IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Sokong KEMPEN BOIKOT ASTRO...!!!!

>> Friday, June 17, 2011

Lu orang bayangkan... jeng..jeng...jeng...., apabila Polis Raja Di Malaysia (PRDM) mengugut blacklist lesen memandu dan cukai jalan kepada rakyat yang tak bayar saman, maka menderu rakyat beratur seawal 4.00 pagi penuh sesak semua balai polis trafik seluruh negeri.

Tau... takut.... hehehe.... itu baru kena ugut jer... belum terbukti bersalah lagi... rakyat Malaysia dah bersatu hati dan berkerjasama patuh untuk membuat pembayaran.

Dalam isu bayar saman tu..., rakyat terpaksa berhempas pulas mengadakan wang/duit untuk bayar saman, tak masuk lagi yang sampai sanggup berhutang, apatah lagi jika ada di kalangan rakyat sanggup pinjam dari ah long sebab nak bayar saman... hahahaha... (itu namanya "kesan rantaian".. ahlong untung polis senang... pasal tu kes ahlong tak pernah selesai... hehehe... jangan marah aaarrr....)

Kesimpulannya sanggup keluarkan wang/duit semata2 nak bayar saman atas sebab kena ugutan, mahkamah belum pun membuktikan lu orang bersalah atau tidak. Noktah.

Cuba bayangkan pula... jika sekalian rakyat bersatu hati dan berkerjasama beratur di semua kaunter/pejabat Astro, tetapi bukannya hendak membuat pembayaran. Ianya kerana hendak menamatkan atau menutup akaun dan servis Astro, apa macam....????

So.... gua sokong cadangan dari CASSA dan PPIM untuk memboikot Astro sebagai tanda bantahan kenaikkan harga perkhidmatan mereka. Yang ini lu orang semua tak perlu nak berhutang dengan sesiapa pun termasuk ahlong beb... lagipun wang/duit lu orang pun dapat di selamatkan... hehehe.. termasuk gua jugak laaa...

Persoalannya... boleh ke...???  Rakyat Malaysia bersatu hati dalam hal sebegini...??? itu yang musykil sikit tuuuu..., cuma gua risau hospital pulak penuh pasal takut ramai pulak yang bakal mampus sebab tak dapat menonton Astro terutamanya peminat MU/Liverpool/Arsenal... muakakakaka.....

Soal kenyataan dari menteri malaysia yang bangang nih... lu orang tak perlulah menaruh harapan sangat, itu semua hancing jer.... sama jelah dengan warning itu ini... contoh seperti warning kenaikkan harga barang dan lain2... pantau, mantau, lancau lantau laaaa.... setakat cakap sambil merobek belakang pintu... lembu dengan anjing pun pandai beb....

Tak perlu tunggu keputusan atau kelulusan keraaaaaajaan barisan nasional dalam isu seperti Astro nih..... diorang semua ada saham beb dengan Astro... nanti tak masyuuuuuukkkk pulak dana PRU-13, itu semuanya dung.. dang.. dung.. dang politik jer.....

Kesimpulannya... hanya kuasa rakyat sahaja yang dapat mengajar kapitalis-kapitalis seperti Astro dan yang sewaktu dengannya.... so.. gua memohon sokongan supaya KEMPEN BOIKOT ASTRO ini dapat di war-warkan dan dapat menarik sokongan rakyat untuk tamatkan akaun Astro masing2.

4 IkutSukaLu...::

Yong Friday, June 17, 2011 3:24:00 PM  

Yong tak pernah subscribe ke astro. Maknanya boikot le tu. Adik ipar Yong yang totok umnoapco pun tak subscribe jugak. Bukan dia tak mampu. Tapi dia kata program hampeh.

Abang Yong kuat PAS guna khidmat astro pulak. Bukan kerana apa. Kerana semua program TV kat tempatnya berjalur2 je. Saluran rtm, tv3, tv9 semua tak dapat kalau tak ada astro. Unify mana ada kat kampung. Itule nasib orang kampung dalam negara kebajikan umnoapco.

Johor Born Friday, June 17, 2011 8:50:00 PM  

kapitalis bro mana nak rugi, bagi tv, dekoder free kat beberape kerat warga sabah mesti ada timbal balik bro. siapa yg kena bayr utk projek sabah ni lu n sape yg langan astro la, gua x termasuk, gua lg suka tgk tv1, tv3, tv2 tv9, sebab tv ni semua lebih lawak dr maharaja lawak

opisboi Saturday, June 18, 2011 12:57:00 PM  

KAYO PAK CIK KAYO PAK CIK kato ANAND the tamil eelam KRISNAN

PUPPETS Saturday, June 18, 2011 3:13:00 PM  

HE HE HE KADANG TUH ADA TERASA NAK JD PELANGGAN ASTORO TUHHH,MUJURNYA BILA ADA TIMBUL PERSOALAN KAT PALA OTAK, "BERBALOI KER?" HE HE HE

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP