IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Noh Omar Menteri Bankrup Idea

>> Saturday, July 16, 2011


Merujuk kepada kenyataan Noh Omar 16 Julai 2011 dengan tajuk 'Perhimpunan PAS hanya mahu membersihkan imej Anwar' di sebuah akhbar tempatan hari ini.

KEADILAN Selangor merasakan pemikiran Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Selangor ini jelas masih ketinggalan dan terpesong dari arus politik dunia masa kini. Dalam keadaan UMNO Selangor yang kehilangan arah tuju dan sedang bergelut dalam menarik sokongan rakyat komen ini nyata lahir dari fikiran yang berkecamuk, risau dan gentar.

Tuduhan propaganda yang dibuat oleh beliau dengan mengatakan bahawa jika perhimpunan susulan BERSIH 2.0 diadakan, ia hanya untuk membersihkan imej Anwar Ibrahim merupakan satu bukti kecetekan fikiran beliau. Nampaknya kepimpinan UMNO Selangor ini sudah semakin jauh dengan gerakan rakyat ataupun 'civil society movement' - satu gerakan rakyat menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

Mungkin kerana Menteri ini tidak sudah-sudah hanya menjenguk kawasan Parlimen beliau sahaja (baru hari ini ke Sabah) sedangkan portfolio Menteri yang dipertanggungjawab ke atas beliau bukanlah hanya untuk menjaga Parlimen Tanjong Karang, maka Noh Omar seakan sudah tidak mampu menilai dan memahami politik semasa. Atau mungkin sudah beku fikirannya memahami politik baru.

Noh Omar seeloknya mencari jalan untuk membersihkan nama busuk UMNO Selangor yang semakin hari semakin dipandang hina oleh rakyat Selangor dengan pelbagai permasalahan dalaman dan isu yang tidak mampu lagi diselesaikan oleh beliau. Cara beliau menghabiskan riwayat politik Khir Toyo cukup meninggalkan luka yang dalam di hati penyokong Khir. Tanya sahaja ahli Umno di Sungai Besar!

Kegagalan beliau merapatkan kepimpinan MCA dan MIC Selangor dalam memperkukuhkan BN Selangor merupakan kegagalan terbesar Noh Omar yang cuba beliau selindungkan dengan melencongkan fitnah baru kepada Pakatan Rakyat Selangor dan Anwar Ibrahim.

Belum pernah lagi KEADILAN Selangor mendengar pandangan membina dari Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor ini menjurus kepada penyelesaian permasalahan rakyat Selangor, sebaliknya beliau hanya berminat menyerang Pakatan Rakyat demi politik peribadi beliau sendiri yang tidak menguntungkan rakyat Selangor.

KEADILAN Selangor sarankan agar Noh Omar selesaikan dahulu masalah dalaman yang dihadapi UMNO Selangor di Sungai Besar, Sabak Bernam, Sepang, Selayang dan Ampang. Calon ADUN gantian di Sungai Panjang juga harus segera diselesaikan sebelum mencipta propaganda baru seperti komen murahan ini.

KEADILAN Selangor ingin tegaskan, tidak kira di mana sahaja perhimpunan aman rakyat diadakan, kami akan terus komited bersama gerakan rakyat untuk sebuah pilihanraya yang bersih dan adil. Ia merupakan salah satu tunjang penting dalam pembinaan maruah negara. Dalam negara ini semua pihak boleh bercakap samada di Dewan Negeri, Dewan Rakyat, Dewan Negara maupun di jalanraya! Stadium salah satu dari tempatnya, bukankah Perdana Menteri suruh 'menjerit' disana? Jadi, kenapa takut suara rakyat dilaungkan dalam stadium?

Shuhaimi Haji Shafiei - Ketua Penerangan
KEADILAN Selangor/Adun Sri Muda

Nota: Noh Omar...???? Ini orang banyak hancing punya woooooo.., Banyak busuk... tak caya tanya Khir Toyo... walaupun sama2 busuk juga hahahaha...!!!!!

hahaha... mamat nih sendiri problemo bro...!!!! Harapkan beli pencacai dengan duit jer... takda duit pencacai pun cabut... kah...kah...kah....

2 IkutSukaLu...::

johor born Saturday, July 16, 2011 9:01:00 PM  

dia guna baja taik ayam bro sebab tu busuk, baja moden mana dia reti, tu sebab cerita bangsawan je yg dia tahu

ANAK JAWA,  Sunday, July 17, 2011 4:05:00 AM  

GUA heran mcmana noh omar ni bolih jd menteri. apa yg ketara dia ni kaki bodek rosmahbabi dan najibtuya. apa pun last statement dia mesti sebut dsai. takut betul dia dgn dsai. menteri tahap bebal mana la nak maju dlm pertanian kat mesia ni,pastu rasuah nak makan besar . MELINGKUP MESIA KALU PUAK NI YG PEGANG KUASA

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP