IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Akal Hebat Tetapi Tidak Sempurna Kalau Lemah Iman.

>> Friday, April 23, 2010

Jom.... tambah ilmu dan kuatkan iman, untung2 ada juga saham akhirat..., asyik nak cerita bab politik... gua pun dah mula bosan... hentam sana sini... puak2 parti haramjadah dan komponen2 parti macam SPR, Polis dan Agensi Kera...jaan yang lain2 tu... semuanya 2x5 jer..., tak akan ada perubahan selagi ubn tak terlungkup. Dari zaman Polis berseluar pendek... sampai sekarang ni... semuanya tunduk pada orang politik.

So... lain kali pulak kita sambung pasal politik, n3 kali ini gua nak off politics....


Akal manusia sangat luar biasa.
Kebolehan dan kehebatan akal manusia sangat sangat luar biasa. Ia boleh mengetahui rahsia alam dan seluruh isinya. Akal manusia boleh menjelajah kesemua empat penjuru dunia. Boleh menjelajah alam maya tanpa sempadan. Kemampuan akal manusia bebas, merdeka, gelanggang kehidupannya luas.

Bagi akal manusia, dunia ini kecil sebesar mangkuk, ia berada di hadapannya dan dapat melihat segala isinya. Segalanya akal dapat perhatikan dan mengetahui rahsianya. Ada minyak dan emas dalam bumi, ada gas di udara dan ada khazanah di lautan dalam. Semuanya akal dapat mengetahuinya.

Begitulah kehebatan akal manusia yang dicipta oleh Allah Taala, kebolehannya luar biasa.

Namun walaupun akal manusia itu di cipta hebat manusia akan rasa hidupnya sempit kalau tidak ada iman atau iman nya lemah. Jika akal sahaja kuat dan merdeka sedangkan iman lemah akhirnya akal juga turut lemah.

Sebab itu Islam menyuruh umatnya jangan hanya menguatkan akal semata mata tapi yang penting hendaklah sentiasa kuatkan jiwa. Jiwa hendaklah dikuatkan dengan iman dan sifat sifat taqwa agar apabila di uji jiwa  tidak sempit dan menderita. Fikiran tetap merdeka.

Oleh itu janganlah kita biarkan jiwa kita terkurung oleh dunia dan masaalahnya. Jangan penjarakan akal dengan keseksaan nafsu yang memang tidak suka akal dan jiwa bebas dan merdeka.Yang paling penting hendaklah kita jadikan jiwa dan akal sentiasa bersama Tuhan dan jangan biarkan dia keseorangan. Kita jadikan Tuhan sebagai kawan jiwa dan akal kita.jangan lepaskan dia daripada berkawan dengan Tuhan.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal (yaitu) orang orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab api neraka". (Ali Imran Ayat 190-191).

Sumber: Hembusan Amal 4U.

1 IkutSukaLu...::

hj jamaludin,  Friday, April 23, 2010 10:22:00 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Ya la , gua pun da fed up dengan isu politik . Dan petik kupasan perihal "AKAL MANUSIA" dari kitab "MEGENAL ROH JILID KE 4"
AKAL MANUSIA
------------
1) Adapun akal itu menawan hati, walaupun hati itu memgerakan akal, ibarat menteri besar dengan Sulatnnya.
2) Adapun yang sebenar akal itu ialah mata muhammad , maka ia datang daripada Nur Musta'id , daripada Alam Malakut.
3) Adapun akal itu gunanya bermesyuarah kepada kebesaran Allah SWT dan mengenal yang mana baik dan jahat.
4) Kepada orang orang yang berakal sahaja lah yang ada berugama.
5) Bukan semua AKAL itu ada mempunyai fikiran dan bukanlah semua fikiran itu ada mempunyai SUKMA , hanya sebahagian manusia sahaja lah yang mempunyai fikiran dan sebahagian manusia sahaja lah yang ada fikirannya mempunyai SUKMA
bila ada SUKMA, ada bahasa sopan dan budi sopan .
Ulasan gua perihal AKAL
-------------------------
Berapa orang yang mempunyai AKAL tetapi KEJAM dan ZALIM , kerana tidak ada mata hati , seperti ABU LAHAB , ABU JAHIL / FIRAUN / AZAIL / KARUN / KAUM ISRAEL N UMNOBN APCO .

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP