IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Khusus buat pembaca bertaraf Skema, Sopan Santun dan Beradab. Ini bukan tempat lu orang. Sila logout.... jika tak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan. Sila ambil perhatian...!!!

Jika anda tidak boleh menerima konsep blog ini, dengan segala hormatnya anda sekali lagi dinasihatkan supaya logout secepat mungkin. Di sini tiada bahasa sopan santun, penuh beradab lagi tertip, harap maaf.

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik dan Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PR) yang tugasnya memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Pak Mertua Tiduri Menantu...???

>> Monday, April 18, 2011

Tips kat bawah nih... untuk pasangan yang dah bernikah sahaja.... gua ulang untuk yang dah menikah sahaja, yang belum menikah jangan gatai2 meghelah nak praktikkan...

Al-maklumlah... budak2 zaman sekarang nih... belum menikah lagi.. tapi dengan pasangan punyalah loving macam orang dah menikah... siap papa mama lagi... eeeee... gelilah pulak gua mendengarnya...

Ok... ni tips-nya; 

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting anda berada disisinya.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Tetapi harus di ingat...!!!! jangan biarkan perkara seperti di bawah ini berlaku beb.... haru biru jadinya... kah...kah...kah...., anak belum rasmi lagi... pak mertua pulak yang terlebih.... 


Ishhhh.... ishhh.. ishhh... kok nak tidur pun... agak2 la kan.....

9 IkutSukaLu...::

Lang Sunday, April 17, 2011 11:28:00 PM  

bro, jgn buruk sangka... mentua tu letih sangat berpanas kat luar... masa tunggu nak bergambar tu... yg agak lambat nak setting kamera, pak mentua tu ter'nap' sekejap... cian org tua tu... kahkahkah

Isa Monday, April 18, 2011 12:05:00 AM  

Lang;

hehehe.. positif.. positif... kepenatan tuuu....

jai,  Monday, April 18, 2011 12:24:00 AM  

Kah kah kah...

Lu ingat pak cik tu taik mehmud ke bro???

Kah kah kah...

MOH KEMBARA Monday, April 18, 2011 12:49:00 AM  

Salam Yob, nasib baik tak dipeluknya... Thanx Yob for the tips, utk peringatan dan amalan.

Isa Monday, April 18, 2011 1:42:00 AM  

jai;

dah dekat tu... kah..kah..kah...

Isa Monday, April 18, 2011 1:42:00 AM  

Moh Kembara;

Jauh tu... hehehe...

zana,  Sunday, May 08, 2011 10:03:00 AM  

alhamdulillah...tips yg anda nyatakan memang biasa saya amalkan....dan brsyukur sngat2 dberikan seorang suami yg brtanggungjawab....

Anonymous,  Wednesday, June 01, 2011 11:33:00 PM  

Pengantin perempuan tu anak bongsu dia.

ikram Wednesday, July 13, 2011 12:37:00 PM  

Apa daa..tambah dosa kering jer

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Layan....

Layannnnn....!!!!

Ziarah Dari...


widget

Layan.... Lagi...

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP