IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Hantu Dalam Hati Kita.

>> Saturday, March 31, 2012

Rembat dari - ReSpeKs Group.

Hantu Toyol...

Secara sinis seorang sahabat berkata, “tidak ada hantu yang berkeliaran pada malam Jumaat.”

“Malam Jumaat, malam yang berkat. Esoknya, penghulu segala hari raya. Hari raya mingguan untuk umat Islam. Mungkin itu sebabnya,” balas saya.

“Bukan itu yang aku maksudkan,” katanya.

Saya senyum sambil bertanya kembali, “kenapa tiba-tiba kau bercakap tentang hantu?” tanya saya kembali.

Dia diam sebentar. Kemudian menyambung, “semua hantu dah masuk dalam TV. Macam-macam hantu telah dimunculkan semula. Pemikiran orang kita kembali ke belakang,” ujarnya.

Saya senyum dengan sindirannya. Teringat kata guru penulisan saya, “ada tiga unsur yang menjadi bahan pelaris dalam media yang dikuasai oleh orang Melayu – seks, mistik atau misteri dan gosip. Benar, media cetak dan elektronik yang ada ketiga-tiga unsur ini akan mendapat sambutan.

“Aku bimbang, pemikiran anak-anak kita akan diracuni. Bukankah siapa kita lima tahun akan datang ditentukan dengan siapa kita bergaul dan oleh apa yang sering kita baca, tonton dan dengar? Kalau cerita-cerita hantu ini yang kerap mereka tonton dan baca, fikiran bawah sedar anak-anak kita akan terkebelakang!”

Saya diam. Memang ada kebenaran kata-katanya itu. Budak-budak sekarang jadi penakut tidak bertempat, hendak ke bilik air, hendak tidur, hendak bersendirian semua penakut. Apa tidaknya cerita-cerita hantu sarat dengan adegan hantu muncul tiba-tiba dari bawah katil, dari sebalik pintu dan sebagainya.

“Aku bimbang melihat peranan ahli agama dan ayat-ayat Quran yang disalah tafsirkan dalam cerita-cerita hantu ini…” tambah saya untuk menyuburkan percambahan fikiran. “Ada yang berhujah, tengok dalam cerita hantu ini kami memartabatkan ahli agama dan ayat-ayat Quran. Bila ahli agama datang dengan serban dan kopiah serta membaca ayat-ayat Quran, hantu akan cabut lari, terbakar, ghaib dan sebagainya. Apa pandangan kau tentang ini?

“Al Quran ditujukan untuk difahami, dihayati dan diamalkan oleh manusia. Itu fungsi utamanya. Jika manusia tidak menghayati al Quran, manusia akan jadi hantu yang lebih ganas dan dahsyat!”

“Maksud kau?”

“Akibat meminggirkan Al Quran lahirlah hantu-hantu di kalangan manusia yang menjadi pembuang bayi, mat rempit, peragut, perogol, penagih dadah, perasuah, penjenayah, ahli politik yang putar belit, wanita yang mendedahkan aurat dan penggiat budaya hedonisme di kalangan orang Islam sendiri. Inilah hantu yang lebih dahsyat daripada polong, puntianak, penanggalan, pocong yang digembar-gemburkan itu.”

Hantu Pocong...

Saya teringat lagi pesan imam kampung saya dulu, katanya,” hantu ini ada dua, satu hantu di kalangan jin, dan satu lagi hantu di kalangan manusia. Hantu di kalangan jin lebih mudah dihadapi, baca ayat Quran dia akan lari. Tetapi hantu di kalangan manusia ni tak lari kalau dibacakan ayat Quran… “

“Betul kata kau. Ustaz-ustaz atau lebai-lebai dalam cerita hantu datang pada saat-saat akhir dengan kuasa magisnya. Mereka baca ayat Quran yang lebih mirip mantera atau jampi dan hantu pun cabut lari!”

“Pada hal peranan ahli agama dan ayat-ayat Quran bukan sekadar sebagai penghalau hantu tetapi pendidik, pendakwah sekali gus profesional yang menegakkan ayat-ayat Quran dalam sistem hidup manusia secara keseluruhan.

Kalau dulu ahli agama dijemput di permulaan majlis untuk membaca doa, kemudian majlis pun berjalan dengan pelbagai agenda yang membelakangkan syariat…, Kini ahli agama digambarkan pula sebagai penghalau hantu yang datang di hujung cerita yang tidak memaparkan pun Islam sebagai cara hidup!”

“Islam mesti dimartabatkan sebagai cara hidup dalam keluarga. Itulah penghalau hantu yang paling “mujarab”. Jika sebuah keluarga menjaga solat, menjauhi riba dan rasuah, menutup aurat, mengelakkan diri daripada pergaulan bebas, rajin berusaha insya-Allah mereka tidak akan jadi hantu…”

Hantu Sundal Malam...

“Dan hantu-hantu di kalangan jin pun akan takut kepada diri dan keluarga itu betul tak?” tambah teman saya itu.

“Kalau kita tidak jadi hantu, hantu akan takut kepada kita. Orang yang takutkan Allah, makhluk lain akan takutkannya!”

“Jadi cara menghalau hantu?”

“Jangan jadi hantu!”, Kami sama-sama tersenyum.

“Nilai-nilai Islam sentiasa menjadi tempelan. Ayat Quran kekadang dijadikan tema awal atau muncul di akhir cerita hanya untuk menghalalkan cerita yang sarat dengan nilai syirik dan mistik. Jika tidak ada asas agama yang kukuh, tidak mustahil kuasa hantu yang menjadi fokus utama dalam cerita itu akan menenggelamkan kuasa agama yang dipaparkan di penutup cerita. Penonton akan lebih takutkan hantu berbanding keyakinan kepada kekuatan agama dan roh Al Quran,” jawab saya.

“Aku bimbang, ayat-ayat Al Quran sudah tidak dijadikan lagi bahan untuk mendidik hati manusia. Lambat-laun ia akan hanya menjadi azimat, tangkal yang digantung di palang pintu untuk menghalau hantu. Atau ia hanya akan jadi bahan mantera atau jampi serapah ahli-ahli agama yang berimej dukun atau bomoh semata-mata.”

“Nanti orang menuduh kau tidak percaya yang ghaib…”

“Yang ghaib itu ada. Syaitan dan jin ada. Ada hikmahnya Allah ciptakan mereka ghaib dan tidak boleh kelihatan. Dan bila Allah ciptakan begitu, itu sesungguhnya lebih baik untuk manusia. Tidak payahlah susah-susah kita jadi “seekers” untuk berjumpa dengan mereka. Tumpukan sahaja tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Musuh yang kita tidak nampak ini pun akan gentar dengan kekhalifahan kita!”

“Kau nak nafikan juga ada ulama-ulama yang pakar dalam menghadapi jin dan umat memerlukan mereka?”

“Aku tidak katakan begitu. Rasulullah saw sendiri telah berdakwah kepada golongan jin. Dan ramai ulama-ulama yang hebat yang mampu melihat jin dengan mata hati mereka. Dan bila ada masyarakat yang diganggu jin, mereka muncul untuk membantu. Tetapi itu hanya tugas sampingan..”

“Tugas sampingan? Apa maksud kau?”

“Tugas utama mereka berdakwah dan mendidik masyarakat. Mereka murabi bukan bomoh atau dukun. Cuma dalam tugas mendidik, kepakaran menghadapi jin kekadang diperlukan. Rasulullah saw juga begitu. Sejarah perjuangannya dipenuhi dengan kesabaran, keberanian dan iltizam mendidik manusia. Puluhan tahun, dari era Makkah menuju era Madinah…”

“Daripada berdakwah, mentarbiah, bersiasah hinggalah memerintah negara. Rasulullah saw lebih banyak menghadapi manusia. Sekali-sekala sahaja baginda menghadapi kerenah jin. Kenapa agaknya ya?” giliran saya pula meminta pandangan balasnya.

“Sebab Rasulullah tahu jika manusia mengikut perintah Allah dan menegakkan cara hidup Islam dalam kehidupan mereka, jin tidak akan mengacau. Bahkan jin pun akan tunduk akur dan boleh menjadi hamba Allah yang soleh. Tetapi bila manusia jahat, menjadi hamba kepada hawa nafsunya, jin yang jahat akan mengganggu mereka.”

“Agak-agak kau mana lebih ramai, bayi yang dibuang oleh manusia yang tidak bertanggung jawab berbanding atau yang dilarikan puntianak?

Berapa ramai remaja yang mati dan hilang anggota akibat merempit berbanding yang dicekik oleh hantu penanggal?

Hantu umno Penang.... kah.. kah... kah...

Dan betapa dahsyatnya bahana yang menimpa hidup kita akibat makan rasuah dan riba berbanding termakan santau?”

Dia senyum.

“Ahli agama jangan muncul di hujung cerita dalam kehidupan sebenar manusia. Muncullah di awal, di tengah dan di hujung serta pada bila-bila masa sahaja. Jadilah pendakwah yang mengubat punca masalah. Bukan dukun atau bomoh yang hanya datang bila dijemput. Al Quran itu medium tarbiah bukan jampi serapah. Sedarlah bahawa bahaya hantu yang muncul di kalangan manusia sendiri lebih buruk dan meluas kesannya daripada hantu di kalangan jin.”

“Ayat Al Quran mesti dibaca oleh semua manusia untuk mengatur semua agenda hidupnya. Bukan dibaca oleh orang-orang tertentu hanya untuk menghalau hantu!”

“Dan pada malam Jumaat, jangan asyik terpaku di hadapan TV dengan pelbagai versi hantu yang dikutip semula daripada “mesin pemikiran kitar semula” yang dangkal dan rakus. Tetapi isilah program malam yang berakah itu dengan program membaca Al Quran, tahlil Yasin, qiamullail dan lain-lain aktiviti yang berfaedah.”

“Tidak salah untuk menonton TV, jika programnya memberi manfaat. Jika ada drama atau cerita yang mendidik jiwa apa salahnya?”

Saya terdiam. Ya, kita masih kekurangan penggiat seni yang berkarya atas apa yang diyakini, dialami dan dirasakannya. Hanya dengan itu hasil karyanya akan benar-benar mendidik jiwa. Penggiat seni yang mampu menghalau “hantu” dalam hati manusia bukan mereka yang dihantui oleh nilai-nilai komersial dan dunia “glamour” semata-mata.

“Apa yang mampu kita lakukan hanyalah percubaan mengetuk minda Melayu…”kata teman saya.

“Mengetuk bukan mengutuk… Dan kita mesti berusaha untuk menjadi bahu bukan hanya telinga dan mata pada masalah ini.”

Dan sahabat saya yang menjadi penulis skrip itu kini sedang menyiapkan karyanya berjudul: Hantu-hantu dalam hati manusia!!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP