IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Mungkinkah Harapan Berkecai...!!!!

>> Monday, April 27, 2015

Petikan daripada sahabat Kerajaan Rakyat.

Saya tidak berapa gemar untuk beri pandangan atau mengkritik kepimpinan PAS. Tidak gemar bukan kerna saya benci PAS tetapi saya tidak rapat dengan kepimpinan PAS, maka itu saya cuba elak dari membuat apa-apa komen terhadap parti itu.

Walau bagaimanapun, lantaran pergesiran dalaman yang berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dalam parti komponan Pakatan Rakyat itu yang telah menyumbang kepada kekalutan terhadap Pakatan Rakyat, maka saya terpanggil untuk menitipkan secebis nasihat buat pimpinan tertinggi PAS.

Kita, ‪#‎PakatanRakyat‬ punya matlamat utama yang sama, ingin merobah kepimpinan negara dan membenamkan ‪#‎UmnoBN‬. Musuh utama kita juga sama, Umno BN !!
Maka itu, andai ada mana-mana pimpinan PAS yang bertindak menjurus kepada berkerjasama atau berjinak dengan Umno BN wajar kita waspada dengannya.

Dalam kontek ini, gelagat presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi sejak kebelakangan ini amat meragukan dan merugikan parti Islam tersebut. Justeru, Kerajaan Rakyat menyarankan agar TGHH bersikap lebih matang, profesional dan berhemah dengan samada menurut kehendak majoriti ahli partinya atau beliau harus mengosongkan jawatannya selaku presiden PAS demi perjuangan murni kita yang masih panjang.

Salaam Takzim
Mohd Sofi Yassin.


PAS hari ini sudah tidak sama dengan PAS zaman Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz. Usaha untuk menumbangkan BN dan humban umno laknatullah ke Lautan China Selatan akan gagal kerana ada parti mangkuk hayun yang ingin menyelamatkannya.





Nak di maki.... semuanya taraf Agamawan yang membawa gelaran hebat2...., tak di maki rasanya macam nak maki2 jer.... hahahaha.... simpan dalam hati jelah.... menahan geram dengan gelagat parti politik yang flip flop flip flop nih...


Namun begitu... walaun-walaun masih mendewakan mamat nih..., mungkin malas membaca akan kenyataan akhbar mamat nih yang dah serupa orang tak betul atau ntah apa2 jelah...., ooppssss.... dah nama pun walaun, jadi wala jelah dengan muka pelingkup Parti PAS nih...., dah tau diri tu tak mampu nak mengurus tadbir parti dan terbukti kegagalan mentadbir Terengganu suatu masa dulu tapi kalau dah spesies Gila Jawatan Presiden tak boleh buat apa laaaa...., dia punya kepakaran dalam bidang Agama... A to Z... takda sapa boleh lawan, pasal tu dapat jawatan Timbalan Ulama Sedunia. Tapi dalam bab pengurusan.... bukan bidang dia beb..., kepada walaun2 pentaksub Hadi jom kita layan citer kat bawah ni....
Ulama Pewaris Nabi. Ada Suuq dan ada Zuuq.
Suatu hari ada seorang Ulama berjalan mendaki gunung yang tinggi di following oleh walaun2 yang wala' giler dengannya. Sampai di kemuncak tebing gunung Ulama pun terjun tiruk, walaun2 yang wala' ada otak takda akal ikut terjun sama tanpa sebarang persoalan, manakala walaun2 yang ada otak ada akal... menggunakan akal yang waras untuk berfikir dan menilaikan tindakan Ulama itu betul atau something gone somewhere with his brainless wire.... hahaha....
Fikir punya fikir punya fikir..., seramai 50% ambil keputusan ikut terjun kerana takut tak masuk syurga atas dalil kerana tak taat pada Tok Gurunya, manakala baki 50% lagi cabut lari atas alasan dan dalilnya "Syurga Neraka urusan Allah, bukan Ulama yg menentukannya.

Ending cerita.... Ulama yang terjun tiruk tadi tak mati sebab dia kan Ulama, ilmunya tinggi. Manakala walaun2 yang ikut terjun semuanya mampus berkecai kerana ilmu tak cukup tinggi dan penuhi dada lagi, cuma selama ini bajet bagus kerana yakin mereka berada di landasan yang betul iaitu Agama Islam, walau apa pun sebelum terjun diorang semua dah pasang niat terjunan diorang sebagai Terjunan Jihad.

Lepas tu..... gua tak tau apa nasib diorang sebab urusan selepas mati urusan Allah bukannya urusan manusia, hatta Ulama pun tak boleh tau.... hahaha....

Sedangkan Ulama tadi masih lagi meneruskan kehidupannya yang bodoh sombong degil tak dengar kata....
Kesimpulannya:
Baca mukadimah di atas tu.... jangan jadi lembu di cucuk hidung... followwwww...... menonong jer.... kalau dah macam tu punya sifat... kompom spesies Ahmad Maslan.....!!!!!

Apa lu orang ingat puak2 Agamawan yang bergelar Ustaz, Ulama nih takda nafsu ke.... sejahat2 pemimpin umno yang lu orang kenal, puak2 Ustaz dan Ulama politik ni lagi jahat beb..... tebang pokok balak pakai serban jer beb.... hahahaha....

Tak caya cuba test dengan Ustaz2 yang bagi ceramah/kuliah di masjid2 dan surau, selesai kuliah hulurkan envelope kosong... ada tak yang melompat atau redho...., tak pun bayar ikut ngam2 minyak kereta diorang pergi balik jer...., dari situ baru lu orang tau... Ustaz2 tu semua mengajar kerana Allah atau kerana Envelope... hahaha... (dalam ceramah seru Jemaah buat baik... buat kerana Allah... tapi cakap tak serupa bikin... ramai beb....)

Apa yang nak gua sampaikan bukannya untuk membenci Ulama/Ustaz2/Ustazah2 yang cari makan dengan air liur nih... mahupun yang berpangkat jawatan dalam Politik, diorang semua di anugerahi Allah untuk menjadi Agamawan untuk membimbing umat Muhammad SAW ke jalan Islam. Masalahnya diorang juga manusia yang bernafsu dan tidak di jamin Syurga Allah.

Ambil contoh Kazim Elias sudah laaaa.... sanggup jual nama Nabi (Roti Jala cicah Kari) hanya untuk popularkan ceramah dia.... macam tu punya penjual Agama pun dapat tittle Datuk beb... bangang manalah yang bagi title tu kat dia...

Dalam parti PAS pula.... Agamawannya jual Agama untuk meraih simpati dan sokongan rakyat/ahli, padahal perkara Hudud tu nak buat boleh tak nak buat pun boleh bergantung kepada situasi semasa, dah tu pulak Pemimpinnya pulak asyik bertelagah sesama sendiri, gang Ulama UG dengan gang Jebon. Pentaksub yang takda otak pun satu hal jugak... itu la pasal gua gelarkan wala'un jer... penganti kepada malaun.... hahahaha...

Nak tumbangkan BN...., Pas, Dap, PKR kena bergabung beb.... takat nak lawan one by one, 2 penjuru, 3 penjuru... berapa penjuru sekalipun.... BN gelak jelah...!!!! Harap.... Pemimpin2 Pakatan Rakyat janganlah tukar lu orang punya bin kepada Ahmad Maslan....!!!!

Yang gua tau.... matlamat hancurkan umno laknatullah dan tumbangkan Kerajaan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 14 nanti menjadi kenyataan.... cukup2 lah terseksa bawah pemerintahan regim penindas ini. Mampus BN... mampus umno....!!!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP