana sini semuanya akan berjalan lancar… dan Pejabat Utama MIC Hulu Selangor yang dikatakan di tutup akan beroperasi seperti sediakala…. cuba2 lah jengok esok… dan esok juga akan keluar kenyataan dari pemuda MIC Hulu Selangor mengatakan mereka akan memberi sokongan padu kepada Kamalanathan...., dah masyukkkkkk ..... ha..ha..ha…

Pakatan Rakyat jangan leka dan terperangkap dengan anak didik Apco ini.... waspada selalu....

Apakah umno sedang "saiko..". pakatan rakyat..? Tepuk dada tanya perut... kenyang ke... lapar...? kalau lapar kita makan dulu...?

9 IkutSukaLu...::

Unknown Friday, April 16, 2010 12:34:00 AM  

Salam Isa...
Pak Long pun nampak tanda "saiko" memang sebijik kelaku Apco...

penyokong Pas Reform,  Friday, April 16, 2010 12:54:00 AM  

nampaknya hang bijak dan nampak perkara ini ...pemimpin PAS dan Malaysiakini bodoh dalam psyco UMNNO-MIC ..

Malaysiakini la paling bodoh sekali mainkan isu ini berlebihan hingga buat orang meluat.. portal lain mana main isu MIC kononnya mahu tutup bilik gerakan la .. kerana depa dah tahu itu game Muhyiddin dan Samy di saat akhir ..

BN kena tahu turun sbg underdog dan imej mereka adalah spt itu dan ini diatur baik punya Muhyiddin dan Samy ..

cuma pemimpin2 PAS ja bodoh @ bangang dalam hal ini ..mereka akan buat PKR over confident spt berlaku di Manik Urai hingga PAs hampir dikalahkan ..haha

hj jamaludin,  Friday, April 16, 2010 1:39:00 AM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Alhamdulilah , seorang dari 17 blogger Pakatan Rakyat dah sedar permainan TPM didikkan APCO .Blogger Blogger Pakatan Rakyat mesti teliti dengan cermat permainan "ART OF WAR " ciptaan APCO untuk UMNOBN dalam memenangi PRK Hulu Selangor . Perihal MIC ini Blogger2 PR kena guna pakai kata kata hikmah YB Hamidah(Perak). Dan jangan lupa di PRK Bagan Pinang Seremban bagai mana takti MIC kenakan pengundi2 peladang/pertenak bagi berbagai imbuhan dan tabur janji( dapat ke ! tak Dapat Ke!E2 belakang kira). Yang pasti MAT ISA Dah dapat Puteri. So Takti ini MIC akan guna pakai untuk kaum dia di HULU SELANGOR Nanti.Untuk kaum melayu UMNOBN akan beri sumbangan ehsan seperti biasiswa/sumbangan e2 e ini melalui JKM dan projek e2 n e ni untuk cawangannya supaya tutup mulut . Kaum cina pula UMNOBN akan bagi GERAN tanah 99 tahun .
Yang hairannya di BLogger2 PR langsung tiada promote gila Zaid calon PKR hanya 2 blogger PR saja yg kata Zaid OK yang lain tiada sibuk promote rumah tangga UMNOBN ,nanti pembaca hanya tahu , rumahtangga UMNOBN . Si Zaid tak ada dalam kepala otak pengundi .
Last kali tiada blogger PR terjah si Dr Hassan Ali n Khalid Samad perihal kata kata mereka perihal si ZAID ini. So up 2 u la Blogger Pakatan Rakyat , lu orang punya blog suka hati lu orang mahu tulis.

Unknown Friday, April 16, 2010 9:06:00 AM  

Salam Bro Isa

Persepsi tu ape ke jadahnya??? Pepsi kola ke? Me spik no inglis.

UMNO semenjak berkawan dengan Yahudi APCO memang saiko....Bro Isa Saiko ni apa ke jadah nye??? Me spik no inglis


UMNO cuba bunuh karier politik Muhyidin/G pala/ V Magic..Samy play safe.

hj jamaludin,  Friday, April 16, 2010 12:13:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Aduh Hashim ni apo la ekkeu ni macam kurang akal je tanya soalan , kalau da tak berapa pandai pi la kat sekolah kemas belajar , ini bukan tempat bertanyo la Hashim . kalau da tak pandai dok diam diam boleh tak. Prepsi macam ekkau makan free bak kut teh tu la, dan siako tu maksudnya kau sehkeh kepalo ekkau .Da jangan nak kacau Bro ISA , dia nak bantu menangkan calon PKR di Hulu Selangor . Da pi main jauh2.

I help you, you help me wakakaka... Friday, April 16, 2010 1:17:00 PM  

Haaa..ooo...saiko, RM rupanya...

Kalau bn menang boleh ke tarik balik offer tu kat Samy bagi kat KJ?

Apapun 50-50...

Unknown Friday, April 16, 2010 3:38:00 PM  

Tuan Hj

Wa respek dengan Tuan Haji...ini blog sopan santun terpaksa bagi komen yang sopan santun...

Bro Isa///mana lu solat Jumaat hari ini, .....hari ini wa join demo anti israel..tak syiok betui tak ada air acid tak ada FRU.....tak nampak muka lu pun....

Anonymous,  Friday, April 16, 2010 9:21:00 PM  

bro baru gua tahu...lu kaki main air acid juga...kekeke


i'm no king

penyokong Pas Reform,  Friday, April 16, 2010 9:52:00 PM  

setuju dgn Hj Jamaluddin ...blogger Pakatan kini tidak promote Zaid dan kini calon kita mungkin tidak popular dikalang pengundi ..

sy rasa mungkin blogger pakatan kini tidak mahu fokus zaid kerana calon ini mpy byk masalah dan skandal .. isu2 lama mengenai Zaid yg pernah menyerang PAS kini didedahkan semula oleh ratusan blogger UMNO serta facebooker mereka ..

kalau depa up Zaid , pasti akan ditempelak dgn mudah oleh blogger UMNO kerana Zaid byk isu ttg dirinya ...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP