IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Santai Jumaat.

>> Friday, March 15, 2013

 

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, 
sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? ayah selalu suruh ibu bertanya," telefonlah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.

Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan.

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan?? "kan.. ayah dah bagitau jangan minum air sejukk?? ". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau...

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!". Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga keselamatan kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau, ayah marah kita..., tahukah kita yang ayah tak mahu apa2 terjadi kepada kita bila keluar lewat.

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah, kolej atau universiti untuk belajar. Di saat kita memerlukan bermacam-macam untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi tanpa menolak, beliau memenuhinya.

Saat kamu berjaya.. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga.. walaupun kadang2 ayah macam buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita.

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan ada orang luar meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya. Dan akhirnya.... saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita, ayah pun tersenyum bahagia.... Apa yang kita tidak tahu..., bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis...

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia.. dan dia pun berdoa...

"Ya Tuhan, tugasku dan tanggungjawabku yang Engkau amanahkan kepadaku telah aku selesaikan dengan baik. Bahagiakanlah putera puteri kecilku yang manis bersama pasangannya".

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk.

Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga Itulah pengorbanan seorang ayah..., Masih memandang kemarahan ayah itu sebagai alasan untuk kita bencikan dia?

Percayalah.. dialah orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah, tak dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita. Kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihatnya.

Tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah...???
Apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan dekat ibu..???
Kamu dah lupa semasa kecil, ayah mendukung kamu dan mencium kamu....???

Tanpa ayah mana mungkin kamu boleh keluar daripada perut ibu dan melihat dunia....!!!! Kepada yang masih ada ayah/bapak/papa/daddy.... telefon dan bertanyalah khabar beliau, sesungguhnya seorang ayah tidak pernah menunjukkan kerinduan dan kasih sayangnya kepada anak2.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP