IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Surat Dari Penduduk Shah Alam Prihatin.

>> Monday, September 12, 2011


Surat kepada Editor: Penarikan Tauliah Terhadap Khalid Samad Tidak Adil.

Sebagai penduduk Shah Alam sejak sekian lama, saya ingin memprotes kenyataan Abdul Rahman Palil seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian keluaran 12 September 2011.

Semenjak Khalid Samad memenangi kerusi Parlimen, saya kerap kali mengikut tazkirah dan khutbah yang disampaikan oleh Khalid Samad.

Sepanjang mendengar tazkirah dan khutbah beliau, tidak pernah saya mendengar apa-apa perkara yang bersalahan dengan Islam mahupun dengan adat istiadat Melayu. Apa yang diperkatakan Khalid Samad adalah sesuai dengan Islam dan tidak menyalahi mana-mana tuntutan Islam.

Tidak pernah saya dengar Khalid Samad menghalalkan arak, menghalalkan judi, mengatakan solat tidak wajib, mengatakan puasa tidak wajib ataupun apa-apa ajaran yang pelik dan tidak sesuai dengan Islam.

Sekiranya ada apa-apa perkara yang berlawanan dengan Islam, mengapa tidak didakwa sahaja Khalid Samad di Mahkamah Syariah?

Saya melihatkan apabila seorang yang berlatar belakangkan professional seperti Khalid Samad member ceramah, menjadi imam dan memberi tazkirah ia memberi semangat kepada pemuda-pemudi Islam untuk beramal dengan Islam dengan lebih baik.

Tindakan JAIS dan MAIS jelas bermotif politik dan bukannya untuk menjaga Islam. Bagi saya ianya satu tindakan politik hanya kerana Khalid bukan dari parti UMNO.

Sekiranya Khalid Samad ahli Parlimen dari UMNO, saya percaya JAIS dan MAIS akan memberi tauliah dengan mudah kepada beliau.

Saya sebagai penduduk Shah Alam amat kesal dengan sikap berat sebelah MAIS dan JAIS kerana membatalkan tauliah Khalid Samad itu.

Jelas ia adalah satu bentuk kezaliman ke atas Khalid Samad dan juga satu langkah yang merugikan pemuda-pemudi Islam di Shah Alam.

PENDUDUK SHAH ALAM PRIHATIN

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP