IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Rakyat Bisu/Bodoh : Kera Jaan Suka....!!!!

>> Tuesday, May 03, 2011

(Sebelum teruskan bacaan lu orang, gua nak peringatkan supaya baca peringatan di pengatas blog nih... so tak perlulah buang masa dan gilababi macam makhluk2 di ruang komen kat sini... sia-sia jer.. lu orang membangangkan diri sendiri... kah..kah..kah...)

Ok... lah... kalau dah selesai dan paham... silalah sambung pembacaan kat bawah nih... gua cool jerrr... tak marah tapi geram dengan kebangangan dan ketololan sesetengah pembaca..., eerrrr... gua pun nak buat Perniagaan Dari Rumah lah... ngeeee.....

************************* 

Masa berlalu dengan pantas tanpa di sedari dunia sekarang penuh pancaroba dan pelbagai masalah, duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit. Kebanyakkan rakyat terutamanya kawan/jiran merungut tak pernahnya cukup duit setiap bulan, ada saja perbelanjaan yang terlajak setiap bulan... terutamanya kepada yang anak2 masih belajar lagi dan pelbagai...

Tambahan sekarang nih... tarif elektrik sedang dikaji semula (apa maksudnya tuuuu...) tentu lu orang dah boleh fikirkannya.. hahahaha..., ada yang mula runsing dengan kenaikan barangan (fobia nih...) asyik2 naik jer... turunnya tak pernah..., berita TV pun cerita tentang gaji yang rendah RM700 sebulan.... apa boleh buat.... baru berhimpun nak tuntut gaji minimum dah kena belasah kena godam... kah...kah...kah.... malang sungguh nasib rakyat yang mahu bersuara..., suara rakyat di BISUkan...

Ada sebahagian kawan-kawan setiap 1hb.. dapat gaji dah congak  tengah bulan punya gaji (lu orang tahu jelah apa maksudnya... hahaha...) awal2 lagi dah pokai (kebocoran wang) tengah bulan mintak advance... hujung bulan pokai lagi... itulah rutin bulanan..

Nak cover hutang terpaksalah cari duit lebih dengan kerja tambahan...., siang kerja malam kerja... tidoq tak cukup kesihatan tubuh badan terganggu... semuanya untuk apa...??? untuk sara keluarga. Itu bab kesihatan.. bagaimana pula dengan kebajikan rumahtangga dan anak-anak yang terbiar akibat kesibukkan siang malam bekerja laki bini... anak2 terabai lah jawabnya, maka menjadi penyumbang kepada masalah sosial...

Lu orang agak2 adakah keraaa jaan barisan nasional concerned dengan gejala ini...???? apakah ibu segala permasalahan ini dan puncanya...??? (hanya orang cerdik jer.. boleh jawap persoalan nih.. yang kategori sekolah tak habis dan tahap pencacai tak payah jawap lah... buat semak ruang komen jer...)


Banyak punca dan penyebabnya, gua nak petik satu jer... iaitu masalah kenaikkan harga minyak yang menyumbang kepada kenaikkan harga barangan. Dah tu pulak ditutupi pula masalah beban kenaikkan harga barangan ini dengan isu liwat dan seks supaya rakyat tak memikirkan hal ekonomi sebab minda rakyat telah disogokkan dengan cerita bodoh....

Justeru itu.., bekerjalah rakyat2 yang tertindas macam semut... dalam kepala otak.. duit..duit..duit.... seks..seks...seks... hidup dah susah tapi anak bercambah... (nota: ini ayat triple meaning... balun kiri kanan beb... mana yang paham... ok.. yang tak paham abaikan lah... kah..kah..kah...)

Itulah caranya keraaaa jaaan barisan nasional memanipulasi atau memesongkan minda rakyat dari permasalahan ekonomi negara serta masalah tekanan hidup yang di hadapi setiap hari...

Rakyat terus-terusan diperbodohkan... hahaha...!!!!

2 IkutSukaLu...::

Lang Tuesday, May 03, 2011 4:09:00 PM  

salam bro,

dlm negara ni ada 2 kategori org yg paling jelas... org kaya dan orang miskin... klu kat tengah diantaranya gua tak tau le...

org kaya tu mcm mane?... mrk tk ambil pot pon klu barang naik harga.. tarif melompat2... sbb kos sara hiup tak tjjejas pon... masih boleh jalan2 siar2 dgn harrier atau alpat diorang...

org mcm kaya pulak... mrk tu risau jugak pasai naik harga.. tp tk heboh sgt sbb sebok menempel cr projek utk cover exclusive life style... masih ronda2 dgn harrier dn alpat, tp mate melilau takut terserempak dgn penarik beca... oops... penarik kereta...

org miskin tu mcm mn?.... teramat susah hati mereka sbb memikirkan mcm mn nak teruskan idup... suasana makin tertekan, poket mcm tu jugak tak kembang tp makin kempis... nak pegi keje dgn kancil pon mikir puluh kali, bimbang tak cukup duit beli brg dapur...

org miskin bangang pulak mcm mane?... mereka bimbang ttg kenaikan ini... klu ada sembang kedai kopi bukan main rancak ketengahkan isu2 politik dan ekonomi (kalah penganalisa politik dan ekonomi), tp bila part undi... dia ttp undi.... ala bro... lu pon tau bangatkan...kan...kan...

ada otak Tuesday, May 03, 2011 9:14:00 PM  

bro..bg gua kat mesia ni org miskin bangang cam yg bro lang cakap tu paling ramai..logik la bee end asik menang je..x tau la bila dapat ubah miskin bangang ke miskin bahagia..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP