IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Entry Santai : Lepak Jap Dari Politik...

>> Friday, May 18, 2012



Orang Perlis, Kedah dan Kelantan kalau tak tau "Tomoi" jangan mengaku orang negeri tersebut laaaa... hahahaha....!!!!

Ini entry santai gua kali ini, apabila tertonton video klip kat atas tu... langsung mengimbau sejarah gua lepas habis SPM dulu. Masa tu orang kampung gua kecoh nak buka gelanggang "Tomoi" dan import Guru dari Pattani, Siam.

Sewaktu hari pembukaan Gelanggang... perghhh... hampir 50 orang anak muda dan separuh tua mendaftar diri, sesi latihan setiap 8.00 malam hingga 11 malam - 5 hari seminggu (Selasa dan Jumaat rehat) selang sebulan tinggal dalam 30 orang lebih..., dan makin hari makin berkurangan dengan pelbagai alasan...., masuk bulan ke sebelas hanya tinggal 7 orang termasuk gua... hinggalah hari penamat... hahahaha...

Bila tengok aksi tendang punching bag tu... teringat gelanggang kami cuma ada satu "punching bag", dan untuk menguatkan tulang keting, gua dan member2 ambil batang serai buat ketuk tulang keting sampai hancur pangkal batang serai tuuu...

Lepas tu upgrade sikit... cari guni jerami balut dan ikat di batang nyoq dan tendang sebijik macam dalam video tu... tujuannya nak keraskan tulang keting... adusssss... sampai bengkak2 kaki laaaa..., tapi bukan setakat tulang keting jer... siku tangan pun kena asah juga beb... taksub punya pasal... darah muda pulak tu... semuanya sanggup, bila pikir2 balik... buat kerja bodoh pun ada gakkk.... hehehehe...



Part paling best... dan masih terbayang2 dalam kepala hotak gua, juga menjadi bahan lawak juga kutukan cow..cow... apabila balik kampung ialah apabila tiba malam penamat. Malam penamat nih... kena berentap dengan orang kanan dan orang kiri tok guru yang di bawa khas dari Pattani...

Gua giliran nombor lima, sebelum tu gua nak bagitau... pada malam ini, kami hanya dibenarkan pakai pelindung kemaluan jer..., Glove dan Pelindung Muka tarak.... boleh main buah luar dan dalam..., sendiri mau ingat laaaa... macamana mau protect diri sendiri, fight tanpa belas kasihan...

Apabila gua tengok member2 gua yang nombor satu sampai nombor tiga lunyai kena belasah... gua intai2 siapakah gerangan yang gua bakal berhadapan...., perghhhh... tak boleh blah...!!!!

Sampai jer... giliran member nombor empat... tengah diorang dok dusyuummm... dusyummm... orang lain pun tengah khusyuk menonton, gua pun melaksanakan projek selak dinding gelangang yang diperbuat dari pelepah/daun nipah... gua pun senyap2 merangkak keluar dannnnnn.... cha... aliffff.... butttt.... cabut beb...!!!!... hahahaha....!!!!

Kayuh basikal.. terus pergi melepak di kedai kopi simpang kepala jalan pekena burger.... tak sampai 15 minit... member yang giliran nombor enam dan tujuh pun join the club... dan kami ketawa beramai-ramai beb... muakakakaka.....!!!!

Keesokkannya... apabila tiba time melepak waktu petang di simpang kepala jalan... apalagi wa cakap luuuu... member yang kena belasah sampai lebam malam tadinya kutuk kita orang cow.. cow... dengan ayat2 tak bleh blah punya.... hahahaha... dan kami pun balas balik...

"Buat apa nak jadi bodoh menyakitkan badan berlawan dengan otai siam bermati-matian..., dah belajar... dah ambil buah pukulan dan teknik sudah laaaa.... janji hati mau berani... hahahaha...."

Dan sampai ke hari ini..., jika balik kampung jer... bila jumpa puak2 nih... pasti jadi bahan kutukan hahaha... apa2 pun semuanya dalam kenangan...!!!!

Hari ini gua lihat dah banyak pusat2 latihan "Tomoi" di buka... macam cendawan lepas hujan, gua ingat nak pergi "ON" dan asah balik buah2 lama yang dah berkarat tu.... bukannya apa... manalah tau kalau2 ada gang pekida yang sebelum nih ugut nak pijak kepala gua.., jika diorang betul2 nak buat taik... sebelum diorang makan gua... lebih baik gua makan diorang dulu... hahahaha....!!!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP