IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Mohon Maaf...??? Kah... Kah... Kah... !!!!

>> Sunday, February 26, 2012

Kahhhh... kah....kah..... gua terima sms dan dapat tuduhan mengatakan gua orang umno... kah...kah...kah..., ada komen mengatakan gua dah dapat pelempang jepun... kah...kah...kah.... banyak yang kutuk gua dan katakan gua buat fitnah... lagi laaaa... muakakakakaka.... gua punya gelak guling2...

Pi mampuih la kat pengomen2 dari puak pakatan rakyat... hahahaha... bila gua hentam umnoporno masing2 suka gileeerrrr.... bila kena kat batang hidung pemimpin/parti sendiri... jeng...jeng...jeng.... "itu semua fitnah"... muakakakaka....

Dalam posting gua pasal Ostad mata telanjang nih..., gua gunakan perkataan "Jika Benar", "khabarnya seperti dilaporkan", "Jika berita ini benar"... itupun susah nak paham ke...??? gua rasa puak2 yang komen tuduh dan cabar gua pelbagai nih... waktu sekolah dulu bab "Kefahaman" dapat "G" agaknya... hahahaha.... Goblok.... muakakakakaaaaa....

Dari penjelasan Ostad Bengap tuuu... dia kata dah kenal keluarga pompuan tu dan lakinya selama dua tahun, so.. takan dia tak tau laki pompuan tu fahaman/bangsa parti politik apa...??? Jadi dia pasti peka dengan musuh politiknya, persoalannya kenapa dia membiarkan dirinya terperangkap... hahahaha... alasan penjelasana serupa haprak...!!!!

Fitnah ke... konspirasi politik ke... lu bagi penjelasan ke... apa kejadah sekalipun, gua berpegang kepada kebenaran, logik fakta dan tak taksub gila kepada parti dan pemimpin, maksud gua kalau dah fanatik sangat pada pemimpin politik puuuujaaaaaan hati... pemimpin kentut pun wajib kata wangi... hahahahaa.... pi mampus dengan spesies macam tuuuu....

Ada yang mencabar gua supaya mohon maaf dengan Ostad tuuuu.... wallllllaaaaweeeiiiii...., sekarang perkara ni dalam siasatan JAIP, so tunggulah kes selesai... keduanya gua cabar pulak Ostad tu supaya saman akhbar2 yang fitnah beliau dan kemukakan saman juga kepada Jabatan Agama Islam Pahang. Lepas tu baru cerita bab gua perlu minta maaf atau tidak...!!!!

Haaaa... apa dia... JAIP pun berstongkol dengan umno perangkap Ostad tuuuu...., ooooo... masa JAIP/Mahkamah Syariah Pahang jatuhkan hukuman sebat pada Kartika dulu dan tak dilaksanakan, apakah JAIP juga berstongkol dengan bn dan sultannya.

Tapi gua nak cabar juga puak2 pengomen yang mencabar gua nih... lu orang cuba la risik2 atau bertanya dengan gang2 PKR HQ... macamana Ostad Badrul tu dapat kahwin dengan bini nombor dua dia tuuuu.... hahahaha....

Dalam dunia akhir zaman nih pelbagai perkara boleh berlaku beb...., setakat nak spin penjelasan budak tadika pun pandai beb..., sepanjang gua berblogging nih... apa yang gua perhatikan apa saja tuduhan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat semuanya Fitnah, konspirasi bla.. bla.. bla...., tapi bila Pakatan Rakyat tembak umnoporno tak pulak di katakan fitnah...

Contoh, gua tak pernah sentuh isu hubungan dagang Israel-Malaysia. Kenapa...???? Sebabnya gua bukannya fanatik gileeerrr... dengan Pakatan Rakyat nih nak sokong secara membabi buta..., walau puak2 PR berdemo di Westport tetapi diorang gagal membuktikan apa yang dikatakan hubungan dagang G to G (Israel-Malaysia).

Ada tak mana2 Blog Pakatan Rakyat yang memberi bukti "Bill of Lading" aka "BL" yang mengesahkan barangan dagangan dari Israel ke Malaysia...??? Takdakan...??? Jika ada mungkin gua terlepas pandang kot... tolong bagi link blog mana...???

Keduanya, tolong buktikan apa nama Syarikat dari Malaysia yang mengimport barangan dari Israel atau nama Syarikat dari Malaysia yang mengeksport barangan ke Israel...??? Tolong jangan sebut pasal Sawit Malaysia.. pasal itu isu baru.... so... ada tak...??? takda jugak kannnn...????  

Yang dipaparkan hanyalah "Sailing Clearance" ada pulak yang katakan SC ini sebagai Surat Beranak Kapal Zim yang berlabuh tu... hahahaha... punyalah bangang. Dah tu pulak tunjuk video klip kononnya kontena Zim berada atas jalanraya Malaysia... lagi satu lawak bangang..., kotak kontena tu mana2 syarikat pun boleh pakai beb... contoh kontena "Wan Hai Lines" negara China, Singapore, Malaysia dan mana2 negara pun boleh guna pakai..., samalah dengan kontena Zim.

Yang paling penting adalah barangan dalam Kontena tu asalnya dari mana...???? Perlukan "Bill of Lading" untuk mengesahkan kemasukkan barangan ke Malaysia.

Gua tak nafikan Syarikat Kapal Zim tu milik Israel sepenuhnya, tetapi kalau setakat transit di Malaysia apa ada hal...??? Nak harapkan MISC... hahahaha.... MISC pun tak boleh nak tampung permintaan shipping ni beb... kapal banyak yang dah uzur... lu orang agak2 para pengekspot/pengimpot nak bagi bisnes ke...??? Nilai kargo bukan sengget dua hengget beb... sendiri fikir laaaaa....

Gua juga tak nafikan Malaysia ada hubungan dengan Israel dalam bentuk lain, dalam isu "hubungan dagang" dengan Israel seperti dakwan PR... setakat ini gua anggap ianya adalah fitnah "Pakatan Rakyat" terhadap Kerajaaaaaan Barisan Nasional.... hahahaha....

Seperti mana cabaran gua kepada Ostad Badrul Amin untuk kemukakan saman bagi membuktikan dirinya di pihak yang benar, begitulah juga gua cabar PKR kemukakan "Bill of Lading" sebagai bukti adanya hubungan dagang Malaysia - Israel

Kesimpulannya, jadilah rakyat yang cerdik dan penyokong parti yang bijaksana... bukannya percaya, wa'la, thiqah dan apa kejadahnya lagi secara membabi buta... kerana ahli politik nih mana ada yang IKHLAS beb....!!!!

Nota: Sesiapa yang tau background Hasan Ali, Ostad Badrul Amin dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat lagi pasti akan mengatakannya sama jer... jijiknya dengan Pemimpin umnoporno, dalam PAS pemimpinnya pun tak kurang hebatnya juga tapi bukan dalam bab seks seperti yang dicanangkan oleh puak2 umnporno beb... hahahaha....

Masalahnya sekarang ini... hendak jatuhkan regim umnoporno/bn terlebih dahulu kerana ianya merupakan Mudharat Besar kepada Rakyat Malaysia, pemerintahan selama lebih 54 tahun wajib di tamatkan, kemudian buka cerita baru pulak dengan Pakatan Rakyat... jika 2x5 jer... nafsu diorang dengan Kerajaan bn... tunggu jelah untuk pertukaran kerajaan baru yang lain pulak.... hahahaha...

Yang penting ABU...ABU...ABU....!!!!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP