IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Sombong pun tetap Menawan...

>> Monday, November 10, 2014

Ini kisah petang semalam di rumah orang tua gua.
Selalunya.... setiap hari Ahad jika tiada pokok balak melintang jalanraya kami enam beradik akan melepak rumah mak bapak kami, tak kiralah samada yang bermalam dari Sabtu atau jenis balik hari pada Ahadnya.

Masa tu masing2 tong.. tong,, beli apa yang patut untuk makan tengahari, minum petang dan malam bergantung pada keadaan. Selalunya yang sebelah malam tu kami angkut kedua orang tua kami makan luar... paling jauh Bagan Lalang atau Jeram, paling dekat sekitar Lembah Klang jelah... janji semua happinesssssss.....

Kebetulan pulak selepas Zohor semalam dalam kami dok melepak bersembang huhahuha..., Abah gua dapat call dari Adik Sepupu kami (perempuan - anak sedara Abah dan Mak gua la..) nak bertandang ke rumah orang tua gua selepas Asar, ok laaaa... datang laaa... boleh join dua belah kaki... hahaha...

Mak gua pun mulalah start memikirkan nak jamu apa... mulalah start itu ini bla.. bla.. bla..., cumanya semalam dia ramai assistant yang membantu dan kecoh dapur jadi bahan diorang. Yang kami pulak adik beradik lelaki buat perancangan jahat nak mengenakan laki adik sepupu kami tu.

Ooopppssss.... sedikit background pasal suami adik sepupu gua tu.
Suaminya seorang OCPD di sebuah Balai Polis di Lembah Klang. Orangnya jenis berlagak bodoh sombong dan tak bercampur gaul dengan saudara mara setiap kali balik kampung. Spesies apabila kita cakap sepuloh patah dia jawap suku patah perkataan pastu senyap dan blah. Kalau kami menziarah rumah Pakcik gua time hariraya kompom malaun nih akan terperap dalam bilik. Nak sembang sesama saudara mara jauh sama  sekali laaaa... so jawapan kami kat dia selalunya.... pi mampuih la kat hang..., awat hang ingat hang polis hang dah hebat sangat...!!!!

Berbalik pada cerita, petang semalam kami adik beradik pulak buat derkkkkk.... jer..., dia buka citer kampung kami layan citer bola.... pastu dia senyap sendiri..., dia citer isu semasa kami buat bodoh jer.... tapi frust gak sebab Abah kami melayan jugak sepatah dua walau kami buat2 menyampuk dangan orang tua tu sambil tukar topik... sampai part boring kami lima beradik buka meja ping-pong dan layannnnnn... sesama kami, memang betul2 buat macam dia tu tak wujud langsung....

Bini dia (adik sepupu) kat dapur dengan gang2 pompuan, dia jadi kera sumbang kat depan hahaha... nahhhh... ambik ko... sombong sangat selama ini kononnya Pegawai Polis tak boleh bercampur dengan orang (alasan Pakcik gua bila adik beradik dia tegur kelakuan menantu polis dia tu..). Agaknya dia ingat jadi Polis tu dah hebat sangat la tu... dia tak sedar diri kebanyakkan yang menjawat jawatan polis nih spesies yang kantoi dalam pelajaran. Kantoi SPM jadi koperal... kantoi Diploma jadi Inspektor Sahab... kantoi SRP/PMR jadi SB... hahahaha.... pasal tu perasan hebat sangat dah....

Walau apapun gua tak tau samada dah sememangnya dah sebegitu attitude seorang Polis yang ada pangkat atau perangai semulajadi yang makbapak dia tak ajar sebelum menjawat jawatan Polis... hahahaa... takda adap pergaulan lansung. Jika nak dikatakan itu sikap yang di latih dalam Polis supaya tak bercampur dengan masyarakat, gua tengok Biras gua Polis jugak pangkat Inspektor Sahab di Balai Gombak..., tapi dia ni pulak terlebih mesra alam dan sembang kencang jugak...

Akhirnya jadi kera sumbang sorang2 layan henpon dia...., itu jer caranya mengajar Polis2 yg berlagak nih...!!!! Dalam balai dan pakai uniform lu orang king segala king ikut suka lu orang nak buli nak gertak orang, di rumah orang tua gua.... kami adik beradik king of the king, tak perlu pakai uniform pun boleh buli seorang polis... muakakakakakaaaa.......

Last sekali.... dah boring agaknya, balik awal mamat tuuuuu.... kih... kih.... kih.... terpinga2 sepupu kami bila laki dia ajak balik...., baru dia ada akai.... dalam keta kompom dia membebel meluahkan perasaan bagaimana dia di layan.... dan gua berani jamin dia akan kena bebel balik dengan bini dia kerana sikap sombong dia selama ini, dan kompom dia tak berani melawan punyalah.... sebab walau segarang mana sekalipun seorang lelaki itu tetap takut dengan bini dia... hahahaha...

Kesimpulannya, walau setinggi mana pangkat kita, tak perlulah berlagak sombong diri, orang pun menyampah beb.... Tuhan pun benci.

Apa dia ingat kami kesah sangat dengan pangkat Polis dia tu.... pi mampuih laaaa....!!!!

Kalau macam ni punya Polis.... ok la jugak..... sombong pun tetap menawan.... hahahaha....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP