IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Rais Yatim Bela Hantu...????... Hahahaha...!!!!

>> Wednesday, October 10, 2012

Kementerian Penerangan harus bertindak tegas terhadap penerbitan dan penyiaran cerita hantu. Malaysia sebagai sebuah negara majoriti umat Islam menghadapi masalah sakit mental yang serius dimana 12 peratus rakyat negara ini atau 3.5 juta orang menghidap penyakit mental dengan purata 6 orang bunuh diri setiap hari dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun.

CERITA HANTU PUNCA SAKIT JIWA KRONIK
10 Okt 2012
 
Ipoh: Pelbagai cerita hantu, mistik dan seram yang berleluasa dikenal pasti antara punca banyak kes sakit mental yang sepatutnya boleh dirawat pada peringkat awal, gagal dirujuk ke pakar perubatan sehingga sukar diubati.
 
Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Rabaiah Mohd Salleh, berkata paparan cerita seumpama itu mempengaruhi fikiran masyarakat hinggakan tanda penyakit mental yang ditunjukkan seseorang dianggap gangguan makhluk halus dan mengutamakan khidmat dukun serta pengamal perubatan tradisional.
 
“Cerita sebegini yang sering ditayangkan di televisyen, filem dan bahan bacaan mewujudkan stigma masyarakat mengenai sakit disebabkan gangguan hantu hingga ada yang trauma dan hanya dirujuk ke hospital apabila penyakit menjadi kronik,” katanya ketika ditemui selepas Persidangan Kesihatan Mental Perak Kesembilan di sini, semalam.
 
Dr Rabaiah berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menafikan kewujudan dunia jin dalam kepercayaan agama lantas membenarkan rawatan tradisional serta perubatan Islam dilakukan sebagai pelengkap rawatan.
 
Katanya, penyakit mental boleh diubati jika dirujuk ke hospital dari peringkat awal bagi membolehkan pesakit menerima rawatan sesuai dan dapat meneruskan kehidupan normal.
 
Beliau berkata, orang ramai yang mendapatkan rawatan penyakit mental kini meningkat kepada maksimum 10 kes baru didaftarkan sehari berbanding antara dua hingga tiga sehari pada 2007.
 
Sementara itu, Dr Nordiyanah berkata, banyak kajian menunjukkan pertalian rapat antara penyakit mental dan fizikal seperti kemurungan dengan penyakit berkaitan jantung dan angin ahmar, selain berisiko menghidap diabetes.
 
“Penyakit kerisauan mendedahkan individu kepada penyakit jantung koronari, angin ahmar, gangguan sistem pernafasan seperti asma serta berisiko mengidap penyakit kronik lain berkaitan sistem penghadaman,” katanya.
 
Katanya, stigma dan diskriminasi masyarakat menyebabkan ada pesakit jiwa enggan mendapatkan rawatan psikiatri kerana takut dicemuh tidak siuman terutama jika pernah mendapat rawatan di hospital mental. - Sumber, hasil rembatan cemerlang dari gua dari sini.
hahaha... kementerian penerangan sememangnya bangang sebab menterinya pun spesies bangang wa cakap luuuu..., jikalau dulu zaman Mohamed Rahmat penyanyi rock kena "ban/gam" pasal berambut panjang dan kononnya satu budaya yang tidak sihat buat rakyat Malaysia.

Sekarang ni pulak... di TV mahupun Filem... tak habis2 dengan cerita hantu/seram, dan gua yakin itu adalah salah satu strategi kerajaan malaysia yang diterajui oleh barisan nasional sekarang ini untuk menyogok minda rakyat dengan perkara2 bodoh dan khurafat.

Kalau macam ni punya cara, macam mana laaa... rakyat Malaysia nak maju beb... terutamanya orang melayu, tak habis2 dengan hantu dan tahyol... selamanya jadi tolol macam puak2 umno... hahahaha..., lu orang tak caya ke... cuba tanya puak2 umno... kat mana ada bomoh power punyeeaarrrr...., pasti diorang tau jawapannya... hahahaha...

Puak2 umno nih... sesama diorang pun dalam bab cantas mencantas kerana gila jawatan pun main bomoh beb.... dosa pahala belakang kira..., kalau tidak masakan Pak Lah jumpa bungkusan ilmu hitam dalam pejabatnya di Parlimen.... hehehehe... siapa punya angkara tuuu....????
 
Lu orang jangan sebarangan tuduh Pompuan Puaka punya kerja eeekkkkk....!!!!
 
Buat pengetahuan Rais Yatim... 
ini namanya Burung Hantu, bukannya Hantu harap maklum yeaaaa...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP