IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Khalid Samad, Roziah Dan MBSA.!!! Tidor Ke..???

>> Thursday, August 16, 2012

Wahai Semua yang berkaitan. Hangin dalam badan gua dah berlambak. Hampir tak boleh kontrol. MB Khalid, YB roziah dan MBSA perlu bertindak segera sebelum gua membunuh atau terbunuh.

Kasi setel Masalah parkir kereta di kawasan kediaman penduduk seksyen 24, Shah Alam Selangor. Aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa (MBSA - Majlis Bandaraya Shah Alam) di bawah Dun - Roziah Ismail.

Hal ini terjadi setiap bulan Ramadhan apabila ramai orang datang bershopping di Uptown Shah Alam. Walau pihak Uptown Shah Alam telah menyediakan tapak parking untuk pelanggan mereka, akan tetapi tidak mencukupi. Hinggakan terpaksa parking di luar kawasan Uptown.

Masalah ini telah di ambil kesempatan oleh Persatuan Penduduk Section 24 iaitu Jalan Bendi, Jalan Kesum dan Jalan Peria dengan membenarkan kereta luar parking dalam kawasan tersebut dengan charge RM2.00.

Dalam Perjanjian dengan penduduk, parking hanya dibenarkan diseberang jalan rumah penduduk dan bukannya dihadapan rumah penduduk. Akan tetapi tetap timbul masalah bilamana ada juga kereta luar yang parking di hadapan rumah penduduk, hal ini berlaku apabila petugas dari Persatuan Penduduk cuai dan gagal menjalankan tugas menjaga parking dengan membenarkan kereta luar parking depan rumah penduduk.

Masalah yang timbul dan risikonya;

Terjadi pergaduhan di antara penduduk dengan ahli persatuan yang bertugas. Keharmonian kejiranan terjejas kerana sifat tamak Persatuan Penduduk hendak mengutip duit parking dan menyusahkan penduduk.

Jalan sesak dan hingar binggar hingga lewat malam akibat bunyi deruan enjin setiap kenderaan dan budak2 motor yang rammed motosikal mereka dan juga bunyi hon kenderaan.(uptown buka hingga subuh)

Jika ada kecemasan, penduduk yang pintu pagar rumah mereka dihalangi oleh kenderaan orang luar, bagaimana mereka hendak keluar atau bantuan nak masuk ke rumah.

Kalau rumah pegawai MBSA yang kena blok macam ni apa macam? Selagi tak kena batang hidung sendiri selagi itu MBSA seolah membiarkan masalah penduduk ini berlarutan. Apa kes Wei?

Baca selanjutnya di Blog Gendang Perang.

Gua malas nak kecoh lebih2 hal nih.... sebabnya susah mau cakap aarrr..., gua sekarang nih tengah fokus masalah di Sekinchan beb... ada berita lebih panas.. hot.. hot.. hot... melibatkan Polis dan YB di sana... tungguuuuu.... lepas raya kita kasi letup...

PR ke... umno ke.. kalau perangai dan pentadbiran lebih kurang bn jer.... sembang tak jatuh cakap macam kepala butuh... elok di belasah jer.... hahahaha...!!!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP