IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Rosmah Mansor Di Fitnah Lagi... Kesian..!!!!

>> Monday, October 24, 2011

Dalam sidang dewan rakyat tukang karut wayang kulit dewan Tok Dalang Nazri Aziz tidak memberi jawapan berapa biji bag tangan jenama dan berapa harga sebiji beg tangan mewah jenama Birkin. Soalan asal ditanya oleh wakil Parlimen Serdang Teo Nie Ching dalam sidang dewan rakyat.

Untuk makluman, beg tangan mewah jenama Birkin diperbuat oleh Hermes dan nama beg tangan Birkin sempena nama penyanyi/pelakon Britain Jane Birkin.

Jika beg tangan Birkin milik Rosmah berharga sebanyak RM28,000 satu (harga paling rendah). Rosmah dikatakan memiliki sebelas (11) biji Birkin yang dianggarkan bernilai RM28,000 x 11 biji.

Soalan ilmu hisap hari ini.... "BERAPAKAH HARGA BEG TANGAN ROSMAH MANSOR KESELURUHANNYA?".

Walau bagaimana pun jikalau Rosmah memiliki Beg tangan mewah jenama Birkin dengan harga paling mahal RM472,000 sebijik (US150,000) darapkan dengan 11 biji..?

Berapa pula harganya... tolong jawap yeaaaa.... tuan2 dan puan2 sekalian....

Syabas kepada Yang Berkhidmat Teo Nie Ching (PARLIMEN SERDANG). Kerana mengemukakan soalan bertulis yang gagal di jawap dan tidak di jawap oleh Tok Dalang umPORno dalam dewan rakyat si Nazri Aziz.

Buat pembaca sekalian, bagi yang berjaya menjawap soalan ilmu hisap di atas tu... lu orang akan memenangi sebiji beg tangan jenama Birkin, hadiah sumbangan dari Rosmah Mansor... hahaha... pi mintak kat dia.

Entry ini adalah hasil rembatan dari sini, di olah dengan ajinomoto dan penambah perisa sikit2.. hahaha...

Tapi gua kesian gak kat Kak Mah nih... asyik kena pitnah jer... dengan pembangkang, puak2 pembangkang nih tak tau ke... Kak Mah punyalah berjimat cermat dari kecik lagi bagi mencapai hasrat dan impiannya untuk memiliki barangan berjenama dan mewah.

Bukannya dia mintak duit lu orang semua untuk beli barang2 mewah tuuuu... kenapa lu orang sibuk sangat...!!!!

Sepatutnya rakyat Malaysia berasa bangga kerana Kak Mah satu-satunya pompuan Bumiputera Melayu yang berjaya memartabatkan kaum pompuan Melayu dengan kemewahan dan glamouressssss...!!!!

Nota: Kak Mah... jangan saman sama gua ok.... kalau nak saman pi saman Tok Dalang Nazri Aziz pasal gagal jawap soalan pembangkang.... hahahaha.... tak pun Kak Mah suruh Abang Jibby pecat jer... Tok Dalang yang makan gaji buta tuuuu.... hahhahaha...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP