IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Haram Hukumnya...!!!!

>> Sunday, December 18, 2011

Awal perkongsian ini, izinkan gua ceritakan terlebih dahulu sejarahnya... agar lu orang paham apa yang cuba gua sampaikan. Sebenarnya dalam sejarah hidup gua yang penuh kejahatan sewaktu alam kanak2, alam remaja sehinggalah gua cuci tangan setelah berjaya dengan sekali lafaz sewaktu akad nikah dengan bapak mertua gua untuk memperisterikan anaknya... yang kini adalah Pramugari rumahtangga gua selama 17 tahun ini.

Apa kejahatan gua tak perlulah gua ceritakan di sini...., cuma cukuplah gua katakan sejahat2 gua... gua tak pernah minum arak... kerana sewaktu tumbesaran gua... abah gua pernah warning gua sambil pegang parang... "Jangan sekali-kali lu minum arak kerana ia akan memecahkan kalimah ALLAH yang ada di dahi lu...",,, adussss... gua ingat sampai hari ini... lagi pun abah gua pegang parang tu bukannya kerana bagi warning.. tapi nak kopek nyioq... hahahaha...

Lepas tu dia pesan lagi... "Jangan sekali-kali rosakkan Anak Dara Orang..., kalau dah suka sangat bagitau kat abah.. terus nikah..."... pasal tu gua cintan cintun dengan pramugari sekejap jer... terus nikah... lepas tu kahwin... gua berjaya rosakkan anak dara pak mertua gua selepas nikah (ijab dan kabul).. hahaha..

Bukannya macam budak2 la ni.... kahwin dulu baru terhegeh2 nak nikah... itu pun pasal perut betinanya dah buncit... awal sikit nikahnya... kalau tidak... ntah berkali-kali kahwin sampai lebam baru nak nikah... hahahaha... tak dapat nikah buang anak merata-rata... tak pun bin kan atas nama Ali Rustam Melaka... muakakakakaaaa...

Ok... gua dah terlalu jauh terbabas nih...., macamana pun syukur alhamdulillah... Allah masih sayangkan gua..., pelbagai ujian DIA dah test gua... dari kaya sampai jatuh papa kedana... kemudian kaya balik... jatuh tergolek lagi... bangun balik... tersembam lagi... perghhhh... nangis wa cakap luuuu....

Sekarang nih... gua bersederhana dan beringat... supaya ujian yang mendatang gua akan hadapi dengan tenang dan tabah... kerana bukan senang nak dekat dengan DIA, AKU dan KAMI...

Buat pengetahuan lu orang sejahat2 gua..., gua telah berjaya mengislamkan 2 orang kawan iaitu perempuan cina dan lelaki india. Yang perempuan cina nih janda anak tiga dan lelaki india pula seorang bujang yang nak bernikah dengan pompuan melayu.

Tapi lelaki india nih gua tak respek laaaa... sebab gua dengar cerita dari kawan2 mamat nih dah hanyut beb.... tak mengamalkan ajaran Islam seperti yang dituntut... sama jugaklah dengan melayu2 yang mengaku beragama Islam... tiada bezanya... (lagipun kami lost contact sejak gua resign tahun 2007 dulu)

Yang perempuan cina nih... gua tabik spring beb... tawadhuknya dia hingga gua pun surrender...beliau memeluk agama islam pada August 2003, Alhamdulillah.... nama Islamnya Rossana Ang Abdullah... seorang janda beranak 3... kini kesemua anak-anaknya juga sudah memeluk agama Islam.. semoga Allah memberi RAHMATNYA kepada mereka anak beranak....

Dia nih kalau bertandang ke rumah gua..., wajib makan2 punya... makan nasi beb lunch and dinner... sebab peberet dia sambal belacan yang bibik gua buat dan ayam masak kicap... ntah apa yang sedapnya gua pun tak tau... pada gua biasa2 jer... hahahaa..., last dia bertandang dan berjumpa pada tahun 2007... kemudian lost contact setelah dia berpindah ke Teluk Intan... lepas tu wa phuchitau.... hingga hari ini.

Hari ini gua terima sms berantai dari nombor yang tidak dikenali...., minta sebarkan kepada 10 orang jika tidak gua akan di timpa bencana. Walllaaaaweiiii... cukup pantang tok nenek moyang gua bila di ugut dengan bencana apa kejadahnya nih.... terus gua balas balik sms tu... tanya samada dia orang islam ke kapiaq, kalau mengaku beragama Islam.. gua suruh Istighfar dan mengucap syahadah cepat2... dan gua warning jangan hantar mesej sundal macam tu kat gua lagi...



Lepas tu dia jawap balik... "Minta Maaf Abang Isa... saya tak tau sms macam ni boleh merosakkan Akidah - terima kasih masih sudi beri tunjuk ajar - Rossana".... terus gua dail dan bercakap dengan dia... intonasi suara gua pun lembut jer.... perasaan meluap marah sebelum itu terus hilang.... ntah kenapa...???

Setelah bertanya khabar lebih kurang dan dia sambung berbual pulak dengan pramugari... kuk.. kik... kuk.. kik... dua2 orang tu ntah apa yang diorang bualkan gua pun tak tau...., tapi gua sempat juga minta email address dia dan gua forwardkan klip video seperti di atas untuk maklumat tambahan baginya... walau macamana pun syukur Alhamdulillah... dia sekeluarga masih lagi dalam Islam... bahkan anak pompuan dia yang dua orang tu dah bertudung sejak setahun dua yang lalu...

Kesimpulannya, perkongsian cerita di atas tiadalah gua bermaksud untuk riak atau apa2 jelah persepsi lu orang terhadap gua... anggaplah ianya sekadar berkongsi2 cerita dan pengalaman... yang penting bagi gua... ialah puak2 yang dok pong pang pong pang pasal melayu islam... islam melayu tu... apa jasa lu orang pada islam... sibuk pasal melayu murtad... DAP murtadkan melayu bla..bla...bla...

Apakah lu orang pernah terfikir bagaimana caranya tak mau bagi melayu yang konon mengaku Islam supaya tidak murtad...???? Yang berlakon dalam video "sembang rakyat" tu pun ntah dah jatuh murtad atau tidak... biarlah 40 ulama umno tentukan... hahahaha... apatah lagi yang dok bersembang kat kedai kopi dan lobi2 hotel dok kondem hukum Allah tuuu... sendiri mau ingat laaa....

Ada jugak yang inbox kat gua kononnya blog gua nih cakap pasal Islam... tapi dok maki pemimpin sana sini... hahahaha... apa lu orang tak pernah baca Surah 111... bagaimana Allah mencelakakan dan mencaci Abu Lahab... hahaha... apakah lu orang tak pernah sedar betapa ramainya Abu Lahab dalam Malaysia terutamanya dalam umno.... sendiri cari dan sendiri hadam....!!!!



Itulah pasalnya... dah la majoriti orang melayu mengaku islam nih tak tau bahasa Arab, bahasa Al-Quran, bila baca Quran tuuuuu... baca sekali terjemahannya barulah faham makna. Ini main baca jer.... lepas tu haram sepatah habuk pun tak tau... dah tu pulak berlagak macam dah khatam 100 kali... hahahaha.... Islam ikut-ikutan jelah... kalau betul2 mendalami apa itu Islam yang sebenarnya dah lama umno lingkup beb...!!!!

Dah la mengaku agama Islam tapi dok hafal "Kitab Lord Reid"... pasal tu bangang sepanjang masa...!!!!!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP