IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Laporan Polis: Selamatkan Malaysia dari Regim Zionis!!!

>> Wednesday, March 31, 2010

Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) pada hari ini  telah membuat laporan polis untuk menggesa siasatan menyeluruh dan terperinci kepada pendedahan mengejutkan seluruh rakyat Malaysia oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam. Pendedahan yang cukup teliti dengan fakta-fakta dan amat bertanggungjawab itu jelas membangkitkan kerisauan seluruh rakyat Malaysia terhadap tahap keselamatan di negara ini, yang selama ini diperintah oleh Regim UMNO-Barisan Nasional.

APCO Worldwide Sdn. Bhd., seperti yang didedahkan oleh beliau, bukan hanya sebuah syarikat perunding atau ’consultants’ yang biasa. Ia punya agenda dan dokongan individu-individu berpengaruh yang jelas mirip dan condong kepada agenda jahat dan terkutuk, regim haram Zionis-Israel. Ini terbukti, apabila salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO adalah Doron Bergerbest-Eilon yang merupakan  bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral, yang jelas terlibat dalam agenda pembantaian dan pembunuhan massa ‘Massive Killings’ umat Islam di Palestin. 

Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) juga menolak penafian yang dibuat oleh APCO Worlwide sebelum ini, bahawa APCO tidak terlibat langsung dalam penubuhan ‘gagasan 1 Malaysia’.  Kerana ini jelas dibuktikan, APCO sudah bertapak di Kuala Lumpur, dengan pejabat operasi yang sama, dengan penggerak yang sama, dengan CEO yang sama, cuma mereka ini bergerak atas nama Mind Team Sdn. Bhd. Watak yang sama, Paul Stadlen kini memimpin APCO Malaysia, dan juga Margery Kraus; CEO APCO terlibat dalam perjanjian awal dahulu. Dan ini berlaku lama sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri lagi dan menerbitkan ‘gagasan 1 Malaysia’nya itu. 

Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) mewakili seluruh rakyat Malaysia yang bimbang akan keselamatan negara, menolak sekeras-kerasnya ‘penjajahan’ jenis baru ini, turut menyeru agar semua rakyat bangkit menentang ‘Neo-Colonialism’ tajaan Zionis-Israel ini. Kami juga tidak rela, memperjudikan nasib dan keselamatan rakyat, dengan sewenang-wenangnya membiarkan Regim UMNO-Barisan Nasional melantik Regim Zionis-Israel yang terkenal dengan kezaliman dan kebinatangan mereka terhadap rakyat Palestin. 

Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) juga menggesa Regim UMNO-Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak agar menghentikan sandiwara bermuka-muka mereka. Di satu wajah Regim UMNO-BN menampakkan lagak ‘hero’ mereka dengan menghentam dasar-dasar dan tindakan terkutuk Israel, tapi di satu wajah lain pula, Regim UMNO-BN sanggup menggadaikan keselamatan negara dengan mengangkat Regim Zionis sebagai penasihat negara dalam hal-hal dasar! Halau APCO Worlwide dari Malaysia! Kita Selamatkan Malaysia! 

Kami Yang Membawa Suara Rakyat;Your browser may not support display of this image.

2 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Wednesday, March 31, 2010 10:50:00 PM  

nampaknya Malaysia tak lama lagi kene jajah la...hmmm..

kena la besiap sedia aku ni.. dah la kawin pun belum..

adodoi..

dulu raja2 Melayu yang kasi kiok ini malaysia..(sori la ini fakta)skang ni..si najib..anak bangsa sndiri.. adodoi

Prof. Era Pasca Wednesday, March 31, 2010 11:21:00 PM  

anak bangsa kejadahnye... najib tu brbangsa UMNO + bangsa APCO..

sok g kawin.. hahah

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP