IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Petua Jadi Power

>> Sunday, April 03, 2011

Entry ini gua cilok dari YahooGroups, harap bermanfaat kepada semua....  (gua dah terdelete emailnya... kepada pengirimnya gua ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dan petua)

Salam to all,

Manusia perlu teman. Setidak tidaknya untuk berbual-bual. Bukan semua perkara boleh dibicarakan sesama anak-anak. Jika ada kemampuan ekonomi dan kemampuan kesihatan apa salahnya berkahwin lagi jika ada perempuan yang baik hati, memahami dan sudi menjadi isteri.

Ibu saudara saya meninggal ketika bapa saudara berusia 68 tahun. Hanya ada seorang anak angkat yang sudah berkeluarga. Bapa saudara saya ni terpaksa mengurus dirinya sendiri.

Ada seorang janda baru berumur 35 tahun anak dua datang jumpa saya minta dijodohkan dengan bapa saudara saya itu. Saya usulkan pada bapa saudara saya, mulanya dia menolak kerana dia malu dengan beza umur yang terlalu jauh. Perempuan ini minta saya memujuknya kerana sulit juga baginya menghulurkan apa-apa juadah kerana bimbang menjadi fitnah [mereka adalah jiran].

Setelah berkali kali saya usulkan akhirnya bapa saudara saya bersetuju. Bapa saudara saya ni walaupun tua tetapi smart.. uban pun tak banyak...

Berkahwinlah mereka. Bapa saudara saya menjaga kedua-dua anak tirinya seperti menatang minyak yang penuh dan kebetulan dia pun tidak ada anak. Anak-anak ni pun akrab dengannya, dulu panggil Atuk sekarang panggil Ayah. Ke sekolah dihantar, balik dijemput kerana bapa saudara saya sudah bersara. Allah Maha berkuasa akhirnya mereka dapat dua lagi cahaya mata, lelaki kedua-duanya.


Mak saudara baru saya ni cukup gembira... kerana tak sangka dah bapa sauara saya yang dah berumur 68 tahun masih "powerrrrrrr"...

Bayangkan pada usia emas dapat anak sendiri. Punyalah sayang kat anak-anak dia. Saya nak dukung pun dia tak bagi takut jatuh...

Pada satu hari saya tanya Mak Lang saya tu... "macamana Mak Lang masih power ker?" Tau apa dia jawap, " Huiss.. tak sangka betul.. dah lah power.. lama lah plak... memang berpeluh.." katanya saya punya ketawa macam nak gila... (nasib baik tak betul-betul gila...)

Dipendekkan cerita kedua-dua anak tersebut telah pun menamatkan pengajiannya dan bapa saudara saya meninggal dunia pada usia 90+ [meninggal kira-kira tiga tahun lepas]

Maklumat berguna untuk di kongsikan bersama: Petua bapa saudara saya menjaga kesihatan.

Makan teratur waktunya. [Sebelum solat zuhur dan sebelum solat maghrib] - kerana lepas solat maghrib dia akan terus berzikir sampai masuk Isyak.
Makan tidak banyak [hanya sekadar dua senduk nasi]
Tidak berkata-kata waktu makan [Kalau makan bersamanya kena jadi bisu]
Tidak makan berjenis-jenis lauk [Ikan/Sayur/Ulam] atau [daging/sayur/ulam] ertinya bila ada makanan laut tidak ada makanan darat selain sayur/ulam
Mengunyah makanan sehinggga betul-betul lumat/hancur sebelum ditelan [Makan dengan dia kena ikut disiplinnya]
Tidak minum susu [Kopi O/Teh O]
Tidak tidur lewat malam, Jam 9-10 malam dah tidur.
Bangun sebelum subuh [dia akan zikir sekejap sebelum solat subuh, biasanya dia hanya akan berzikir laa-ilaha-ill-allah...]
Bila terbangun tidur mesti bersenam sikit baru bangun dan mandi.
Sepanjang ingatan saya dia tak pernah sakit yang teruk. Paling-paling pening kepala. [Ubatnya hanya rehat 100%] dan makan buah, specially nenas.
Dia hisap paip sejak muda....
Buat sesuatu perkara tidak tergesa-gesa.. mesti ada planning...

Wassalam

5 IkutSukaLu...::

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o Sunday, April 03, 2011 10:52:00 AM  

atuk belah bapak gua kawin 4, ada amalan yang sama,makan tak banyak,ulam ,tapi kurang tidur

Kerajaan Rakyat Sunday, April 03, 2011 11:45:00 AM  

Rasa macam nak tolong jugak kalau ada janda umur 35...

yang sedang sedang saja,  Sunday, April 03, 2011 11:56:00 AM  

ada tak petua nak kasi besar dan panjang???????????????????????????????

sekamar rindu Sunday, April 03, 2011 12:11:00 PM  

salam...

tuan....best entri ini...saya sangat suka....

hahahaha...nak copy..boleh tuan?

MOH KEMBARA Sunday, April 03, 2011 8:48:00 PM  

Salam Yob ISA, berguna petua2 utk kesihatan...

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP