IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

PLUS Expressway...???? Boikot Jer..!!!!

>> Sunday, June 05, 2011


Gua sebenarnya dah lama memendam perasaan dengan PLUS Highway beb... bengang ada.. menyampah pun terlampau2... tapi sesekali berkala... gua lenjan jugak PLUS Highway tuuuu... nak cepatlah katakan... hehehe...

Nih... gambar yang gua snap petang Jumaat (03/062011) ... lu orang tengok dia punya panjang dan sesak... kalau gua yang sangkut dan tertipu macam tuuuu... kena pulak seandainya dalam bonet kereta gua ada C4 yang berjaya diseludup keluar dari stor simpanan polis bukit aman... nak jer... gua bom plaza tol tuuuu... hahahaha... peduli apa gua... sakit hati beb...


Bak kata mantan menteri jabatan kelija raya dulu... Mr. Sammy Bulu... "kalau mau cepat ikut highway laaa... tapi mau bayar, kalau tak mau bayar kasi ikut itu jalan lama..." hahaha... gua 1110% setuju gilerrrr... dengan itu menteri pasal dia punya cakap ada butul beb....

Apa yang membuatkan gua berbulu dengan Plus nih.. sebab diorang nih mengaut keuntungan dari nilai duit dan masa rakyat aka pengguna lebuhraya diorang tuuuuu...., apakah lu orang tak terasa ke nilai duit dan masa lu orang dirembat oleh PLUS tanpa di sedari... cuba tanya diri sendiri..., kenapa lu orang masuk PLUS Highway...???

Di manakah keselesaan pemanduan dan penjimatan masa yang dijanjikan jika terpaksa membuang masa dalam kesesakkan dan membayar tol dengan harga yang sama... siapa yang terlebih untung di sini...??? Kalau nak bersesak dalam kesesakkan lalulintas dan membuang masa adalah lebih baik ikut jalan lama atau jalan alternatif yang lain... kerugian masa sudah tentu pasti... tetapi duit ringgit untuk membayar harga tol dapat di selamatkan...

Terpulang pada pengguna/pemandu untuk membuat pilihan, jikalau dapat menyelamatkan wang ringgit lu orang... boikot jer penggunaan PLUS Highway, melainkan sekiranya PLUS Highway dapat memberikan rebet/diskaun bayaran tol di atas kerugian masa yang dihadapi oleh pengguna.

Lagi satu gua nak cadangkan kepada pihak pengurusan PLUS Expressway supaya membuka laluan untuk para pemandu membuat pusingan U / U-turn sebelum memasuki Plaza Tol apabila mendapati selepas mengambil tiket tol jalan sesak/jem, ini memudahkan para pengguna untuk mencari jalan alternatif yang lain....


Apa yang berlaku sekarang ini, walaupun mendapati selepas mengambil tiket tol jalan sesak/jem, para pemandu tiada alternatif melainkan terpaksa juga mengambil tiket tol dan mengharungi kesesakkan dan membuang masa dan juga terpaksa membayar harga yang sama... ini seperti suatu paksaan terhadap para pemandu aka pengguna Plus Expressway...

Apabila menghadapi situasi sebegitu... lu orang agak2 la... berapa bakul keluhan serta maki hamun dan sumpahan yang akan keluar dari mulut lu orang semua... mind set lu orang apabila guna Plus Expressway untuk apa dan kenapa...???

hahaha... lu orang fikirlah sendiri... bagaimana para pengguna tertipu dan di tipu oleh Plus Expressway dalam usaha mereka mengaut keuntungan... adakah selama ini adil kepada pengguna atau sebaliknya...

Jadilah pengguna yang bijak.... supaya kita semua tak diperbodohkan dan hargailah nilai masa dan wang ringgit hasil titik peluh kita..., kalau tak faham juga bacalah surah Al'-Asr (Demi Masa)... Allah SWT dah pesan beribu-ribu tahun dah.... masih tak paham2 lagi....
Plus Mission Statements;
"Providing Efficient and Safe Expressway Network that Enhances Quality of Life"
Itu tak ambil kira lagi apabila musim perayaan... berapa punya panjang dia punya jem..., berapa banyak masa terbuang... tapi bila sampai Plaza Tol... hulur tiket... nilai bayaran tetap sama...., mau tanya sama aweks/balak kutip duit tol tu... takda diskaun ke...??? hehehehe....

8 IkutSukaLu...::

Yong Sunday, June 05, 2011 4:01:00 AM  

Yong pernah tertangkap dengan jem giler (caught in a mad jam) masa nak balik raya. Yong pun koner ke jalan keluar. Aduhai! Yong kena berbaris lebih setengah jam nak kuar dari tol. Rupanya beratus2 pengguna jalanraya lain pun masing2 dah kansel trip jugak. Esoknya Yong solat raya kat surau dekat rumah je. Lepas tu baru bertolak balik kampung. Padan muka Yong.

Anonymous,  Sunday, June 05, 2011 6:45:00 AM  

Itu memang dasar PLUS.Untung yang difikirkan .Keselesaan pengguna di lebuhraya, PLUS apa peduli."Lu mau guna , guna lah...kalau tak mau guna jalan biasa." Itulah jawapan dari PLUS kalau kita merungut.Semalam saya nak balik Ipoh, lebih kurang 12.00 thg hari.Sesak jugalah.Masuk R&R Sg.Buluh, parking penuh.Keluar dan merangkak di labuhraya tiga lorong.Ini lebuhraya atau jalan kampung????????

Hashim,  Sunday, June 05, 2011 8:54:00 AM  

Salam 1Malaysia Wak

Belajar le bersyukur...urus masa denagn baik dan jadi cerdik...dok cari salah orang lain bila nak maju....

Plushellway....cerdik wak...perati tengok ..berapa lorong tunai berapa lorong touch and go...Plus tau untung pd card belum guna higway hangpa dah bagi duit kat plus...tapi plus bodoh tak pandai promete card...nak bagi diskaun pun payah...ingat untung aje...nak boikot boikot kad....leh tutup kedai plus....

Mr Sunday, June 05, 2011 10:58:00 AM  

Sekilas ikan di air, gua dah tau siakap ke puyu.

Lu suruh org ramai boikot, sebab lu nak guna highway dgn selesa. Kan? Kan? Kan?

Anonymous,  Sunday, June 05, 2011 1:22:00 PM  

Setuju mai kita ikut freeway, jalannya sikit berlubang, kekadang sempit, tak merbahaya gituwww

Iaryylr Sunday, June 05, 2011 2:08:00 PM  

Memang untung gila buat tol nie, sebab dia dah kira harga menjual dan bukan harga modal...

ada otak Sunday, June 05, 2011 9:29:00 PM  

gua amat.."tertarik,menarik,ko memang gedik2"..dengan bro hashim yg mengajak urus masa dengan baik dan cerdik..
tang mana nak urus masa ngan cerdik??
ingat jem ni berlaku hanya time nak pegi balik keja ke?..
ari minggu nak pegi makan angin pun kena ada,ikut jadual highway..
kalau time pegi balik keja pun..habis tu xde lain urusan,anak sekolah,tadika,taska..
balik awal sangat,company bapak kita?..
balik lewat sangat,sekolah,taska bapak kita punya?..

cantona79 Monday, June 06, 2011 9:58:00 AM  

singkatnya pemikiran bro hashim kite...plus tu kutip duit dh plus2 lebihnyer..tp ade jugak makhluk yg x nmpk..pihak konsesi dh lebih dr untung..mentenen bpa sgt nk dibandingkan untung yang plus dpt..'kera'jaan pun x berani bg figure sebenar beb..takut kroni bising..dh la rakyat byr road tax..pas tu nk guna jln byr lg..pastu jem same gk...apa yg rakyat ble harapkan lg? cuba apa yg tol rakyat byr..kembalikan kepada rakyat..fikirkan 1 mekanisme untuk bantu rakyat..ni tak..tau nak naik harga barg tp bile suruh xplain..yg die jwb jgn salahkan kerajaan dan rakyat mesti berjimat cermat..yang najis dan mat sembab enjoy jer..lu pikir la bro hashim..ini kata2 gua ikut suka gua..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP