IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Terkenang Semasa Dolu2... Indon Sudah Penuh...!!!!

>> Saturday, March 31, 2012

Malam tadi... adik gua datang rumah sekitar 8.00pm, duduk sembang2 lepas tu perut terasa lapar la pulak..., dari siangnya gua hanya makan ringan2 jer... sebab gua dalam proses mengurangkan berat badan dengan tak makan nasi sejak seminggu yang lalu. Sebabnya gua akan menghilangkan diri pada 10/4/2012 selama 2 minggu beb...

Dalam sembang2 dengan adik gua, ada menyentuh tentang Kampung Pasir Baru tempat kami membesar suatu masa dahulu, langsung gua teringatkan nasi goreng Abang Yen, memandangkan gua pun dah puluhan tahun tak pijak kaki ke Kampung Pasir, so gua tanya adik gua Restoran Yen-Zai ada lagi tak... atau dah kena roboh jadi highway NPE sekarang nih...???

Adik gua kata ada lagi beb..., gua ajak2 ayam laaa... kat pramugari dan anak2, tapi diorang tak nak ikut... canteeekkkk...., pramugari adik gua pun tak nak ikut... lagi canteeekkkk...., apalagi gua dengan adik gua solo jelah ke Kampung Pasir Baru (dulunya kawasan black area, sekarang dah clean kot...)

Masuk jer... kawasan tu... perghhhh... banyak yang dah berubah beb... Pejabat Pos dah hilang, Kedai Konchu... dah lesap..., rumah guru mengaji gua Nenek Yam dah takda dan Nenek Yam pun ikut takda jugak... Al-Fatihah buat beliau..., padang bola masih ada lagi..., cuma rumah member2 lama dah banyak kena roboh dan diorang dipindahkan ke PPRT Pantai Dalam...

Yang gua nampak makin gah dan hebat ialah Kuil Hindu kat kawasan tu semakin besar beb... dekat pulak dengan stesen komuter...., studio kumpulan Loving Born kat belakang kuil tu... rasanya dah lama hilang... hahahaha... (tempat gua melepak zaman rock kapak dolu2...)

Sampai jer... Restoran Yen-Zai..., Abang Yen tegur adik gua sebab adik gua selalu melepak dengan gang2 Kampung Pasir yang sebaya dengan dia... gang lapis gua semuanya dah out..., so Abang Yen tak berapa nak kenal gua... bila adik gua kenalkan.. terus otai kampung pasir tu hulurkan salam dan peluk gua beb... puluhan tahun tak jumpa.. touching beb... touching wa cakap luuuu...!!!! (last gua di Kampung Pasir 1987)

Gua tak payah sebut apa nak makan... member sudah tau peberet gua pasal itulah menu yang selalu gua makan setiap kali lepak restoran dia. Lastly.... gua bedal jugak nasi goreng ayam... hahahaha... diet kejadahnya apa...., tapi gua dah pesan kat adik gua kalau balik nanti Kak Long tanya makan apa... lu bagitau makan mee hailam jer.... kah.... kah... kah....!!!!

Selesai... tugasan dia mengoreng dan gua bedal semahunya, settle Alhamdulillah.... Abang Yen datang melepak dengan kami, maka bermulalah interview itu ini pelbagai terkenangkan zaman dolu2. Sampai sakit tengah belakang gua asyik kena penampar Abang Yen bila masuk bab2 kenakalan gua dolu... sambil dia ketawa sambil tangan dia belasah tengah belakang gua... adussss..... hahaha...!!!!

Cuma 2 perkara jer yang membuatkan gua terkilan dan tak puashati...., pertamanya terkilan kerana Nasi Goreng Ayam Abang Yen dah tak sesedap dolu2... banyak lari dia punya rasa... tak tau laaa... mungkin atas faktor umur agaknya... deria rasa dia dah kurengggg...

keduanya... dari cerita Abang Yen, Kampung Pasir sekarang ini dah dipenuhi oleh puak2 Indonesia... samada Halal atau Haram berlambak2 beb..., apakah pihak imigresen tak buat penguatkuasaan ke kat kawasan tu... hahahaha...

Selesai bersembang pelbagai, kami minta diri dan makan malam tuuu.... Abang Yen belanja atas alasan anak2 buahnya datang melawat dan masih ingatkan dia, hahahaha... touching lagi wa cakap luuuu.... adusssss.... gua sempat kirim salam kat anak2 dia yang sebaya dengan gua... hehehehe... yang pompuan laaa... tapi dia cakap dah beranak 3... kih... kih... kih...

Dalam perjalanan balik, gua saja laaa... round jalan belakang tepi benteng (sungai klang)... walllaweiiii... betul laaa... ramai Indon bersidai kat luar rumah diorang, siap bukak kedai makan lagi... saja jer... gua pandu kereta perlahan memerhatikan gelagat diorang terutama sekali bahagian belakang/lorong rumah Arwah Haji Nordin...

Dah macam perumahan Indonesia pulak dah..... adakah indon2 yang banyak tu peliharaan Raja Nong Chik untuk Pilihanraya Umum akan datang di Parlimen Lembah Pantai.... (masih menjadi tanda tanya kepada gua...)

Gambar Pakcik Google, sewaktu Nurul Izzah melawat mangsa banjir.
Berkopiah tu Pakcik Raja Anuar, anak dia member gua... Raja Idris namanya...

Nota: Imigresen kalau ada teloq pergilah buat serbuan di Kampunga Pasir... pasti ramai yang akan tertangkap. Nurul Izzah kalau sayangkan kerusi Parlimen dia, pergilah buat pemantauan gua rasa ramai hantu2 SPR bangsa Indon bersembunyi di situ.... hahahaha... pandai2 lu orang laaaa....!!!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP