IkutSukaAku-ISA. Powered by Blogger.

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Sila ambil perhatian...!!!!
Blog ini bukan tempatnya bagi orang2 yang berasa dirinya beradap sopan santun dan bajet bagus. Jika tidak mahu terasa sakit hati, menyampah dan memualkan dalam pembacaan. Sila blahhh.... gua bolayan....

Wujudnya blog ini khusus untuk meluahkan rasa tidak puashati gua (sebagai rakyat) terhadap Parti2 Politik, Kerajaan Korup (tidak kira BN atau PH), Wakil Rakyat (Ahli Parlimen/DUN) yang tugas mereka suka memperbodohkan RAKYAT sepanjang masa.

Antara Kelantan Dan Sarawak: Barisan Nasional Memang Haramjadah..!!!!

>> Monday, April 11, 2011

Gua ingatkan dibawah pemerintahan keraaaa jaan barisan nasional, penduduk/rakyat telah dibekali air bersih dengan baiknya mahu pun sempurna, kerana acapkali rakyat disogok dengan berita yang mengatakan Negeri Kelantan tidak menyediakan kemudahan prasarana dan bekalan air bersih kepada rakyatnya, dan bermacam-macam tohmahan lagilah.....

Dan sekalian makhluk di planet ini juga mengetahui bahawa Keraaa jaan Pusat telah menidakkan hak yang sebenar kepada rakyat Negeri Kelantan samada dari segi Gran kewangan mahu pun pembangunan, dan itulah yang menjadi punca/faktor mengapa negeri Kelantan di anggap mundur, itu tak termasuk lagi hak royalti minyak yang dinafikan oleh keraaaa jaan barisan nasional selama ini....

Kita boleh faham kenapa negeri kelantan dipinggirkan oleh keraaaa jaan pusat, kerana ianya di perintah oleh musuh politik mereka iaitu PAS, bagaimana pula dengan kemunduran negeri sarawak... bukankah ianya negeri barisan nasional... persoalannya mengapa masih mundur juga... malahan lebih teruk kemundurannya berbanding Kelantan... apakah negeri Sarawak tiada hasil mahsulnya...???

Bukankah Keraaa jaan Barisan Nasional cekap dan pandai memerintah...???

Bagi sesiapa yang mempunyai akal dan berfikiran waras bolehlah.. membuat perbandingan ini seperti di bawah, inilah buktinya bahawa selama ini mulut2 hancing kepimpinan barisan nasional telah memperbodohkan rakyat sejak dulu, kini dan selamanya... lu orang fikirlah sendiri... kah...kah...kah....

Tiada air bersih meskipun dibayangi empangan. oleh Aidila Razak | Apr 10, 11 10:39am


Kampung Bengoh - kira-kira 60km dari barat daya Kuching, adalah perkampungan Bidayuh yang sunyi. Ia hanya memiliki dua kedai runcit, sebuah sekolah rendah dan tiada sebarang kedai makan.

Lazimnya keheningan kampung yang dihuni kira-kira 200 penduduk itu diganggu dengan ngauman lori dan kenderaan berat yang berulang-alik ke Empangan Bengoh yang bernilai RM310 juta dan sebuah kuari yang baru dibuka bagi membekalkan batu kapur untuk projek berkenaan.

Kerja-kerja pembinaan empangan yang bertujuan membekalkan air besih kepada penduduk di Kuching dan kawasan sekitarnya, bermula pada tahun 2007 di sebalik bantahan daripada penduduk tempatan. Ia kini memasuki peringkat fasa terakhir dan dijadualkan siap sebelum tarikh tempoh yang ditetapkan.


Sesetengah penduduk terpaksa mengorbankan rumah dan juga kawasan pertanaian mereka di atas tanah hak adat pribumi (NCR) bagi membolehkan empangan itu dibina. Namun di sebalik semua itu, mereka sendiri juga tidak menikmati bekalan air bersih.

Seseorang terpaksa melalui Kampung Bengoh sebelum boleh menuju ke resort mewah, Borneo Highlands.

Bagi penduduk, bekalan air diperolehi daripada gunung dengan setiap keluarga menyumbang RM10 setiap tahun bagi kos penyelenggaran menyalurkan air ke rumah mereka.


"Sistem itu okay bagi rumah-rumah di kawasan rendah tetapi bagi rumah di bukit, air tidak boleh naik. Air ini datang terus dari sungai, jadi kena berhati-hati, jika tidak mungkin terminum pacat,” kata seorang penduduk ketika ditemui Malaysiakini pada Jumaat lalu.

Sebagai membuktikan kepayahan mereka, rakannya membuka paip yang hampir langsung tidak mengeluarkan air.

"Macam kencing tikus.” kata rakannya yang mempunyai tatto tulisan Iban 'Agi Idup Agi Ngelaban' (Selagi bernyawa, saya terus berjuang) di lengannya.

Lelaki yang tidak mahu namanya disiarkan kerana khuatir akan menjejaskan kedudukannya sebagai kakitangan awam berkata beliau berasal dari kampung tersebut sebelum berpindah ke Tasik Biru berhampiran Bau kerana kepayahan hidup.

Namun ibu bapa dan saudara maranya masih di kampung itu. Beliau antara ramai anak muda Bidayuh yang terpaksa berpindah keluar kerana keperitan hidup. Pemuda seperti dirinya terpaksa meninggalkan kampung mereka yang terpinggir dari arus pembangunan. Tiada sekolah menengah yang dibina dan mereka mesti ke bandar-bandar berdekatan untuk meneruskan pelajaran peringkat menengah.

Justeru, seperti golongan muda yang lain, rasa dikianati oleh kerajaan tidak dapat disembunyikan.


Bagi Akiu Nora, 63 masalah yang paling menghantui mereka adalah rampasan tanah NCR untuk membina empangan tersebut. Terdapat dua kes di mahkamah yang difailkan ke atas anak syarikat Naim Holdings - konglomerat yang membina empangan itu dan mengendalikan kuari tersebut - oleh penduduk Kampung Bengoh.

"Mereka rampas ladang kita untuk bina empangan tetapi bayaran pampasan tidak setimpal. Mereka juga tidak bagi tahu bagaimana mereka kira jumlah pampasan,” kata petani itu.

Empangan kampung yang mempunyai 1,600 penduduk telah dipindahkan kerana pembinaan empangan berkenaan. Penduduk kemudiannya diarahkan membeli rumah di Kampung Tun Razak - yang bagi Akiu sesuatu yang melucukan - pada harga RM48,000 setiap satu.

Jawapannya tumbangkan barisan nasional dalam Pilihanraya Negeri Sarawak dan Pilihanraya Umum 13.

6 IkutSukaLu...::

Anonymous,  Monday, April 11, 2011 3:48:00 PM  

FAQ PILIHAN RAYA SARAWAK

Soalan:Apakah hukum mengundi?
Jawapan:Pada asalnya hukum mengundi adalah fardhu kifayah.

Soalan:Bolehkah mengundi dihukum sebagai wajib?
Jawapan:Bergantung kepada situasi dan keadaan,ia boleh menjadi fardhu ‘ain ataupun wajib sekiranya untuk mempertahankan kepimpinan Islam seperti di Sarawak sekarang ini yang berasaskan kepada konsep perkongsian kuasa yang tidak menyalahi syariat Islam.

Soalan:Bagaimanakah ciri-ciri pemimpin yang patut dipilih sebagai umat Islam?
Jawapan:Patuh kepada agama, amanah dan bertanggungjawab kepada rakyat dan bukan bersandarkan unsur-unsur fitnah dan tohmhan semata-mata. Perlu juga dipertimbangkan terhadap jasa, perjuangan, perngorbanan yang telah dilaksanakan oleh seseorang calon itu terhadap pembangunan Sarawak.

Soalan:Sekiranya terdapat beberapa orang calon muslim yang bertanding di sesuatu kawasan,di atas parti politik yang berbeza, bagaimanakah kaedah Islam untuk menentukan calon yang layak menjadi pemimpin, berdasarkan akhlak individu atau prinsip parti?
Jawapan:Pilihlah pemimpin yang cenderung kepada agama dan dapat memberi faedah kepada masyarakat, dan ukurlah juga sejauh mana sumbangan calon-calon tersebut terhadap pembangunan ummah.
Berdasarkan realiti dan situasi politik di Sarawak dengan berpandukan perkongsian kuasa yang telah terbukti kejayaannya, maka pilihlah Parti yang kurang mendatangkan kemudharatan kepada umat Islam. Dan hindarilah mengundi calon parti mereka yang akan mendatangkan kemudharatan yang lebih besar terhadap pembangunan ummah dan memecah belahkan perpaduan masyarakat majmuk,khususnya di Sarawak.

Soalan:Sekiranya terdapat di kawasan kita calon-calon non muslim yang bertanding. Bagaimanakah untuk kita sebagai pengundi untuk memilih pemimpin?
Jawapan:Pilihlah calon non muslim yang lebih prihatin,bertanggungjawab dan lebih memberi manfaat kepada masyarakat Islam sebagaimana yang telah terbukti dalam memimpin negeri Sarawak selama ini yang berasaskan kepada perkongsian kuasa dan saling hormat-menghormati antara pelbagai kaum dan kepercayaan.

Soalan:Apakah kewajipan wakil rakyat(YB) muslim terhadap rakyat yang pelbagai agama dan kaum yang terletak di kawasan yang dimenanginya?
Jawapan:Islam menuntut agar keadilan dilaksanakan untuk semua tanpa pilih kasih, hatta terhadap mereka yang tidak menyokong(tidak mengundinya) sewaktu pilihan raya.Wujudkan keharmonian, saling hormat-menghormati dan maafkan semua orang yang menentang

Soalan:Apa hukumnya menyebarkan fitnah terhadap seseorang calon bagi mempengaruhi pengundi atau memperdayakan mereka yang tidak mengetahui keadaan yang sebenarnya.
Jawapan:Haram dan berdosa besar!

Bersambung.....

Anonymous,  Monday, April 11, 2011 3:50:00 PM  

Sambungan....

Soalan:Adakah halal elaun@gaji seseorang wakil rakyat(YB) yang memenangi sesuatu pilihanraya disebabkannya melakukan penipuan dan menyebarkan fitnah terhadap lawannya?
Jawapan:Haram! Beliau adalah seorang yang fasiq dan tidak layak menjadi pemimpin.

Soalan:Adakah wajib seseorang calon itu menunaikan janji-janjinya semasa berkempen seandainya dia ditakdirkan sebagai pemenang?
Jawapan:Wajip ditunaikan jika dia memenangi pilihan raya tersebut, walaupun parti yang diwakilinya tidak menjadi pemerintah di negeri itu.Jika tidak ditunaikan maka beliau dikhuatiri menjadi munafik.(sesungguhnya orang-orang munafik itu dibuntut neraka jahanam).

Soalan:Apakah hukumnya mengingkari pemerintah?
Jawapan: “Adapun keluar dari ketaatan terhadap pemimpin (penguasa) serta memerangi (atau membangkang) mereka, maka hukumnya adalah haram menurut kesepakatan (ijma’) umat Islam, walaupun pemimpin tersebut bersifat zalim lagi fasiq.” (Perkataan Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/229. Turut disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah menukil perkataan Ibnu Baththal dalam Fathul Bari,
“Telah berkata Ibnu Baththal dalam hadis yang menjadi hujjah untuk meninggalkan sikap keluar dari ketaatan kepada sultan (pemerintah) walaupun pemerintah tersebut seorang yang jahat, (katanya) “Para fuqaha’ telah bersepakat (ijma’) berkenaan kewajiban mentaati sultan (pemerintah) yang memiliki kuasa walaupun dia mendapat kuasa tersebut dengan cara rampasan atau pemberontakan (mutaghalib) dan berjihad bersama-samanya. Ini adalah kerana ketaatan kepadanya lebih baik dari keluar meninggalkan ketaatan kepadanya (dengan mengambil sikap membangkang atau memberontak), yang dengannya mampu memelihara darah dan menenangkan orang ramai (masyarakat). Tidak ada pengecualian dalam perkara ini, melainkan apabila sultan melakukan kekafiran yang nyata.”.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/7)

Soalan:Dalam kontek Negeri Sarawak, jumlah umat Islam sekitar 25%(tidak ada mana-mana kaum boleh disifatkan sebagai majority:Iban;36%,Cina:32%).Apakah hukumnya individu atau parti yang memecahbelahkan perpaduan dan persaudaraan umat Sarawak yang sangat sedikit itu jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penduduk Sarawak?

Jawapan:Haram, kerana jamaah dan ukhuwah Islamiah mengatasi segala kepentingan parti atau individu terutama sekali di kalangan umat Islam Sarawak yang begitu sedikit. Dan seandainya ditakdirkan umat Islam kehilangan kekuatan dan kuasa memerintah, maka mereka yang terlibat dan bersubahat mengkhianati kepimpinan Islam itu bukan sahaja haram malah berdosa besar!.

Semoga FAQ Pilihan Raya ini ada manfaatnya bagi mereka yang mahu berfikir untuk masa depan rakyat Sarawak.

UMAT ISLAM SARAWAK,RENUNG-RENUNGKANLAH!
JANGAN KERANA SEEKOR DUA NYAMUK YANG MENGHISAP DARAH SEMUA KELAMBU DIBAKAR....!!!!
YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDUNG BERCICIRAN.....!!!

DR MUZZAKIR

Gerakan Anti Najib/Rosmah Monday, April 11, 2011 8:45:00 PM  

Gua sokong lu 100 peratus, gua tak boleh bagi 110 peratus pasal gua bukan firaun besar yang baru dapat cucu.

Anonymous,  Monday, April 11, 2011 10:34:00 PM  

Gua dah xsabar nak tengok keraaajan beeEND dicampak ke laut!!!

Anonymous,  Monday, April 11, 2011 10:39:00 PM  

Pilihlah calon bukan Islam kalau dia merupakan pemimpin yang amanah dan tidak menentang Islam.Buat apa pilih calon Islam yang menipu,zalim,tidak amanah, dan suka membuat fitnah.Ingatlah Allah akan menggantikan pemimpin Islam yang korup, dusta dan zalim dengan pemimpin bukan Islam yang amanah, pembela rakyat, adil ...percayalah...Cukuplah wahai UMNO....53 tahun tu dah terlalu lama.Kamu adalah pemimpin yang zalim dan menderhakai ALLAH>

ada otak,  Monday, April 11, 2011 10:45:00 PM  

anon..gua tengok yg sebelah atas,tengah cam pro PR,tapi yg last2 tu cam pro UBN,sbab majoriti/berat ke PR jadi gua akan sokong PAS,x kisah la konteks srwak ke mana2..xkisah la apa u nak pikir pasal gua,yg pasti gua memang xnak UBN..gua tetap x suka UBN..gua tetap xbleh trima UBN..gua tetap nak jatuhkan UBN..alasannya..lu pikir la sendiri..

Post a Comment

Gua tidak bertanggungjawab terhadap semua komen mahupun pandangan yang dihantar pembaca atau di cetak semula di blog ini. Hanya komen di ruang komen Intensedebate sahaja yang akan disiarkan.

1) Komen dari Anonymous/Tanpa Nama tidak akan di layan sama sekali.

2) Begitu juga dengan sebarang komen yang berbentuk sensitif, mengikut takrifan gua, akan dipadam.

Jika ada sebarang cadangan, kritikan atau tak puashati secara peribadi dengan gua, sila email ke zergdukes@gmail.com

Nasihat Buat Kerajaan Barisan Nasional

You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time. - Abraham Lincoln.

Penchachai Umno/Barisan Nasional Fahamkan Ayat Ini..!!!!


“…Wahai orang-orang yang beriman..!!!
Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai awliya, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka awliya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu
…”; al-Maa’idah:51

Pelawat Terkini

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
   

Back to TOP