IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Jom... Belajar Merompak.

>> Friday, October 17, 2014

Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank, "Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda...". Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak."
- berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita meniarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan..!!! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol..!!!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional."
- Fokus hanya pada apa yang lu orang dilatih untuk melakukannya.

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja):

Perompak Muda: "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat.
Perompak tua menyangkal dan berkata: "lu ni bodoh,,!!! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita boleh habis kira..??? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman."
- Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas..!!!

*********** Waktu yang sama di Bank ************
Selepas perompak beredar, pengurus bank mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu... mari kita ambil $10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank..!!!".

*Ini dipanggil "inovatif."
- Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda..!!!

Penyelia berkata: "alangkah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh."
- merancang masa depan selangkah lebih awal..!!!

************* Ini dipanggil "Perompak Berlesen" namanya ***************

Pada malamnya berita perdana TV melaporkan bahawa $100 juta telah dirompak dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira setakat $20 juta sahaja. Perompak sangat marah dan mengadu: "Celakesss..!!!! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $20 juta tapi Pengurus Bank mengambil $80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil "Pengetahuan"
- pengetahuan kunci kejayaan hidup..!!!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil  menyelam minum air."
- mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain..!!!!

Kesimpulannya:
Merompak hanya contoh sahaja dalam penceritaan tersebut. Gua tak suruh lu orang merompak.... hahaha.... tapi pandai mengambil pengajaran dari kisah tersebut.

Ending of story:
Lalu perompak membuat laporan polis terhadap penipuan pegawai bank tersebut tentang jumlah rompakan sebenar....

*Ini pula dipanggil "Bangang"
- "BANGANG TAK BERTEMPAT".

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP