IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Menteri Recycle Shahrizat... Mari Baca Ini..!!!!

>> Thursday, May 26, 2011

PENDAFTARAN RUMAH ANAK YATIM: ADA RUANG UNTUK PROSES DILICIN DAN DIPERCEPATKAN

Perhatian saya tertarik dengan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, bahawa Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat, lokasi kejadian tanah runtuh baru-baru ini, tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Saya tidak mempertikaikan kenyataan menteri tersebut dan percaya mesti terdapat rekod JKM yang menunjukkan rumah anak yatim terbabit tidak berdaftar dengannya. Apa yang ingin saya bawa kepada perhatian umum adalah proses untuk rumah yatim mendaftar dengan JKM, setahu saya, memerlukan kelulusan terlebih dahulu dari tiga badan berkuasa iaitu Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan pihak berkuasa tempatan. Ini saya yakin adalah kerana terdapat syarat-syarat dan garispanduan yang mesti dipatuhi oleh sesebuah rumah anak yatim sebelum boleh ia dikenali secara rasmi sebagai rumah sedemikian.

Bagi rumah anak yatim pula, pendaftaran dengan JKM membolehkan bantuan kewangan berdasarkan bilangan anak yatim yang menghuni rumah tersebut diberi oleh JKM. Rumah anak yatim yang tidak mendaftar dengan JKM tidak layak menerima bantuan ini.

Apa yang membuat saya terkilan berkaitan perkara di atas adalah terdapatnya kes di mana tiga badan berkuasa yang disebut di atas lembab atau tidak responsif dalam memberi maklumbalas kepada permohonan yang telah diserah oleh rumah anak yatim. Saya sendiri tahu akan kes sebuah rumah anak yatim di Lembah Kelang ini yang selepas setahun membuat permohonan telah mendapat jawapan kelulusan daripada hanya satu di kalangan tiga badan berkuasa yang terbabit. Yang dua lagi terus bisu menyepi. Ini pada saya amatlah tidak bertimbangrasa.

Bantuan kewangan JKM amat besar maknanya kepada anak-anak yatim. Pihak-pihak yang berkuasa untuk memberi kelulusan mestilah bersikap lebih bertanggungjawab dan prihatin supaya tidak menutup rezeki anak yatim. Mereka mestilah memberi keutamaan kepada permohonan kelulusan yang diterima dari rumah-rumah anak yatim dan bertindak sertamerta memberi maklumbalas mereka. Sekiranya ada syarat dan garispanduan yang tidak dipenuhi oleh rumah anak yatim yang memohon, beritahulah dengan segera supaya langkah pembetulan boleh diambil oleh pengurusan rumah anak yatim. Pokoknya, ini semua akan memberi kesan kepada kebajikan dan rezeki anak-anak yatim penghuni rumah tersebut.

Saya juga menyeru kepada semua ADUN dan ahli parlimen, tidak kira dari apa parti politik sekalipun, untuk menyelidik sama ada terdapat rumah anak yatim di dalam kawasan masing-masing yang telah memulakan proses untuk mendaftar dengan JKM tetapi masih belum mendapat kelulusan dari tiga pihak berkuasa yang dinyatakan di atas. Saya menggesa mereka untuk memberi bantuan yang sewajarnya kepada rumah-rumah anak yatim itu supaya proses pendaftaran mereka dengan JKM tidak dilengah-lengahkan. Sekali lagi, perlu ditekankan bantuan kewangan JKM amatlah besar maknanya anak-anak yatim yang terbabit.

Susulan dari tragedi tanah runtuh yang menimpa Rumah Anak Yatim At-Taqwa, berbagai-bagai badan kerajaan dan politik telah menghulur bantuan kepada mangsa tragedi dan keluarga mereka. Ini pastinya adalah sesuatu yang amat baik, menggembirakan dan positif. Yang mungkin sedikit negatif adalah kemungkinan bantuan diberi dan diumumkan atas motif mengaut keuntungan politik atau 'political mileage'.
Saya dengan rendah diri menyeru semua pihak untuk memberi segala bantuan dalam apa bentuk sekalipun dengan niat ikhlas untuk menolong membebankan ringan mangsa tragedi dan keluarga mereka. Janganlah harapkan apa-apa pulangan dari pertolongan yang diberi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan isi hati kita sentiasa.

Buat akhir kata, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada anak-anak dan penjaga rumah yatim yang menjadi mangsa tragedi menyayat hati itu. Semoga Allah swt mencucurikan rahmatNya ke atas roh mereka semua.  Al-Fatihah.

Miskam Hj. Suparman

7 IkutSukaLu...::

Hashim,  Thursday, May 26, 2011 3:18:00 PM  

Salam 1Malaysia

...harga minyak tak naik wak..kerajaan BN memang prihatin cuma aje kena kencing dengan KJ ...mamat ni buat buat gemmpak wak dah gabra...kalau harga minyak konpim naik...mamat ni tak kan berani bersuara....tak kan tak faham cara bewak bewak ni berpolitik...

Johor Born Thursday, May 26, 2011 5:20:00 PM  

dia belakon je bro hashim, jgn sampai bila mentri, ckp minyak x naik dia xjd juara rakyat.

bro isa,kerenah birokrasi ni da jd pakaian keeraaajan, cuba ulur pulus laju je dpt kelulusan, da jd trend,
rakyat dahulukan duit, pencapaian duit diutamakn.

D' Aprikot Enterprise Thursday, May 26, 2011 6:35:00 PM  
This comment has been removed by the author.
ISA Thursday, May 26, 2011 6:38:00 PM  

Hashim;

Apa yang KJ cakap tu betul.

Dia sandiwara atau tidak antara dia dgn Allah. Dan dia political mileage kat situ.

Soal minyak tak jadi naik, itu baru sandiwara. Dalam sebulan dua atau hampir PRU akan tetap ada permainan tarik tali drpd bn, untuk menunjukkan yang bn prihatin bagi meraih sokongan rakyat.

Lepas PRU 13 kalau bn menang minyak kompom naik. Politik bn sudah boleh baca laaaa...!!!!

ISA Thursday, May 26, 2011 6:39:00 PM  

johor born;

1) terima kasih tolong jawap pada budak hashim tu.

2) Sejak dulu kini dan selamanya kalau bn tetap memerintah.

Lang Thursday, May 26, 2011 8:54:00 PM  

salam bro...

pasai minyak tak naik tu mmg sbb dah mula bising2... yg sebenarnya mmg ada ura2 kenaikan antara petrol atau letrik... nampaknya pilihan kali ini adalah tarif letrik... dan jgn lupa tol akan menyusul..

pasai bantuan anak yatim ni.. tgk dah mcm prk je.. bila dah ada bencana baru mcm2 bantuan turun... tu tak pulak tunggu lesen ke... berdaftar ke... main hulur jek... agaknya mmmg budaya zaman la ni kot... tunggu ada 'something' baru 'get everything'...

ada otak,  Thursday, May 26, 2011 9:09:00 PM  

salam bro..
dari pemerhatian gua yg masih mentah serta jahil ni,apa yg gua boleh simpulkan bahawa kebanyakan pengusaha rumah anak2 yatim ni dari kalangan org2 alim dan semestinya pro parti pas..
so,tidak heran la agensi2 kera jaang Binatang Nie ada sifat bertimbangbinatang,karenah beruk kasi2,..
kasihan..heyy gomen,ni anak yatim la,yatim piatu..bukan anak yg x mengaku sedara mara or anak kutty from kerala with love..
al-fatihah kepada anak2 dan penjaga Rumah Anak Yatim At-Taqwa,Semoga Allah swt mencucuri rahmat-Nya.amin

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP