IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Punyalah Pengotor Beb...!!!!

>> Friday, April 15, 2011


Petang semalam sekitar 4.00pm keluar dari Bukit Aman, perut gua dah mula menyanyi lagu keroncong buat altantuya... hahaha..., gua teringatkan Nasi Lemak Tanglin... ramai berkata nasi lemak kat situ lagi sedap dari nasi lemak antarabangsa kampung baru... wallahuaklam... selera masing2 beb...

Gua pun buat drift menghala ke Nasi Lemak Tanglin...., burppp... alhamdulillah kenyang... gua tak mau banyak komen lauk apa... sedap atau tidak... bagi gua dah sendawa tu... dah cukup bagus... hahaha...

Selesai bayar apa yang patut... gua nak ke tandas...., nak buang yang kecik... yang besar tak terasa lagi.. muakakakaaaa...., so.. ada sorang mamat bagitau tandas di bahagian belakang bro..., dengan hensemnya gua melangkah ke tandas di belakang bangunan gerai yang menempatkan lima enam buah gerai kat situ...

Nak melangkah masuk ke pintu tandas yang terbahagi 2 antara lelaki dan pompuan... mulut gua terpacul "masyallah....." punyalah banyak langau besar2 kehijauan berterbangan... gua teruskan jugak hajat ke tandas... masuk jer dalam tandas... dalam hati "istighfar... berpuluh-puluh kali beb..."... nak tak nak sambil menahan nafas... paksa pancut jugak beb.... bersuci apa yang patut... cha alif but....

Keluar jer dari tandas... mintak nyawa... mintak nyawa.... tarik nafas udara luar sepuas hati wa cakap lu...., dan gua usha pulak daripada mana datangnya langau yang bersaiz super giant... ohhhh... rupa-rupanya langau2 tu tengah syok dok melayan saki baki perut ikan dan sisa buangan yang mungkin tak dibersihkan sepenuhnya oleh tuan puan gerai/kedai makan di situ... punyalah pengotor.... beb...

Tapi nak buat macamanakan dah spesies yang meniaga kat situ orang melayu dan cina... jenis rare spesies pengotor dan tak tahu jaga kebersihan dan takda kesedaran sivik, gua terbayangkan tandas yang tak bercuci dan kotor.... gua terbayangkan langau2 bersaiz giant yang syok punya balun sisa2 kotor depan tandas dan berkemungkinan masuk ke dalam tandas juga... dan gua terbayangkan jugak langau2 yang sama menghurung pula makanan2 yang dihidangkan... wallaweeeiiiii.... dah tentu makanan2 tu semua kaya dengan zat dan protein yang tinggi.... yummm... yummm... yummm...

Perghhhh.. patut laaaa... ramai manusia2 yang berkerumun makan minum kat situ... dah macam langau pulak... tak perlu bersusah payah nak cari pelaris apa kejadahnya... natural pelaris sudah tersedia... hahahaha...


Dah tu pulak berhadapan dengan bangunan gerai makan tanglin ada Pusat Komuniti Klinik Kesihatan Tanglin (kalau tak silap gua laaaa... tolong betulkan gua kalau tersilap...), so... sesiapa yang terkena keracunan makanan kat situ, senang2 jerrr... boleh angkut ke klinik tersebut... cekap betul Dewan Bandaraya Kuala Lumpur buat perancangan dan menepati slogan 1Malaysia... muakakakakaaaaa....

Hehehe... gurau.. gurau jugak... sindir... sindir jugak..., buat DBKL dan Kementerian Kesihatan tolong-tolonglah pantau kawasan tersebut dari segi kebersihan dan segalanya...., takan nak tunggu hingga ada mangsa yang mampus akibat keracunan makanan atau kena taun baru nak ambil tindakan.... sudah terlambat beb...

Cegah sebelum ianya terjadi, tapi kalau dah budaya malaisia sejak dulu, kini dan selamanya macam tu nak buat macamana kan.... seperti yang rakyat semua sedia maklum dengan budaya malaisia apabila dah terjadi sesuatu musibah baru nak ambil tindakan... masa itulah adanya pak2 menteri yang menyalak memekik terlolong dan pada masa itulah jugak barua2 bawahan terkejar-kejar kelam kabut mencari lirik lagu bangau oh bangau... padahal sebelum2 itu... masing2 dok membesarkan teloq makan gaji buta...

Lagipun malu aaarrr... kepada pelancong-pelancong asing yang berkeliaran kat kawasan tuuuu... itu ke rupa dan imej Malaisia...., Ng Yen Yen... lu patut melawat itu tempat woooo... lia punya nasi lemak manyak sedap... ada potential promotions makanan pelancongan malaisia... jangan lupa bawak sama itu Liow Tiong Lai melawat itu tandas dan belakang bangunan, lu panggil dia kasi tiow sama DBKL... kah...kah...kah...

DBKL pulak... tolonglah selenggarakan tandas kat situ... jijik aaarrrr... dah laaa... nak masuk tandas penuh dengan kepayahan apatah lagi nak mencangkung... lain kali kalau nak buat tandas yang super canggih camtu... sediakanlah tong gas oksigen buat pengguna... barulah kreatif dan inovatif dalam visi menuju Malaisia maju... ngeeee.....

Alamak.... gua dah rasa meloya nak termuntah dah nih......... uwekkkkssss... uwekkksssss... imej malaisia terserlah dengan kekotoran tempat makan dan tandasnya....

(Sorry... gua tak terdaya nak snap gambar dalam tandas tuuuuu.... sebab tak cukup oksigen beb... hahaha...)

12 IkutSukaLu...::

Kakcik Seroja Friday, April 15, 2011 3:21:00 AM  

Sejak kejadian pada hari Jumaat (yang mana catatan kakcik itu Isa 'angkut' ke sini), rasanya kaki ini telah terlalu berat untuk melangkah ke situ lagi. Sebenarnya, bukan setakat tandas sahaja tidak berjaga, cuma tengok sinki tempat membasuh tangannya... hmmm..... memang sangat menyedihkan.

jai,  Friday, April 15, 2011 4:07:00 AM  

Kah kah kah...

Tak sangka di samping mengusahakan perniagaan makanan, peniaga2 di situ turut menjadi penternak langau yang berjaya.

Selamat menjamu selera kepada warga kota!!!

Kah kah kah...

Josh Friday, April 15, 2011 4:31:00 AM  

isa, tolong buang comment nama "hancurlah" dalam post ni http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2011/04/siapa-nak-kahwin-janda-billionaire-meh.html


laman web dalam gambar tu ada virus, lebih baik delete comment tu sebelum u punya website di blacklist oleh google. thanks.

Keep walking,
Josh,

ISA Friday, April 15, 2011 5:45:00 AM  

Salam kakcik;

N3 yang mana satu yeaaaa... nanti saya cari.., maknanya kakcik dah terkena dulu...

Tak perasan pulak pasal sinki tu... sebab saya gunakan sudu and garpu... heheheh...

Memang kotor la tempat tuuuu...

ISA Friday, April 15, 2011 5:47:00 AM  

jai;

Kota Kuala Lumpur, dekat dengan HQ Bukit Aman, Kementerian Kesihatan, Masjid Negara, Jakim, Pusat Islam and bla..bla...bla... yang gempak dan prestij...

Tapi ada ladang langau... kah..kah..kah...

ISA Friday, April 15, 2011 5:50:00 AM  

Josh;

Terima kasih bro, gua dah padamkan ASAP...

Dalam ayat baik... boleh mengena jugak bro... jahat sungguh permainan mereka...

Thanks... sekali lagi atas reminder lu....

Anonymous,  Friday, April 15, 2011 7:58:00 AM  

Saya ingin mengongsi fakta yang tak ramai tahu. Saya dulu pengunjung tetap Nasi Lemak Tanglin ni.

Tapi cuba peratikan: bagi sesapa yang pergi sana ada tak nampak Polis minum dan makan di sana? Tak ada, kan? Walaupun dekat.

Ini adalah kerana, salah seorang sahabat polis saya bagitahu, pengusaha nasi lemak tersebut telah didapati mempunyai akidah yang salah, dan penganut ugama yang telah dicap sesat oleh JAKIM. Walaupun mengaku melayu Islam, iktikad kawan tu tak pasti tulin ker tidak. Tak pasti juga jika makanan yang dimasak oleh orang musyrik itu yang tidak mengikut lunas Islam boleh makan ker tak.

Ini hanya setakat mengongsi.

pisangmalaysia Friday, April 15, 2011 8:30:00 AM  

Salam Bro iSa,
Kalo x silap, sepanjang hidup gua, hanya 3X gua pergi sana, tu pun member yg beria -ria nak belanja. Kali pertama pergi mmg dah rasa lain macam, kali kedua dan ke-3..bemacam2 rasa nya. Rasa serba serbi tak kena..itu lom kira harga makanan yang memancung leher tu!Tukang kira dia indonesia..Gua makan dengan kengkawan secara purata, x pernah kurang daripada RM10 seorang.ikan kembong sekor, nasi kosong dan sirap. Ikannya pulak kekadang lum masak sepenuhnya & tak segar pulak tu..TAPI orang ramai gak datang tu! Gua rasa lu punya teori manyak betul, dia guna PELARIS ASLI daaaa......So...kepada mereka yang gemarkan ikan bakar dan nasi lemak tang lin, tahniah ler...dapat bonus pelaris asli secara percuma....gue udah tobat!

ISA Friday, April 15, 2011 8:35:00 AM  

Tanpa Nama 7.58am;

Lu punya komen gua tak campur aaarrr..., itu tanggung-jawap lu sendiri.

Gua hanya pertikaikan soal kebersihan tempat tu. Noktah.

ISA Friday, April 15, 2011 8:40:00 AM  

PisangMalaysia;

W/salam bro.

Selagi tempat tu takda perubahan/pembersihan... harap sendiri mau ingat laaaa....

Soal harga gua tak pasti... samada sembelih harga atau tidak... mungkin ramai yang dah experience macam lu... boleh berhati2..

Pelaris Asli... hehehe... pure punyaaaaa... hahahaha...

Anonymous,  Friday, April 15, 2011 9:14:00 AM  

Ambo dengaq citer ni dah berpuluh tahun. Start mai duk keyel.

Tentang akidah tentang kebersihan. Sindri fkirlah. Ada sekali ambo dtg tengok terus balik tak jadi beli.

Kalu sekitar 80'an mmang org dah tak nak mkn.

Walhal Nasik lemak tangling ni mmang kira nasi lemak branded. Mcm satu trademark. Kira ada nama. Tapi naper tak dikembangkan?

mcm Nasi lemak antarabangsa dah mencanak sana sini.

NLA tu saper punyer?

Kpd tuan punyer NLT kalu terbaca lamanweb ni baguslah.

Anonymous,  Saturday, April 16, 2011 1:28:00 PM  

Hii..! Tak sior teman nasi lemak Tanglin ke, nasi lemak Antarabangsa tu ke ! Kalau balik Kuala Kangsor, ngidam benor teman kat nasi lemak Che Nin !!

Lain kali, klu nak masuk juga ke jamban tuu...bawak radio sekali ! Cari lagu yg sedap2 !!

SINAR MATA MU BAGAI, API MENYAMBAR
HARUSKAH ENGKAU DAN AKU SAMA
BARA RESTU CINTAMU AKU TERPANDANG
OLIH PANCARAN DEMI CINTA KRISTAL...

Che Nin....! Honey! I'm home !!

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP