IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Siapa JuruNikah Lu Orang Sebelum Ini..???

>> Wednesday, October 05, 2011

Musim cuti sekolah hampir tiba.... musim tengkujuh pun semakin hampir juga di mana sekarang ini boleh di katakan hampir setiap hari akan hujan di setiap tempat. Tersangat ngam apabila kedua2 musim tersebut bertemu maka terjadilah musim mengawan... hahahaha...

Untuk terjadinya musim mengawan nih... sudah pastilah banyak kenduri walimatulurus sepanjang bulan November/Disember nanti... so bagi yang mendapat jemputan tak gheti2 lagi nak reserve envelop untuk bayar saman... hahahaha....

Apa yang gua nak kecoh di sini bukannya pasal duit saman jemputan kenduri, bukan pasal musim mengawan atau musim tengkujuh. Yang gua nak sentuh pasal kes rumahtangga yang pada mulanya di bina dengan penuh kegembiraan dan tak sampai setahun jagung dah berkecai hancus lebur....

Alasannya... takda persefahaman, campur tangan orang tua... bla.. bla... bla... serta pelbagai kerenah dan mehnahnya.., bagi gua itu secara luarannya sahaja. Perkara dasarnya apakah lu orang pernah terfikir punca perpecahan rumahtangga ini secara mendalam dan tersirat.... contohnya seperti akad nikah tersebut di walikan oleh wali yang fasik..!!!

Dalam gambar ni pun dah kantoi...

Siapakah Wali Fasik... ??? klik sini dan sini.

Jadi kepada bakal pengantin lelaki, jika nak memilih pasangan pilihlah perempuan yang Bapanya seorang yang mengerjakan dan patuh kepada tuntutan syariat Islam, bukannya seorang bakal Bapak Mertua yang kaki dangdut, karaoke, jenis huhahuha.... silap haribulan rumahtangga lu orang panassssss...... beb...

Sebabnya.. si bapak tu dah laaaa... jahil agama, bila masa nak didik anak2 dia dengan agama... tup..tup..tup... bila anak nak menikah dia menyibuk letak songkok tiga jengkal atau kopiah dan dengan bangganya terhegeh2 nak jadi wali dan yang lebih mengharukan si bapak tersebut yang menikahkan lu orang... hahaha...

Sedangkan baru dua hari lepas dia baeeekkkk... punya peluk GRO..., berjudi... togok arak, goyang dangdut bla.. bla...bla... solat fardhu... jauh sekali laaaa... bila tiba hari pernikahan, baru sibuk nak istighfar... perbaharui syahadah dan dengan bangganya mengAkad-Nikahkan bakal menantunya (anaknya)... tak ke macam cibai punya Pak Mertua....

Dan sebab itulah rumahtangga anak2 tak BERKAT... sebab Bapaknya si Pengantin pompuan sendiri perangai macam sial.... hahahaha... di mata dunia nampak macam baguslah... baeeekkkk... punya lakonan, dalam pandangan Allah macamana...??? Natijah besarnya hanya Allah yang MAHA Mengetahui.... dan kesannya pada rumahtangga anak2. Lihat pada yang tersirat... bukannya pada yang tersurat..... sendiri mau ingat...!!!!!

Persoalannya..., kebanyakkan Wali Fasik ini berpaksikan kepada aliran parti politik mana...??? Lu orang fikirlah sendiri.... hahahaha.... maka buatlah perubahan....
Wali fasik Anak juga fasik.
Wali yang tidak dibiasakan dengan amalan baik lazimnya akan dicontohi oleh anak-anak. Oleh sebab itu, mana-mana ibu bapa yang ada anak perempuan eloklah membuat persiapan awal dengan bertaubat.

Bukan tunggu hari hendak diakadnikahkan anaknya. Pada masa yang sama didiklah anak agar menjadi anak solehah dan isteri solehah. Semua ini penting sebelum terjadikan ikatan perkahwinan kerana biasanya orang fasik akan lupa banyak perkara, antaranya:

1. Lupa agama: Mereka cuai dalam soal solat lima waktu, apabila malas dan sibuk, solat boleh ditinggalkan begitu sahaja. Malah dalam soal tauhid sesekali akan berlaku pula syirik setidak-tidaknya syirik khafi.

2. Lupa adab: Mereka ini sudah tidak ambil kisah soal adab sopan. Tidak tahu bagaimana menghormati orang lain termasuk ibu bapa. Pergaulan dengan manusia banyak mengikut budaya Barat.

3. Banyak dosa: Mereka ini memandang dosa seperti lalat singgah di atas hidung sahaja. Mereka tidak rasa serius untuk menolaknya.

Jika dalam keadaan ini mereka berkahwin juga, walaupun beristighfar banyak kali dilakukan belum tentu amalan buruk itu boleh dibuang daripada dirinya. Mungkin ketika itu semua dosa sudah diampunkan tetapi kesan dosa lama sukar dibuang daripada hati. Jadi, usaha di atas perlu dilakukan bagi menyelamatan perkahwinan anak-anak mereka.
Nota:
Gua menaip nih berdasarkan pengalaman yang di lalui... dan cubalah lu orang perhatikan jenis mak bapak (fasik) kaki huhahuha apabila melangsungkan majlis perkahwinan anak2 diorang. Lu orang bagi masa sepuluh tahun... sudah pasti akan berlaku kepincangan keluarga... tak caya... perhatikan sekeliling lu orang, baik dari kalangan saudara mara, jiran tetangga atau kawan2.

Sebab apa yang berlaku hari ini kerana penerapan Islam di Malaysia ini bercelaru, ada yang mengamalkan Islam Sekular/Orientalis, Islam Budaya Hindu, Islam Baka/Keturunan. Apatah lagi dengan semua Agensi/Jabatan yang mengawal selia Agama Islam di Malaysia termasuklah Ketua Agama Islamnya jenis takut kepada Keraaaajaan Memerintah untuk menegakkan Islam menurut Al-Quran dan Sunnah. Semuanya dah jadi Setan Bisu dan Lembu Pemerintah.... hahahaha... ada ilmu tapi tarak teloq..... ngeeeeee.....

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP