IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

BN Perompak Negara.

>> Wednesday, July 27, 2016

Nah.. baca ni, penulis dari group LHDN.

Malaysia sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapat sumber pendapatan negara tetapi sebenarnya negara bermasalah dalam menguruskan perbelanjaan.

Kegagalan pengurusan perbelanjaan oleh kerajaan Barisan Nasional memangsakan rakyat hari ini dirompak oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) zalim yang dikenakan secara paksa ke atas diri mereka untuk menambah hasil negara.

Seawal penubuhan Malaysia, pelbagai cukai dikenakan kepada golongan berkemampuan untuk menjadi sumber kepada negara sama ada menerusi cukai langsung korporat dan individu dan cukai tak langsung menerusi duti eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan.

Malaysia juga memperolehi hasil lumayan dan mewah menerusi hasil bumi khususnya minyak sehingga menjangkau antara RM70-RM80 bilion setahun.

Sekiranya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah, tidak boros dan mengelakkan ketirisan maka pendapatan daripada sumber cukai sedia ada dan hasil bumi sudah cukup untuk menguruskan sebuah negara dengan penduduk seramai 28 juta.

Namun, ternyata kerajaan untuk tempoh yang panjang telah gagal menguruskan perbelanjaan negara menurut panduan Islam dalam berekonomi. Ia dapat dilihat menerusi fakta-fakta berikut:

a. Belanjawan Tahunan
Kerajaan Barisan Nasional membentangkan belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-turut sejak 1998. Belanjawan defisit bermaksud perbelanjaan yang dirancang melebihi pendapatan yang dijangka akan diperolehi.

Kerajaan hanya menjangka akan membentangkan belanjawan berimbang iaitu pendapatan seimbang dengan perbelanjaan pada 2020. Ertinya negara bakal menyaksikan belanjawan defisit untuk lagi 4 tahun mendatang.

Secara ringkas boleh dilihat perbezaan rancangan perbelanjaan kerajaan berbanding hasil yang dijangka sebagaimana tahun-tahun berikut:

Perbelanjaan (P) Hasil (H):

2008 (P) 176 bilion (H) 148 bilion
2009 (P) 207 bilion (H) 161 bilion
2010 (P) 191 bilion (H)148 bilion
2011 (P) 212 bilion (H) 165 bilion
2012 (P) 232 bilion (H) 186 bilion
2013 (P) 251 bilion (H) 208 bilion
2014 (P) 264 bilion (H) 224 bilion
2015 (P) 273 bilion (H) 235 bilion

b. Hutang Negara
Belanjawan defisit menyumbang untuk negara meningkatkan hutang negara daripada setahun ke setahun.

Pada 2006 hutang negara hanyalah 247 bilion. Tetapi pada 2013 hutang negara telah meningkat kepada 546 bilion dengan peningkatan 299 bilion. Laporan terakhir 2015 hutang negara telah menjangkau 847 bilion.

Perhatikan jadual Hutang Negara sebagaimana berikut mengikut tahun:
1997 RM90 bilion
1998 RM103 bilion
1999 RM112 bilion
2000 RM125 bilion
2001 RM145 bilion
2002 RM164 bilion
2003 RM188 bilion
2004 RM216 bilion
2005 RM232 bilion
2006 RM247 bilion
2007 RM274 bilion
2008 RM317 bilion
2009 RM376 bilion
2010 RM405 bilion
2011 RM465 bilion
2012 RM501 bilion
2013 RM546 bilion
2014 RM677 bilion
2015 RM847 bilion

(Sumber International Monetary Fund)
(Sumber The Economist)

Bayangkan, hutang kerajaan pada 1997 hanyalah RM90 bilion tetapi selepas 17 tahun pada tahun 2014 telah menjadi RM677 bilion.

Pada 2003 ketika Tun Abdullah Badawi mengambil alih negara hutang negara ialah RM188 bilion.
Selepas 6 tahun pada 2009 ketika beliau melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Najib ia meningkat sekali ganda sebanyak RM188 bilion kepada RM376 bilion.

Selepas 5 tahun Najib mengambil alih negara, hutang pada 2014 meningkat hampir sekali ganda sebanyak 301 bilion kepada RM677 bilion.

c. Ketirisan Perbelanjaan
Kajian yang dibuat oleh Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme terhadap laporan tahunan Ketua Audit Negara menunjukkan berlaku ketirisan dan salah urus perbelanjaan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion. Sedangkan GST hanya dijangka menyumbang sebanyak RM23 bilion pada tahun 2015. Jika ketirisan ditangani maka GST tidak diperlukan.

Pada tahun 2008 perbelanjaan untuk mengurus negara hanyalah RM128 bilion tetapi untuk 2015 kerajaan merancang perbelanjaan mengurus sebanyak RM223 bilion. Tidakkah ia merupakan peningkatan yang melampau untuk tempoh yang pendek iaitu 7 tahun dengan peningkatan hampir RM100 bilion?

Hasil daripada kegagalan menguruskan perbelanjaan inilah maka kerajaan mula berfikir untuk meluaskan lagi sumber kewangan negara sedangkan sebenarnya kerajaan tidak berhadapan dengan masalah sumber tetapi pada masalah berbelanja.

Penyelesaian mudah kerajaan ialah memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) kerana GST adalah cara paling mudah untuk mengutip sumber daripada rakyat. GST dikenakan pada semua barangan dan perkhidmatan melainkan yang dikecualikan. Ertinya kerajaan mendapat ruang yang sangat besar dan luas untuk mendapat hasil menerusi cukai.

GST kena kepada semua rakyat tanpa mengira kaya atau miskin yang berbelanja dan mendapat perkhidmatan. Ertinya GST mempunyai cakupan cukai sangat luas. Jika sebelumnya hanya sekitar 1.7 juta terpaksa membayar cukai maka dengan GST berjuta-juta rakyat terpaksa membayar cukai setiap hari termasuk orang miskin.

Apabila cukai dikenakan kepada si kaya dan si miskin maka di sinilah ketidakadilan sosial dan kezaliman berlaku. Kerana itulah cukai GST adalah zalim dan haram menurut kaedah percukaian Islam kerana cukai sepatutnya hanya kena kepada orang yang berkemampuan sahaja.

Data 2012 menunjukkan 31.7% isi rumah Malaysia berpendapatan kurang daripada rm2500 dan 23.8% lagi berpendapatan antara RM2,500 - RM4,000. Ertinya lebih separuh rakyat Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 iaitu di bawah paras kemiskinan.

MUNGKIN ANDA MASIH KABUR, DARI MANA DATANG NYA DANA UNTUK MEMBAYAR HUTANG SEBANYAG RM 847 BILION DAN FAEDAH NYA, TENTUNYA DARI RAKYAT YAKNI CUKAI.

CUBA KITA KIRA - 847 BILION/30 JUTA RAKYAT MALAYSIA:
847000,000,000/30 = RM28233.3 JUTA, JADI SETIAP RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI HUTANG SEBANYAK RM 28.23 BILION.

JADI JIKA PENGURUSAN KEWANGAN NEGARA TIDAK DIUBAH MALAYSIA AKAN BANGKRAP, ITU SEBAB MENGAPA PENGURUSAN NAJIB SENTIASA MAHU MENAIKKAN SEMUA CUKAI BARANGAN DAN PERHIDMATAN, SUDAH BEGITU PUN NAJIB MASIH MENGEKALKAN HIDUP BERMEWAH2......

Copy n paste dari group LHDN untuk sama2 Kita fikirkan bagaimana caranya untuk Kita menghadapi situasi yang genting ini.

TOLONG VIRALKAN AGAR SEMUA RAKYAT TAHU TIDAK KIRA ANDA DI PIHAK YANG MANA...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP