IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Kaki pak cik, lebih bersih dari muka lu..

>> Saturday, June 04, 2011

Ini mungkin cerita rekaan yang gua petik dari respeks group, kisah ini berlaku dalam sebuah pesawat yang sedang menuju ke Kuala Lumpur. Kebanyakkan dari penumpang pesawat tersebut ialah mereka yang sedang perjalanan pulang ke tanah air selepas mengerjakan umrah.

Dalam pesawat tersebut berlaku satu peristiwa di mana seorang pramugari ternampak seorang pak cik sedang membasuh kakinya di sinki di dalam tandas yang kebetulan lupa di tutup.


Pramugari: Pakcik tolong jangan basuh kaki dalam sinki. Sinki untuk basuh tangan dan muka, bukan untuk basuh kaki yang kotor tu. Bersopanlah sikit pakcik..!!!

Pakcik: Baik puan, maafkan pakcik. Tapi boleh pakcik tanya sikit?

Pramugari: Apa dia?

Pakcik: Puan, dalam sehari berapa kali puan basuh muka puan?

Pramugari: Saya basuh muka tiap-tiap hari sekali selepas bertugas sebelum tidur.

Pakcik:  “Make Up” yang puan pakai di muka puan jenama apa?

Pramugari: (Dengan bangga) Kami pramugari semua pakai jenis jenama yang terkenal dari Peranchis.

Pakcik : Puan, kalau begitu kaki pakcik ni lebih bersih dari muka puan.

Pramugari: Ehhh...!!! pakcik jangan merepek!

Pakcik: Pakcik tak merepek tetapi ini kenyataan. Pakcik cuci kaki sekurang-kurangnya 5 kali sehari sebelum solat. Sedangkan puan cuci muka hanya sekali sehari. Jadi di antara kaki pakcik dengan muka puan yang mana lebih bersih? Lagi pun puan guna “make up” jenis yang tak suci lagi tak halal ertinya bernajis. Maka memang layak muka puan yang bernajis tu dibasuh guna mangkuk tandas ini aje.

Pramugari: Tak terkata..., malu..., geram.., lalu beredar.
Apakah iktibar dari kisah ini? Gua serahkan kepada lu orang untuk menilainya. hehehe...

p/s: kisah ini juga tiada kaitan dengan mana2 pramugari, peragawati, wanita, pompuan, betina, gadis, bini orang, mak janda, andartu dan yang sewaktu dengannya... samada hidup atau mati.... muakakakaaaaaa.... sendiri mau ingat lahhhh....

8 IkutSukaLu...::

soniacamili Saturday, June 04, 2011 8:42:00 PM  

hahhahaha...bagus2...kita dpt pengajaran disebalik cerita nie..(sembahyang jangan tinggal)..;))

adan Saturday, June 04, 2011 9:23:00 PM  

dah pernah baca citer ni.. padan muke pramugari tu..

Hana faRhana Saturday, June 04, 2011 10:05:00 PM  

menarik cite ni. boleh tak nak share? :)

gmu,  Saturday, June 04, 2011 11:01:00 PM  

dalam banyak2 ustaz..ustaz ISA lah yang pandai berdakwah. ha..ha..ha..

jai,  Sunday, June 05, 2011 1:44:00 AM  

Salam YB.

Pada gua, lu adalah calon pilihan untuk bertanding jawatan Presiden PAS dalam muktamar yang akan datang.

Kah kah kah...

Unknown Sunday, June 05, 2011 5:24:00 PM  

Pakcik tu pun dah la takda sivik tapi malangnya terlebih takda tawaduknya jugak ... tau la dia solat 5x atau lebih pun pun mesti la masuh kaki dia, tak payah la condem orang cara begitu. Saja dia nak 'menghalal'kan aksi kureng sopan dia untuk kaver malu dia ... setan la .. Ni mesti spesis ABC atau XYZ ...ho ho ho

gondrong.,  Monday, June 06, 2011 11:55:00 PM  

Salam pak Isa...

kelasss...

terbaikk...

apa punya turr itu hanz newman... bangang ke hape? kalau bangang, jangan tunjuk kat orang, simpan je dalam spender tu... kah kah kah...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP