IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Pencuri Berlesen...

>> Saturday, July 23, 2016

KREDIT FOR Wan Azlan.

Dalam hal ini jangan cepat nak melatah. Dan tuduh Amerika nak hancurkan Malaysia. Buka mata buka minda.. bukan dengar PM dan TV3 dok cakap. Isu 1MDB ini melibatkan 9 negara dalam aktiviti pengubalan wang haram atau "money laundry" dan ke sembilan2 negara ini sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan wang tersebut daripada 1MDB yang dicuri dan telah melakukan transaksi beberapa bank di luar negara yang melibatkan 9 negara.

USA sangat mengambil berat berkenaan jenayah pengubalan wang haram (money laundry) yang melibatkan negara mereka. Daripada 9 negara yang melakukan siasatan US telah mengambil tindakan terhadap pesalah dengan menyita aset-aset yang ada di USA dan dituruti oleh negara jiran Singapore dan kini akan menyusul lagi 7 buah negara yang akan mengambil tindakan sama setelah siasatan berakhir.

Cuma Malaysia sahaja yang menutup kes 1MDB kerana mengganggap kes ini tak ada salahlaku. Kerana semua pesalah atau penjenayah tersebut adalah merupakan seorang yang berkuasa di dalam pentadbiran Malaysia yang juga dikenali sebagai "Malaysia Official No 1".

Kononnya negara kita ini negara Islam.

Orang yang tak puasa boleh kena tangkap. Tak solat Jumaat boleh masuk jel. Perempuan pakai legging pakai singlet boleh kena saman. Perempuan kalau peluk lelaki Amerika, satu negara maki berjemaah.

Tapi sejak kes kenyataan akhbar Amerika beberapa hari lepas, beratus graduan Imam Muda, Pencetus Ummah dengan Ustazah Pilihan buat senyap jer.... pasal wang rakyat digunakan untuk bayar judi di Las Vegas.


Ini isu main judi Tuan-tuan, bukan takat isu pakai seksi lagi dah. Takkan beratus UM, PU dengan UP ni buat senyap tutup mulut buat tak nampak sambil selamba pergi rumah terbuka makan lemang lagi..???


Lu orang tau tak duit 1MDB tu digunakan untuk apa....??? Diorang beli aset di Amerika... diorang beli...



Park Lane Hotel tu dianggar USD 380,000,000
Time Warner Penthouse tu USD 30,550,000
Park Laurel Condo USD 33,500,000
Walker Tower Penthous USD 50,912,000
Viceroy L'ermitage Hotel USD44,800,000
Mansion di Beverly Hills USD 31,000,000
Moltaban House di Los Angeles USD 38,980,000
Ada pula TownHouse di London dengan anggaran USD 41,799,800
Ni belum masuk Bombardier 700 Privet Jet yang dianggar USD 35,371,335, dengan lukisan-lukisan yang hmm.... malas nak taip dah.


Takkanlah semua protege Ustaz Ustazah ni boleh buat senyap lagi lepas tengok pemimpin kita buat korupsi macam ni..???? Pergi open house keluar masuk TV makan kuih raya, masih tenang jer... lagi..????


Esok bila negara kita dah bankrap dok bayar 1MDB ni, macam mana kita nak mencetuskan balik ummah ni..???? Bukankah agama (dan hujah-hujahnya) ni datang untuk membebaskan kita..????


Sekali lagi aku tekankan, sebolehnya aku tak nak tulis benda ni. Tapi aku terpaksa tulis dengan kesedaran semua IM-UP-IP ni bukan sarkis semata-mata tetapi betul-betul untuk mencetuskan kesedaran buat semua. ummah.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP