IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

“Tiada Toleransi Kepada Korupsi”

>> Sunday, November 27, 2011

Dasar “Tiada Toleransi Kepada Korupsi” Menguntungkan Rakyat Selangor

Tuan/Puan Editor,

Saya merasa begitu gembira dengan kenyataan Menteri Besar Selangor sewaktu menghadiri Seminar Pelaburan Malaysia anjuran Malaysia-Japan Commerce Association (MAJECA) di Tokyo pada 22 November 2011.

Beliau dengan jelas mengatakan pelabur-pelabur tidak perlu membayar apa-apa komisyen untuk melabur di negeri Selangor.

Lebih-lebih lagi kenyataan tersebut dibuat dihadapan pelabur-pelabur dari negara Jepun yang pada masa ini telah pun melabur sebanyak RM1.8 billion di negeri Selangor.

Pelaburan-pelaburan seperti ini akan membanyakkan lagi peluang-peluang pekerjaan di negeri Selangor ini. Lebih-lebih lagi suasana pelaburan di negeri Jepun tidak berapa menarik memandangkan kadar faedah (interest rate) di Jepun mendatar untuk 5-10 tahun kebelakangan ini.

Peluang ini perlu direbut oleh negeri Selangor bagi meramaikan lagi pelabur-pelabur Jepun ke negeri Selangor memandangkan begitu trend di Jepun adalah melabur di luar negara sekarang ini.

Polisi dan praktis kerajaan Pakatan Rakyat yang tiada toleransi dengan korupsi bakal menarik perhatian ribuan pelabur-pelabur Jepun ke negeri Selangor memandangkan korupsi hanya akan mengurangkan keuntungan kepada para pelabur.

Dengan kata lain, apabila tiada korupsi, kadar keuntungan kepada para pelabur akan semakin tinggi. Ini akan mampu menarik lebih ramai pelabur ke negeri Selangor. Lebih ramai pelabur masuk ke Selangor, bererti peluang pekerjaan akan bertambah.

Ini juga bermakna ekonomi rakyat Selangor juga akan meningkat. Jelas, ini suatu bukti bahawa dengan kurangnya korupsi, rakyat umum mendapat keuntungan yang berganda-ganda.

Syabas Menteri Besar Selangor. Syabas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

PENGUNDI DUN KOTA ANGGERIK


LAMPIRAN 1 : Pelabur Tidak Perlu Lobi Dapatkan Projek -MB (http://www.selangorkini.com.my/my/berita/34509) Wednesday, 23 November 2011 | Ruangan: Berita

Oleh Mat Zahari Ali

SHAH ALAM, 23 NOVEMBER:

Pelabur dalam dan luar negara tidak perlu melobi atau membayar sebarang komisen kepada pihak tertentu bagi mendapatkan kelulusan projek pelaburan di Negeri Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau akan memberi sokongan penuh kepada projek pelaburan itu sekiranya ia baik dan menguntungkan semua pihak.

“Jika pelaburan ini menguntungkan, Kerajaan Negeri juga akan mendapat untung seterusnya mampu meningkatkan ekonomi negeri yang mana hasilnya disalurkan semula kepada rakyat.

“Kerajaan Negeri Selangor akan membuat yang terbaik untuk memastikan pelabur dapat menjalankan perniagaan dengan mudah tanpa banyak karenah birokrasi.

“Saya juga memberi jaminan bahawa perniagaan di Negeri Selangor adalah bersih kerana mengamalkan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab,” kata Menteri Besar.

Beliau berkata demikian ketika menganjurkan makan tengahari bersama pelabur-pelabur Jepun yang menghadiri Seminar Pelaburan Malaysia anjuran Malaysia-Japan Commerce Association (MAJECA) di Tokyo, semalam.

Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri Selangor amat menghargai sokongan pelabur Jepun yang menjadi pelabur terbesar di negeri ini dengan jumlah pelaburan hampir RM1.2 bilion setakat Ogos lalu.

Dalam tempoh Januari hingga Ogos 2011, sebanyak 18 projek dari Negara Jepun telah diluluskan di Selangor yang menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan.

Dalam lawatan selama dua hari ke Jepun, Menteri Besar turut melawat Ibu Pejabat Sony Corporation dan mengadakan perjumpaan singkat dengan Naib Presiden Kanannya, Tsugie Miyashita.

Beliau juga mengadakan perjumpaan dengan wakil syarikat Toyota untuk membincangkan rancangan syarikat pengeluar kereta itu membuka kilang di Rawang selain bertemu dengan wakil syarikat Nomura.

Ini lawatan pertama beliau ke Jepun sejak dilantik menjadi Menteri Besar. Turut menyertai lawatan kerja ini, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC), Datuk Mohd Jabar Ahmad Kembali dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Jaafar Atan.

Menteri Besar mengucapkan terima kasih kepada Duta Besar Malaysia Ke Jepun, Datuk Shaharuddin. Dan pegawai-pegawai MIDA yang membantu Kerajaan Selangor sepanjang lawatan dua hari itu.

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP