Ini Yang UBN Banggakan...!!!! Negara Maju Konon...!!!!
>> Wednesday, March 31, 2010
Ini terbukti apabila murid yang tinggal di asarama Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Sepupok, Miri bermandi lumpur sejak 35 tahun lalu.
Sekolah yang jaraknya hanya kira-kira 100 kilometer dari Bandaraya Miri itu menempatkan hampir 100 murid miskin berasrama penuh.
Sejak sekolah itu dibina 35 tahun lalu, kerajaan negeri dan pusat hanya mengumumkan pelbagai rancangan namun sehingga kini gagal melaksanakannya.
Jimba Bungat, 9 tahun, salah seorang murid sekolah itu yang kini berada di darjah tiga dan tinggal diasrama sekolah itu misalnya, terpaksa membuang rumput rumpai yang tumbuh di kolam berhampiran sekolah berasramanya itu sebelum mandi.
Rutin itu dilakukannya hampir setiap hari demi untuk membersihkan diri, mandi, memberus gigi serta membasuh pakaian.
Selain ditumbuhi rumput alga, air kolam yang berwarna kehijauan dan berbau hanyir itu juga turut menyebabkan Jimba mengalami gatal-gatal kulit kerana menggunakan air yang tercemar dan kotor.
Namun kolam tersebut terpaksa dihadkan penggunaannya kerana ibu bapa mendakwa pernah melihat beberapa ekor buaya di dalam kolam, menyebabkan murid sekolah terpaksa mandi di tebing kolam yang airnya keruh dan hitam.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Napi Madang, 48, berkata, walaupun negara sudah lama merdeka namun murid-murid dan guru-guru di sekolah itu masih belum lagi merasai buah kemerdekaan itu.
“Mereka masih bergantung kepada air kolam yang berwarna hijau dan air hujan untuk mandi, memberus gigi, mencuci pakaian dan pinggan mangkuk,” katanya.
Menurutnya, rumput alga yang tumbuh di dalam kolam itu sukar untuk dihapuskan dan ada di antara murid mengalami gatal-gatal kulit kerana rumput dan air kolam yang kotor.
Napi amat berharap agar kerajaan dapat menyediakan bekalan air paip terawat memandangkan jaraknya dari pekan Batu Niah hanya 3.5 kilometer.
Menurut Napi, permohonan bekalan air paip terawal pernah dikemukakan kepada Kementerian Kemudahan Awam Sarawak pada 16 Oktober 2007 dan sehingga kini tiada hasil memuaskan.
Sementara itu, seorang penjaga murid itu, Kalong Arin, 50, berkata mereka benar-benar berharap agar kerajaan dapat menyediakan bekalan air terawat ini untuk keselesaan murid-murid dan kakitangan sekolah.
“Kami begitu sedih melihat anak-anak yang terpaksa ‘bersaing’ setiap hari dengan rumput untuk menggunakan air kolam tersebut,” katanya.
ha..ha..ha...
Mahmud Taib tau mengkayakan diri sendiri dan keluarganya saja...., orang Sarawak sepatutnya buka mata dan tolak barisan nasional, kerana parti ini adalah parti pembohong dan penindas rakyat. Tengok saja hasil lebih 50 tahun mereka memerintah.... masih ada lagi yang mandi air lumpur... kononnya Malaysia sudah maju.... piiraaahhhh.... barisan nasional parti pembohong besar.
Sumber: EP.
2 IkutSukaLu...::
bro ISA.. aku dah penah cite dah bende ni kat dak2 UMNO..
nak tau jawapan diorang???
jeng jeng jeng..
Orang sarawak tak nak pembangunan sbb diorang boleh terima dengan kehidupan mereka sedia ada..
jeng jeng jeng..
aku balas balik..korang puteri UMNO memang bodoh.. dah tau diorang tak maju..korang tolong la majukan..ye la telebih maju macam korang takut jadi betina gatal..
ahahaha jngn marah!!!!!!!
orang-orang kat sini mudah termakan dengan janji-janji manis. semasa musim piliharaya bawa jer masuk makanan, hadiah dan arak bertong2 kat rumah panjang... bakal YB cakap "tuai,apai, indai iboh lupak undi kamek.. mun kamek menang agik... mayuh utai... kamek merik...agik idup agik ngirup"....
Andy
Bintulu
Sarawak
Post a Comment