IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Ntah Apa-Apa Jelah Diorang Nih...!!!!

>> Wednesday, September 28, 2011

Kerajaan Rakyat ~ KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Tuanku Mizan Zainal Abidin, mengingatkan bahawa raja-raja Melayu mempunyai peranan dan fungsi amat penting dalam sistem pemerintahan Malaysia dan ia menjadi teras utama konsep Raja Berperlembagaan yang diguna pakai sejak negara itu mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu.

Sultan Mizan berkata raja-raja Melayu juga, khususnya, berperanan memelihara kedudukan orang Melayu, penduduk peribumi serta agama Islam yang disifatkan sebagai dapat menyelesaikan masalah rakyat pelbagai kaum.

Beliau menekankan Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan pula menetapkan Islam ialah Agama Persekutuan, manakala agama-agama lain pula bebas diamalkan dalam keadaan harmoni dan damai, lapor akhbar Utusan Malaysia semalam.

'Kepelbagaian kaum dan etnik yang merupakan ciri atau pola utama demografi di negara kita pula telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara unik, dan menariknya kepelbagaian ini disulami dengan kontrak sosial yang mendasari Perlembagaan Persekutuan.

'Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap rakyat untuk memelihara dan mengekalkan keharmonian hidup bersatu padu dalam masyarakat yang berbilang kaum ini,' kata Sultan Mizan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia pertama di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, kelmarin.

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah; Sultan Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail; Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob; dan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, turut hadir di kongres itu.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, juga hadir.

Sementara itu, semasa menyampaikan ucapannya bertajuk Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah dalam kongres itu, Raja Dr Nazrin berkata Islam semakin dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga ke peringkat sedia berkompromi prinsip-prinsip yang menyentuh akidah.

'Nama suci Allah yang termaktub di dalam Al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan 'God'. Allah yang merupakan kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.

'Kalimah suci 'Allah' bukan sekadar nama am yang bermaksud 'Tuhan' walau apa bentuknya.

'Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut apabila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas.

'Allah' adalah nama khas - Tuhan Maha Suci, Tuhan Maha Agong. Allah ialah satu-satunya,' kata pemangku raja Perak itu.

Beliau menambah amat berbahaya sekiranya prinsip asas agama direda dijadikan bahan tolak ansur politik di Malaysia.
Gua bukan nak bersikap kurang ajar, tetapi gua terkeliru. Adakah perkataan/ayat-ayat yang gua hitamkan itu di ucapkan dengan penuh kesedaran dan keikhlasan atau sekadar membaca teks ucapan jer.... hahahaha....

Jika raja-raja tu sedar "Kalimah Allah" adalah "Kalimah Suci" kenapa tak hapus dan mansuhkan sahaja kalimah Allah pada lambang/logo polis yang di bawa keluar masuk tandas oleh anggotanya, malahan di pakai juga oleh anggota polis yang bukan beragama islam. Itu tak di ambil kira usung "Kalimah Allah" ke hulu ke hilir tapi ambil rasuah dan buat kerja2 kotoq... lagi celaka makhluk2 tuuuuu...

Jika benar Raja-Raja Melayu menjadi teras dan pembela kepada orang2 melayu...., kenapa nasib orang2 melayu masih tak terbela sehingga ke hari ini, hinggakan nak minta bantuan Zakat pun macam nak minta sedekah gayanya.

Yang sebenarnya siapa yang membela siapa sekarang nih....????

Lu orang fikirlah sendiri... selagi umPORno memerintah.. bukan sahaja rakyat... Raja-Raja pun di perbodohkan oleh puak2 gila kuasa dan pangkat nih... yang menjahanamkan melayu adalah melayu2 bangsat bangsa umnoporno....!!!!
Nota: Atas nasihat daripada rakan blogger, sebahagian daripada ulasan gua dalam entry ini terpaksa gua tarik balik penyiarannya... maklumlah pencacai umporno kaki bodek kaki ampu ramai beb... nanti tak pasal2 pulak jadi isu... hahaha...

Terima kasih kepada blogger2 yang gua maksudkan, atas keprihatinan dan nasihat yang di berikan...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP