IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

DAP Idamkan Kerusi MB Selangor..??? Hasan Ali Melopong Laaa...!!!!

>> Friday, December 16, 2011

Kebelakangan ini ditimbulkan pula isu kononnya DAP ingin meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu supaya boleh merampas kerusi MB di Negeri Selangor. Pelik saya. Adakah perlu diletakkan Melayu di kawasan majoriti Melayu untuk menjadi MB? Kalau calon Melayu DAP menang di kawasan Cina tidak boleh jadi MB kah? Mesti menang di kawasan Melayu? Hairan dibuatnya. Di mana pula perkara ini termaktub?

Hakikatnya ini hanya cerita-cerita dogeng yang dihasilkan imaginasi jahat UMNO dan surat khabar lidah bercabang UMNO. Jenis imaginasi yang yang boleh menghalalkan RM 250 Juta untuk Shahrizat dan keluarganya serta dianggap isu NFC suatu fitnah yang dirancang pembangkang!

DAP adalah parti berbilang kaum. Ianya bukan parti Cina. Karpal Singh bukan Cina! DAP pernah mempunyai beberapa pemimpin Melayu yang terkenal tetapi malangnya ia di’kenakan’ imej parti Cina oleh pihak UMNO. Ia juga di’kena’kan imej anti-Melayu oleh UMNO juga. Apakah yang pernah dilakukan di Pulau Pinang atau di Selangor yang membuktikan DAP adalah anti-Melayu? Tiada apa dan banyak pula program yang membantu Melayu dan Islam yang disokongnya.

Untuk membebaskan diri mereka dari imej yang dipaksa ke atas mereka, maka DAP mengemukakan cadangan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu. Kami dari PAS dan PKR memahami hasrat mereka dan keinginan mereka untuk bebaskan diri mereka dari kerja jahat UMNO ini. Namun sebagai rakan yang saling nasihat menasihati, kami menjangka ianya sesuatu yang akan diserang oleh UMNO sebagai bukti DAP gila kuasa di Selangor, dan PAS bersama PKR mengkhianati kepentingan politik Melayu.

Maka di dalam suasana yang sentiasa ingin dihangatkan oleh UMNO atas semangat perkauman, tindakan yang dicadangkan DAP itu dilihat sebagai sesuatu yang mampu memburukkan lagi keadaaan. Oleh yang demikian, cadangan DAP agak sukar untuk diterima. Kerana ada pengadu-domba yang bergerak bebas di kalangan masyarakat. Kumpulan penghasut dan penipu rakyat yang berkeliaran merata, menembusi ruang udara melalui Radio dan TV, meracuni pemikiran rakyat, siapa lagi kalau bukan UMNO/BN.

Sebenarnya parti yang jelas hanya untuk kaum Cina adalah MCA. Tiada India, Singh ataupun Melayu di dalam MCA. Namun tidak pula MCA diserang UMNO walaupun memperlekehkan hukum hudud. Jelas sekali ianya hanya mainan politik sedangkan mereka berkapit rapat dengan tauke-tauke MCA.

Dalam pada itu, soal MB pula tidak pernah timbul. PR bukan seperti BN yang hanya mementingkan jawatan dan imbuhan sahaja. Asalkan PR memerintah dan rakyat diberi pembelaan, maka kami semua menganggap matlamat telah tercapai. Syarat tambahan bagi PAS pula ialah soal usaha meningkatkan kefahaman rakyat terhadap Islam. Selagimana usaha ini tidak dihalang, maka PAS akan berpuas hati.

Tidak timbul persoalan DAP atau PAS inginkan jawatan MB. Kami semua menyokong penuh TS Khalid sebagai MB dan oleh itu persoalan menggantikan MB tidak pernah timbul. Hanya ditimbulkan oleh pencacai UMNO yang ingin PR bersengketa sesama sendiri. Namun ianya umpan yang mungkin terkesan bagi UMNO, tetapi tidak bagi PR.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
nota: hahahaa.... Khalid Samad... lu jangan risau bro, orang melayu dan generasi muda melayu sekarang nih dah celik dan cerdik bro... diorang semua takan termakan dakyah umporno nih...

hahaha.... hanya melayu benggap, bangang tolol dan bahalol dari kalangan melayu2 umporno jer... yang suka bermain dengan semangat "Ketuanan Melayu" jer... akan jadi gilababi kalau sebut pasal DAP... sebabnya diorang bukan tau pasal perlembagaan negara/negeri, melayu2 tu semua hanya bersandarkan kepada apa yang pemimpin diorang melalak.

Bukannya diorang sedar yang selama nih diperbodohkan oleh pemimpin diorang sendiri... hahaha... bodoh punya melayu umno... Pemimpin makan ayam/daging tiap hari... pengikut pulak makan sardin/teloq tiap hari.... kah...kah...kah.... sanggup berkorban berjuang demi parti... sedangkan anak bini tak cukup zat makanan.... hahahaha....

Chua Soi Lek... dah standby... tuuu... hahahaha...

umno... umporno... umno...umporno... tak habis2 nak bermain dengan isu perkauman dan menakutkan orang melayu dengan cina DAP.... apakah cina MCA tu baik2 belaka ke....???? yang gua tau Presiden Cina MCA tu laaaaaaagiiiii... jahat... PELAKON PILEM BLUE.... wa cakap luuuu.... dah la muka macam komunis.... hahahhaaaaa....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP