IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Antara Tuan Dan Hamba.

>> Friday, April 23, 2010

MEMBACA NAHU TANDA DAN MAKNA MELALUI SEMIOTIK

Semiotik ialah ilmu memahami tanda dan makna. Setiap objek dan imej dalam dunia ini memiliki rupa dan bentuk - isi dan bingkai. Semiotik ialah ilmu yang khusus untuk kita memahami imej melalui tanda dan makna.

Tanda tanda dalam imej adalah bahasa dan nahu yang memiliki makna. Filem yang kita tonton itu juga adalah tanda yang memiliki bahasa yang wajib dibaca melalui nahu filem. Gambar sama seperti filem hanya ianya tidak bergerak tetapi memiliki nahu. Justeru - semua imej dalam dunia ini memiliki nahu yang menyimpan makna untuk dibaca. Terpulang lah kepada diri kita sendiri sama ada bijak atau bebal untuk membaca nahu imej itu.

Justeru Batu Hitam di Mekah memiliki tanda dan makna untuk orang Islam. Nahu dari imej Batu Hitam ini ialah kesuciaan. Patong Shiva pula memberi tanda dan makna kesucian kepada orang Hindu. Ayers Rock di Australia dianggap suci oleh Orang Asal di sana. Gitar Fender yang tersangkut di musium Elvis di Memphis memiliki tanda dan makna kepada rockers seluruh dunia.

Apabila kita melihat satu objek atau imej - objek atau imej ini akan menghantar signal untuk kita pecahkan agar kita dapat memahami apakah makna signal ini. Dalam ilmu semiotik proses ini di panggil signifier dan signified - tanda dan makna.

Mari kita kaji dan fahami gambar terbaru tentang Kamalnathan dengan Muhyiddin. Mari kita sama sama fahami imej ini melalui pendekatan semiotik.

Sekali pandang imej ini memperlihatkan Kamalnathan ialah seorang hamba yang sedang tunduk menyembah tuannya. Kamal bagitu tunduk dan syahdu.

Lihat pula betapa angkuhnya muka Muhyiddin. Muhyiddin kelihatan begitu bangga walau pun Muhyiddin memiliki muka yang amat hodoh dalam gambar ini. Muka hodoh ini dilihat bagitu angkuh - malah kalau di baca bahasa badannya kita akan mengetahui bahawa dalam hati nya berkata : cilaka keling ini - entah basuh atau tidak tangan nya.

Kejijikan amat jelas dari imej Muhyiddin. Dia jijik melihat hambanya. Tetapi dalam masa yang sama si tuan tidak ada pilihan melainkan menjalan kan 'ritual' cium tangan ini yang dianggap satu budaya. Cium tangan juga memiliki tanda dan makna. Yang mencium tangan ialah hamba. Tangan yang kena cium pastilah tangan tuan. Budaya cium tangan ini adalah sebahagian dari budaya - tuan dan hamba.

Justeru imej ini amat terang memperlihatkan hubungan tuan dan hamba. Si tuan tidak akan memperlihatkan muka jernih. Si tuan tidak akan tersenyum. Jika tuan senyum atau bermuka jernih maka hamba tidak akan memberi penghormatan. Diladang kapas atau gula - tuan yang hodoh dan bengis akan ditakuti oleh hamba abdi. Lagi ganas, lagi hodoh muka tuan itu atau lagi jahat si tuan memperlakukan hambanya - makin setia si hamba. Lagi banyak hamba dihina lagi tunduk si hamba ini kepada tuan. Tuan yang berair muka jernih atau tersenyum pasti tidak akan dihormati.

Imej yang kita lihat ini membawa makna budaya yang lebih luas lagi. Imej ini adalah manifestasi hubungan MIC dengan g United Malays National Organisation.

Sekali lagi kita lihat secara terperinci imej muka Muhyiddin. Mukanya sembab dan masam - memberi makna yang dia merasa agak jijik terhadap objek dibawah matanya. Dia melihat seoalah-olah ada saekor biawak sedang menjalar dilengan. Perhatikan betul-betul garis matanya - ini garis mata yang memberi makna penghinaan.

Malah biji matanya menjeling sadikit. Kalau perhatikan dengan lebih rapi muka Muhyiddin maka kita akan melihat liku dan retak retaknya dan kontour daging daging yang berlebihan dimukanya. Daging dakunya agak berlebih hingga menutup ruang lehernya. Sekali pandang muka Muhyiddin macam muka saekor biawak yang kenyang.

Imej yang kita bincangkan ini akan terus menjadi imej klasik untuk sesiapa yang ingin mengkaji hubungan budaya hamba dan tuan - antara United Malays National Organisation dengan MIC. Justeru amat tepat apabila MIC disifatkan oleh Hindraff sebagai mandor untuk gerombolan. MIC dilihat sebagai orang suruhan yang setia atau barua yang setia untuk melakukan kerja kerja bawahan yang gerombolan United Malays National Organisation tidak ada upaya untuk melakukan.

Mari kita kembali kepada imej diatas - Si hamba yang sedang mencium tangan tuannya tidak mungkin akan dapat melihat reaksi tuannya kerana dia menunduk. Juga tidak mungkin hamba ini dapat melihat keseluruhan dari apa yang dia sendiri sedang lakukan. Mata hamba tidak akan menjalar dan memerhati apa yang sedang berlaku disekeliling. Mata si hamba tertumpu kepada tangan tuannya.

Tetapi dengan munculnya teknoloji baru maka detik detik ini dapat dirakam. Jika si hamba tadi dapat melihat rakaman detik-detik ini ada dua kemungkinan : dia akan merasa malu atau dia akan merasa bangga. Malu kerana masyrakat India akan melihat dirinya sebagai barua yang tidak berguna kepada bangsa dan agamanya. Atau dia bangga kerana telah diterima untuk menjadi hamba dan barua. TT

2 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Friday, April 23, 2010 12:34:00 PM  

misal kata la ..ada lak orang india kelab penyokong PAS salam nik aziz..dah tu terrrrrrr ikut budaya melayu gi tunduk sekali...mesti dak2 umno bising jugak.. ahahahahaha....

ISA Friday, April 23, 2010 3:39:00 PM  

AzamDin,

Semestinya.... ha.haha..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP