IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

umPORno/BeEnd Dalam Bahaya..????

>> Monday, November 14, 2011

Oleh MOHD RASHIDI HASSAN


MENGAPA kerajaan Umno- Barisan Nasional begitu kelam kabut sehingga hendak menyalahkan Laporan Audit, yang mendapati wujudnya salah laku, penyelewengan, salahguna kuasa, salah guna dana oleh lebih 70 peratus kementerian dan agensi kerajaan?

Memang Laporan Audit bukan agenda politik. Ia berasaskan kepada fakta kewangan yang menjadi badan check and balance kepada sesebuah kerajaan. Tugas audit adalah untuk memastikan dana kerajaan diuruskan dengan telus oleh kementerian dan agensi yang terbabit.

Jika wujud sebarang keraguan terhadap pengurusan kewangan, maka Jabatan Audit mesti membuat teguran dan menjadi tanggungjawab kementerian dan agensi yang ditegur untuk memperbaiki kesilapan mereka.

Setiap tahun keluar laporan, saban tahun teguran dibuat Ketua Audit Negara, tetapi seolah-olahnya teguran beliau tidak dipedulikan.

Kita sering mendengar dakwaan pemimpin, khususnya dari kalangan Perdana Menteri, Menteri dan Menteri Besar yang mendabik dada kononnya Umno-BNlah yang pandai memerintah.

Hari ini terbukti dengan jelas bahawa tahap akauntibiliti kementerian dan agensi kerajaan jatuh merudum akibat ketirisan yang berulang saban tahun.

Jumlahnya bukan sedikit, lebih 70 peratus didapati wujud salah laku dan penyelewengan. Penyelewengan bukannya sedikit, jika dicantumkan keseluruhannya mencapai angka bilion ringgit.

Mengapa wang rakyat yang jumlahnya besar ini hangus jika ia diurus secara profesional?

Dalam fokus Harakah kali ini kita tumpukan pula bagaimana pengurusan dan pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri di bawah BN.

Sarawak dan Sabah kita belum sentuh lagi secara khusus. Secara umumnya dicatat dalam laporan audit, Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang paling tinggi kadar kemiskinannya, sedangkan di kedua-dua negeri tersebut terdapat sumber minyak dan semua orang tahu bahawa pemimpin BN negeri kaya raya.

Jika hendak disimpulkan secara mudah ialah, kedua-dua negeri ini pemimpin Umno- PBB yang mewakili BN hidup dengan mewah, sedangkan rakyat bawahan daif dan miskin. Justeru, tiada pilihan lain selain menamatkan riwayat BN di Sabah dan Sarawak.

Kita teliti pula negeri Perlis, Perak, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, secara puratanya Ketua Audit Negara menegur mereka dengan beberapa kesimpulan yang boleh dibuat antaranya ialah:

i. Hutang negeri semakin meningkat

ii. Gagal jana pendapatan negeri

iii. Kadar kemiskinan tidak dapat diperbaiki dan semakin meningkat

iv. Belanja negeri dan jabatan tidak berhemah

v. Wujud penyelewengan yang ketara

Terdesak dengan kelemahan yang ketara ini terpacul kata-kata menyalahkan kakitangan kerajaan, yang dihamburkan oleh menteri. Misalnya Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Husni Hanazlah mengatakan pegawai yang terbabit dengan penyelewengan akan dikenakan tindakan.

Bagaimana pula jika pegawai terbabit bertindak di atas tindakan menteri? Siapa pula hendak disalahkan? Di atas segala kelemahan dan ketirisan ini, adakah wajar dipersalahkan kakitangan kerajaan dan agensinya?

Kita tidak nafi, kemungkinan terdapat pegawai yang menyeleweng. Tindakan tegas harus diambil jika mereka didapati bersalah. Tetapi mereka hanyalah ‘ikan bilis’. Bagaimana dengan ‘jerung-jerung besar’?

Kata pepatah Cina ‘ikan busuk bermula di kepala’. Siapa ikan busuk yang mengepalai kementerian dan kerajaan negeri jika tidak Menteri dan Menteri Besar dari Umno-BN?

Justeru, jika rakyat tidak mahu makan ikan busuk, mereka tiada pilihan selain daripada menjatuhkan Umno-BN daripada tampuk kuasa. Umno-BN tidak layak memerintah, tidak tahu jadi kerajaan. Yang mereka tahu menjadi tukang sapu harta rakyat.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP