Giliran Mat Sembab Londehkan Zaid Ibrahim.
>> Wednesday, April 14, 2010
Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN tidak bermasalah untuk berdepan dengan mana-mana calon di situ, walaupun Zaid adalah bekas menteri Kabinet BN sendiri. Timbalan Perdana Menteri itu juga menyatakan, jika PKR meletakkan Zaid sebagai calon, ia turut menunjukkan parti itu tidak mempunyai calon tempatan sehingga memaksanya mengimport calon luar.
"BN cukup mengetahui latar belakang calon itu dan ia boleh digunakan oleh jentera parti BN untuk memberi sedikit penjelasan kepada penduduk di kawasan tersebut,'' tegasnya.
"Kita tahu luar dan dalam latar belakang Zaid. Ini mungkin yang terbaik bagi PKR (pemilihan calon), tetapi ia lebih baik bagi BN.
"Kalau sesiapa yang ingin mengetahui berhubung latar belakang Zaid, pergilah ke Kota Bharu, Kelantan. Tanyalah apa yang telah dilakukannya di sana semasa jadi menteri dan ketua bahagian UMNO dahulu," ujarnya.
Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lalu akibat barah otak. Pada Pilihan Raya Umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan calon BN, Datuk G. Palanivel. Kata Muhyiddin, jika pengundi Hulu Selangor memilih Zaid sebagai wakil rakyat mereka, maka harapan penduduk untuk melihat pembangunan di kawasan tersebut tidak akan tercapai.
"Selepas di Kota Bharu, Zaid pula akan kata mahu berjuang untuk orang Hulu Selangor. Kita serah kepada pengundi di sana selepas mereka mengenali calon tersebut," ujarnya.
2 IkutSukaLu...::
GEMPAR ISA dan kawin lagi,
kah kah kah
http://ayid-manjaddawajada.blogspot.com/2010/04/selamat-pengantin-baru-kepada-adun.html
ISA hang kawen dgn siapa lak ni,,,, ?????? hahahhahahahah
Post a Comment