IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Waspada bro... kah..kah...kah...!!!! WTH...!!!

>> Tuesday, June 14, 2011

Tadi atau malam tadi sorang blogger otai yang mempunyai pejabat di Tropicana tanya gua, apa pengalaman pahit manis sepanjang berblogging nih...??? Sesampai jer rumah buka laptop mengadap blog, jumpa komen seperti di bawah tu... hahaha.. timbul idea nak tulis pasal kebangangan kebanyakkan atau segelintr pembaca yang bingai...

Berbalik pada soalan waktu bersama blogger otai tersebut, perghhh... ianya suatu perkara yang tak pernah gua terfikir pun... kalau nak dihitung banyak jugak beb..., sejak Ogos 2008 hingga la ni.., paling suspension apabila 3 hari berturut2 sebuah van putih bersidai depan rumah gua... hari keempatnya gua terima call dari balai polis subang jaya... hahaha... itu bab suspension..

Selainnya... pernah dikacau dan di halang oleh orang yang gua tak kenali tetapi individu yang sama di tempat berlainan, siap duduk di meja gua minum2 dan cuba nak bersembang dengan gua, siap tanya hal peribadi dan keluarga gua.. yang akhirnya gua jawap secara endah tak endah jer.. lepas tu gua angkat kaki blah..., dan dua kali mamat yang sama juga tahan gua sewaktu gua nak masuk ke kereta dengan alasan minta gua tumpangkan atau hantarkan dia ke satu destinasi... apa barang tu beb... tapi semuanya dapat di elakkan secara berhemah dan licik... hehehe... 

Bab... kemanisannya pula apabila mendapat tawaran dari sorang YB umPORno dalam negeri Selangor nih, dengan tawaran RM5 ribu sebulan dengan syarat belasah PR... wallaaaaweiiii... itu soal maruah beb dan melibatkan reputasi serta prinsip gua beb... jawapannya REJECTED... wang bukanlah segalanya bagi gua.

Dan juga mendapat panggilan dari salah seorang AMK Shah Alam beberapa bulan yang lalu bertanya samada gua nak jadi Blogger MB Selangor atau tidak.. hahaha... gua tanya siapa dia punya chips (kepala) dia sebutkan nama... gua katakan minta itu chips (kepala) call gua personaly... keputusannya sampai la ni senyapppppp...

Itu bukannya apa beb.. saja jer.. gua test sebab gua blogging nih dalam kategori politik... dan politik itu kotor dan politik itu juga adalah persepsi... ramai yang mengambil kesempatan dalam segala hal apabila melibatkan sesuatu perkara, terutamanya kepada penyangak2 matawang... RM... RM... RM... selagi ada kepentingan dan menjana kewangan dari parti... tak kiralah parti manapun.. semuanya sama jer... nampak boleh bikin RM..RM..RM... mata sudah merah macam mata hantu raya...  kah..kah...kah... noktah. (kang cakap lebih2 ada pulak yang terasa.. hehehe)

Gua pun ada juga menerima beberapa jemputan untuk program blogger, selalunya gua akan check dulu dengan informer dan orang kuat gua apa agendanya, jika melibatkan kepartian dan pemimpin politik... jawapannya adalah REJECTED... sebab gua tak mau terikat dan menjadi LEMBU kepada parti dan pemimpin politik... taat pada parti, wala pada pemimpin politik takda dalam kamus hidup gua... sebab diorang semua tidak maksum seperti NABI SAW.

Sokongan gua kepada Parti/Pemimpinnya hanyalah sebagai WADAH kepada perubahan keraaaajaan Malaysia, yang penting bagi gua, tumbangkan barisan nasional dan umPORno... tukar kerajaan yang 50 tahun itu WAJIB.. nak taksub lebih... lebih... boleh blah...bagi gua Parti/Pemimpin boleh bertukar ganti. Selagi ianya memperjuangkan hak dan kesejahteraan rakyat, gua sokong 110%, jika sebaliknya wassalammuuuu...!!!

Kalau bab kena kutuk maki hamun dalam blog... itu perkara biasa jer... tak jadi kudis pun... hahaha...

Cuma yang kat bawah ni jer... gua nak kategorikan sebagai apa...??? Ugutan...??? kalau ugutan gua nak join Sya Reformis buat laporan polis... hahaha... hanya sebagai formaliti jer... walau gua tau polis takan ambil tindakan untuk menyiasat pun... kah..kah... kah... sendiri mau ingat laaaa... selagi namanya Polis Raja Di Malaysia umPORno.. selagi itulah apa saja laporan dari yang berpihak kepada pembangkang akan di sapu bawah karpet jer.... silap haribulan yang buat laporan polis akan di tangkap... itu standarddddd..... muakakakaaaaa...

Kepada mamat kat bawah tu... kalau nak tunjuk bagus... go to hell jelah... WTF dengan warning lu tu..., inikan blog kurang ajar... dan lu siapa nak ajar gua bab profesional atau tidak..???? lu bayar bil internet dan eletrik gua ke...???.. gua makan gaji dengan lu ke...???? piiiraaahhhhh.... !!!!

Lu nak baca tulisan profesional, pi la baca utuseks meloya, berita hairan, beli buku MAHAFiraun ke... itu penulisan profesional tahap tertinggi tuuuu... dan bila pulak gua nih jadi ahli PAS...??? Kasyaf betul mamat nih... boleh tau gua ahli PAS atau tidak... perghhhh... dasat... dasat..., hello bro... nombor keahlian umPORno gua masih aktif beb... tapi Pak Mertua gua yang bayarkan tiap2 tahun.. hahahaha... sebab nak jaga hati Pak Mertua jer... dalam peti undi Pak Mertua gua bukan tau pun... (lepas nih mesti lu swing pulak gua nih menantu durhaka... oooollllaaaaalllaaaaa.... wakakakaaaa... )

akalil berkata... (rujuk n3 asal)

waspada bro dgn penggunaan bahasa dlm n3 kau..nampak tk professional sgt..dan elok2 sket la tulis..nama Allah diskalikan dgn carutan, kata2 kesat..ini ke parti islam? tkkn org UMNO plak nk ajar org PAS pasal bnde nie? korang kan parti al-islam? tk malu ke?

Isnin, Jun 13, 2011 10:49:00 AM
kah..kah..kah.... budak kanyaq nih nak kena sunat lagi sekali nih... hahaha...

Pasti lu orang tertanya2 kenapa gua nak layan komen sebegini kan...??? Kenapa nak upload komen yang tak memberi faedah macam tu...????

Sebabnya gua nak bagitau kepada pembaca2 blog sekalian, ianya kerana... masih ramai lagi di kalangan pembaca yang jenis mentaliti diorang tak sampai beb..., jenis baca tak habis kemudian komen.

Pasal tu komen pun mengarut2..., adakalanya lari dari tajuk, siap mengajar supaya tulis blog macam tu macam nih... diorang tu semua jenis melayu hutan, melayu tipikal yang tak tahu menghormati hak orang lain...

Kalau rasa diri tu dah bagus sangat..., nak penulisan profesional, dengan ayat2 cantik tersusun rapi dengan penggunaan bahasa skema... buat la blog sendiri beb.. heeeiiii... rimas la dengan puak2 bebal macam nih... hahahaha...

Kang gua keluarkan ayat Allah pun mencarut... kena label pulak macam TGNA... muakakaka..., itu belum lagi keluarkan ayat "Aku Kau, Kau Aku"... hahaha.. Wak Jono tersengih jer...., lagipun pengomen seperti mamat tu bukan hanya berlaku kat blog gua jer... dalam blog PR dan umPORno pun berlambak... spesies nak tunjuk yang diorang tu.. profesional la kononnya dan lebih islam dari islam itu sendiri... hahaha... harap2 jangan terlebih macam kat bawah nih sudah laaaaa....

The Profesional... hahaha...

4 IkutSukaLu...::

muqlis04 Tuesday, June 14, 2011 11:50:00 AM  

alhamdullilah bro...tak sia2 gua ikut lu hari2...satu hari tak masuk gatal kulit wa..muahh!

Na'im Nikmat Tuesday, June 14, 2011 12:17:00 PM  

Aku respect prinsip Tn Blog ini....

Pazuzu The Exorcist Tuesday, June 14, 2011 5:31:00 PM  

Apa apa pon Lu memang OK and ada prinsip Bro, Kekadang aku terfikir cemana lar blogger hampas / picisan dan murahan mcm Matsamankati dan bbrp nama lain (Ada bukti kukuh ni,tunggu masa akan didedahkan)Mrk ni yg begitu taksub totok dgn RPK & Zaid Ibrahim. Umum mengetahui bahawa Realpolitik malaysia ni adalah pertarungan utama BN & PR dipentas politik utama semasa & pilihanraya.Toksahlah nak mengada ngada nak tunjuk terel nak kembangkan idea 3rd Force, ingat majority rakyat Mesia ni x reti apa itu politik ke? Nak jadik MCLM lar,jadik parti KITAR semula lar hapa hapa lancau ler. Ingat ni citer Power Ranger ker bila bila saja leh melompat sambil melaungkan kalimah "BERTUKAR". Nak pelopori 3rd force yg kununnyer buleh memandu rakyat ke aliran “No left No Right” mencipta kelainan kunun nak jadik "SUPPER HEROES" mark my mouth >>> Khakk!!!Ptuihhh!!!

PINTAR SCORE A Tuesday, June 14, 2011 8:39:00 PM  

SALAM.. hahahaha,... tergelak besar aku dgn bini baca posting yg ni. memula tu, aku dok ingat, aku jer yg addicted kat blog Ikut Selera Aku ni. rupanya ramai geng aku kat luar pun sama. sori brother, tak dapat apapun aku bodek hang..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP