IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Haji Ahlul Sunnah Wal Jamaah..???

>> Friday, November 04, 2011


Mangkuk ni faham atau tidak dengan pengertian HAJI...


Terkadang gua lebih respeks kepada puak Syiah daripada yang mengaku Ahlus Sunnah Wal Jemaah. Cuba lu orang kaji sendiri penghayatan HAJI kedua-dua puak ini. Yang mana satu lebih menghayati simbolik serta pengertian haji.

Macamana nak menghayati simbolik kesusahan Para Rasul/Nabi terdahulu jika pergi haji pun dah macam ini punya layanan... so.. persoalannya adakah atau apakah akan timbul kesedaran dalam diri mereka2 ini..???

Pasal tu bila balik Malaysia ramai yang lingkup beb.... hahahaha... dalam hati nak dapatkan Mabrur... sebaliknya Mardud

Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata: Rasulullah SAW ditanya: Amal ibadah apakah yang paling utama ? Nabi bersabda: “Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.” Kemudian apa ? Nabi bersabda: “Jihad di jalan Allah.” Kemudian apa ? Nabi bersabda: “Haji yang mabrur.” ( HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW. bersabda “Apabila seorang anggota jamaah haji berangkat dengan harta haram dan mengenjakkan kaki di kenderaannya kemudian dia membaca Labbaik allahumma labbaik, maka ada suara [ jawaban ] dari langit: “ Tidak ada labbaik dan tidak ada sa’daik [ kebahagiaan ] bagimu kerana bekalmu haram , kenderaanmu haram , hajimu penuh dosa , tidak diterima [ tertolak ] ” [Riwayat Thabrani]

Berikut adalah Tanda-Tanda Teras Bagi Haji Mardud [ Haji Yang Tertolak ] :
  1. Marah-Marah apabila dilanda sesuatu yang menyusahkan atau menyakitkan diri atau apabila berdepan dengan situasi atau fenomena yang tidak menyenangkan hati serta perasaan.
  2. Terlalu Ghairah serta Tidak Sabar terutama apabila tiba di sesuatu tempat yang diidamkan seperti Masjid Nabawi atau Masjidil Haram lantas membuat tindakan bersendirian yang kadang kala menyusahkan pihak urusetia program.
  3. Bersikap Takbur dengan menyangka dan melihat diri kita serba tahu dan serba sempurna dan melihat orang lain lebih rendah taraf dan kedudukannya daripada kita
  4. Bersikap Riak iaitu suka menunjuk-nunjuk bagi tujuan mendapat pujian dan sanjungan orang lain akan ibadah-ibadah serta amal kebajikan yang dibuat dan sering menonjolkan kelebihan dan keistimewaan diri sendiri.
  5. Memungkiri janji-janji yang telah dilafazkan kepada sahabat atau rakan sesama jemaah.
  6. Malas untuk beribadah dan suka menghabiskan masa membuat kerja-kerja yang melalai serta melaghakan seperti menonton TV, membaca akhbar, berbual kosong atau membeli belah dan melawat kedai-kedai.
  7. Suka Mengkeji atau Mengumpat akan perilaku jemaah lain yang tidak serasi atau sebulu dengan jiwa dan perasaannya sehingga berputik permusuhan dan persengketaan sesama jemaah di Tanah Suci Makkah atau Madinah itu yang amat melarang perkara berkenaan.
  8. Bermegah-megah dengan pangkat, darjat serta harta dan wang ringgit yang dimiliki dengan membanding-bandingkan kelebihannya itu serta memperlekehkan kemampuan orang lain.
  9. Bermuka-muka dalam pergaulan dan suka Mengadu Domba hingga mencetuskan suasana resah gelisah, prejudis dan saling syak wasangka sesama jemaah.
  10. Bersikap Khianat dengan menabur fitnah dan memutarbelitkan cenita-cerita yang tidak benar bagi tujuan untuk memecahbelahkan perhubungan mesra sesama jemaah.
  11. Berlaku Hasad & Dengki terhadap keupayaan dan kekhusyukan ibadah jemaah lain dengan merencanakan sesuatu tindakan yang boleh merencatkan usaha murni dan semangat jemaah berkenaan.
  12. Bersifat Bakhil & Kedekut untuk menghulurkan perkongsian ilmu pengetahuan, sedekah atau amal jariah dan melihat peminta sedekah dan orang-orang yang serba kekurangan dan memerlukan itu sebagai orang-orang malas dan tidak mahu berusaha serta mencacatkan pandangan.
  13. Kufur Nikmat dan Tidak Bersyukur serta Tidak Berterima Kasih atas kelebihan kurniaan Allah kepadanya sehingga bersemi perasaan riak, ujub, waham, sum’ah, sombong serta takbur dalam dirinya. Nikmat Allah seperti kesihatan dan kekuatan diri tidak disalurkan kepada yang berhak dan memerlukan sebaliknya digunakan untuk menimbulkan kekacauan dan kesusahan kepada orang lain.
  14. Berlagak Sombong dengan memperlihatkan kelebihan diri menerusi perlakuan, pertuturan, mimik muka dan jelingan mata sehingga membibitkan perasaan benci, jijik dan meluat di kalangan jemaah lain.
  15. Cerca Mencerca serta saling Caci Mencaci secara terbuka dan berdepan atau secara senyap hingga menyebabkan kekecohan dan persengketaan yang mengaib serta memalukan.
  16. Berbohong dan Berdusta dengan memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan diri daripada janji dan tanggung jawab fardhu ain serta fardhu kifayah yang memerlukan penglibatan nya.
Selebihnya berdasarkan dari link gambar di blog Manjung Mari..., lu orang nilaikanlah sendiri.... hehehe.. gua suka yang nombor 8 tu... sebab cina kata nombor 8 ada ongggggg..... kah...kah...kah..... ooppsss... nombor 4 pun best jugak kannnn....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP