IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Helah Orang Tua-Tua...???

>> Sunday, March 04, 2012

Petang semalam setelah selesai urusan kebun, sewaktu membersihkan diri untuk pulang, dalam hujan renyai gua memerhatikan kereta Cikgu Dollah meluncur masuk ke lorong arah kebun.

Dengan uniform kebun yang selalu dipakainya, beliau dan isterinya terus menuju masuk ke kebun kelapa sawitnya... waktu ketika itu menunjukkan jam 6.45pm.

Gua tak ambik pot... tapi terfikir juga, apa kejadahnya orang tua tu datang kebun dalam hujan renyai di penghujung petang yang menghampiri remang senja.... kepala hotak nakal gua teringat ceritera orang tua2 dahulu...

Al-kisahnya, sewaktu zaman dahulu Ketua keluarga (Suami) yang berniaga akan merantau selama beberapa bulan untuk memperdagangkan barangan jualan mereka. Setelah berbulan diperantauan maka kembalilah mereka ke kampung halaman.

Jadi biarlah gua petik nama perantau ini sebagai Pak Jib sahaja, sekembalinya beliau ke rumah pada suatu pagi, dengan keadaan rumah yang lintang pukang dan anak2 yang bersusun paku pakis... maka pada petang harinya beliau pergi ke halaman belakang rumah dengan membawa parang.

Di tebasnya semak samun yang ditinggalkannya selama beberapa bulan, setelah selesai dikumpulkannya sampah semak samun tersebut untuk di bakar, setelah itu dia pun memanggil anaknya Ashman...

Pak Jib  : Ashman... Ashman... !!!!

Ashman : Sambil berlari mendatangi bapanya... "Yeaa... bapak..."

Pak Jib : Ashman pergi bagitau kat Mak, "Suruh Mak datang sini bawak Mancis tau..." pesannya kepada Ashman

Maka berlari-larilah anak itu menuju ke rumah, dan berlari datang semula ke kebun sambil membawa mancis....

Pak Jib yang melihatkan keadaan itu, terus berkata kepada anaknya dengan nada lebih tegas dan serius... "Pergi bagitau kat Mak hang, Bapak suruh Mak sendiri bawak mancis tu ke sini.... bapak nak bakar sampah nih...cepat sikit...!!!!"

Berlarilah lagi si Ashman balik ke rumah mendapatkan Maknya dan menyampaikan arahan si Bapak. Apabila mendapat berita dari Ashman, Maknya pun mengambil mancis dari Ashman, terus mengendeng anak yang paling kecil berumur 3 tahun, memimpin anak yang berumur 7 tahun dan di ikuti pula oleh Ashman serta adik beradiknya yang lain seramai 5 orang lagi terus menuju ke belakang rumah...

Sewaktu menghampiri Pak Jib, isterinya terus memberikan mancis...., sambil mencapai mancis Pak Jib sempat sound direct kat bini dia.... "Yang hang mai ramai2 nih pasai apa... awat hang tak bawak mai satu kampung sekaligus..." ada reaksi benggang gileeerrrr.... dalam intonasi suaranya....

Isterinya pun menjawap: Dah depa nak ikut... nak buat lagu mana... terpaksa laaa.. angkut semuanya..."

Pak Jib : hurmmmmm... nak buat lagu manaaaa.... MELEPAS laaaaaaa....!!!!!

Dalam gua dok mengelamun teringatkan kisah orang dolu-dolu, ada laaa... dalam 20 minit agaknya..., gua terpandang Cikgu Dollah dan Isterinya keluar dari kebun, terus masuk ke kereta kemudiannya reverse dan menuju ke arah jalan besar sambil membunyikan horn dan melambai tangan pada gua....

Akhirnya..., gua mencapai bag baju kotor menuju ke kereta sambil tersenyum.... hahahaha...!!!

(moral story nih...: kadang2 para isteri tak "faham maksud/mesej" yang cuba disampaikan oleh si suami... hahahaha...!!!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP